PKP249

 *Pkp249 ~ Prosa Pagi Dari Pendosa yang Tahu tapi tidak mampu* : RAHMAT ALLAH ATASI MURKANYA.


Assalamu’alaikum..

Salam pagi sabtu yang syahdu buat semua warga internet. Nikmatilah kesyahduan ini..Yang tiada kekal abadi kerana keabadian bukan milik kita...


Di Pagi yang jalanannya masih gelap, ketika binatang bertasbih, cahaya kazib berzikir dalam sinarannya, syahdu adalah semangat membuat tubuh mengerti bahwa darah bergerak, jantung berdetak, kerana hidup adalah gerak, seperti jam yang tak lelah. Di kesyahduan pagi penuh kedinginan, ketika ini juga berapa ramai dari kita yang airmatanya jatuh berlinangan tanda kekesalan dan penuh harapan, memohon ditabahkan hati meneruskan kehidupan di bumi fana’ ini dari Sang Pencipta. 


Secara peribadi, macam macam ujian ujian datang melanda, ujian keimanan dan ketaqwaan paling di khuatiri. Hingga kini terasa diri hina kerdil disisiNya. Apa taknya, diri yang sering mengharapkan kebahagian dunia dan akhirat, sehingga doa ini, tidak pernah tertinggal dalam setiap kali lepas solat: 


‎رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” Doa ini ditemui dari  alBaqarah : ayat 201. 


...Tapi diri masih di disulami kepahitan dosa diri sendiri. Aduhai... 


“Wahai Tuhanku. Dengarlah rintihanku ini, Hanya ENGKAU Maha Mengerti apa tersirat dihati, ingin aku berlari pergi dari segala kenyataan ini...”


Inilah dilema insan cuba nak berilmu tapi dosa menggunung, hingga Dunia terasa sepi sendiri, terasing dalam diri sendiri; Noda kehidupan masih membelenggu, buntu keliru, tujuan hidup bukan tidak tahu, tapi buat tidak tahu. Malu dengan Dia, siang tercalit dosa, malam bertaubat, tapi tetap tahu buat juga. Dimana kah ending sebuah kehidupan yang sebegini? 


Kekadang, hati menangis tiada siapa tahu, walau tahu Dia tahu tapi seperti tidak malu. Jiwa merintih harapkan kasih dari Nya tapi hakikat kehidupan penjara raga dan hati pula kaku terus membisu. Selepas berbisik keimanan dan ketaqwaan, tetapi bisikan iblis juga diikuti selepas datang bertubi kerana si laknat kenali kelemahan diri ini. 


Maka, Doa setiap hari: 


“Wahai Tuhanku, berilah peluang jalan untukku, memutuskan ikatan iblis dan nafau yang mengikat diriku, kasih sayang Mu tetap kutunggu, menjadi penawar pembimbing hidup ku. Aku tidak akan berhenti dari menyembah Mu walau hina mana pun daku disis Mu. Moga kesiangan tiada lagi bagiku agar hidupku dibawah keredhaanMU seperti dulu.”


Hanya tinggal Doa Kupanjatkan, Aku pasrah..


*Akhir kalam..*


Tinggal satu saja yang dikendong tidak tercicir oleh insan pendosa seperti saya, “Rahmat Allah Mengatasi KemurkaanNya..”


Diriwayatkan Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: “ Sebaik sahaja Allah  swt menciptakan makhlukNya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisiNya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu”(Muslim) : 4939


..Jagalah iman dan islam sebaik mungkin. 


Menangis lagi, kenang nasib diri. Kasih Allah mengatasi murkanya ni, kalau kita ada buat jahat, buat dosa, bukan terus kena azab masa tu juga. Kita diberikan peluang, diberikan masa, untuk bertaubat, untuk berubah. Tapi, siapa degil, siapa keras kepala, siapa sampai menentang Allah, yang ini ada sisi lain bagi Allah pada insan insan sebegini. Contohnya, insan insan yang dengan sengaja mendedahkan) dosa dosa mereka, berbangga bangga dosa macam betul. Mereka ini tak dijanjikan keampunan ke atas dosa2nya. Kecuali jika mereka serius bertaubat. Berbeza bagi yang tidak berjaya meninggalkan dosa, tapi diam tidak berkongsi, tak berbangga2 dengan dosa mereka. Golongan ini dijanjikan keampunan.


Islam ini sederhana. Tetapi Islam bukan kenaifan.


Sekadar perkongsian.

Moga ada manafaat..


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


CoretanRasa: *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S