PKP250
*Pkp250*
*Tak salah berhibur.*
#GEMA VAGANZA LAGI BEST DARI GEGAR VAGANZA
Assalammualaikum
Salam ahad salam istirehat salam riadhah salam ibadah.
Dengan kesempatan masa yang terluang dianugerahkan oleh Allah ini, Alhamdulillah, masih terdetik di hati menghasilkan nukilan ringkas ini, moga ada perkiraan disisi Nya. Itu yang maha penting. In syaa Allan, akan memberi manfaat kepada diri kita semua.
Rasai syukur kepada Allah SWT keranaNYA kita masih boleh menikmati kehidupan hari demi hari dan terus menerus evaluasi diri kita agar kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan diatas jalanNya. Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan semoga kita menjadi antara yang menyambung sunnahnya sebagai skrip perilaku kita.
Tepok dada tanya iman. Tahap mana rasa rindu kita untuk berjemaah dan menadah ilmu di rumah Allah? Masing masing tahu tahap itu dalam diri. Mujurlah dunia serba camggih ini, banyak tempt untuk kita “resort” pada majlis majlis ilmu - antaranya Live Fb, Website agama, u tube dan tv.
Lately, dalam pkpb, banyak masa sungguh kita luangkan di rumah. Masa menonton tv juga banyak. Namun, pemerhatian saya, banyak banyak chanel tv turn sana turn sini, banyak rancangan berbentuk hiburan yang telah disediakan. Kalau tak jaga diri banyak yang lagha nya. Tapi ada beberapa chanel yang 24 jam bermotifkan pada kisah agama. - Oasis, Naura, tv hijrah. Maka, sekali sekala lapangkan masa untuk chanel2 ini. Kalau kita boleh nonton sepahtu satu jam, gegar vaganza 2 jam, tak kan lah 30 minit nak nonton rancangan ilmu pun tak boleh. Inilah check dan balance dalam diri kita sendiri terutama hidup akhir zaman dalam musim pkp ini.
Mahu tidak mahu terpaksa kita terdedah dengan hiburan. Tapi Islam itu indah, Islam adakan panduan sesuai dengan fitrah dan naluri manusia. Berhibur boleh tetapi ikutlah panduan yang ditetapkan. Malah, hiburan juga boleh menjadi satu bentuk ibadah jika dilakukan dengan cara yang betul. Pada dasarnya. Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.
Dalam satu rencana, Syeikh Yusuf al Qardhawi ada sebut bahawa antara hiburan yang menghibur jiwa, menenang kam hati, menyedapkan halwa telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata kata kotor, keji atau yang memberangsangkan kepada perbuatan dosa. ( rujuk alHalal wa alHaram fi alIslam, hal. 273).
Dalam pada membelek belek nota internet terjumpa pula: Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:
a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
c) Pancaragam yang melalaikan, hukumnya haram;
d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Banyak lagi yang saya temui garis panduan untuk kita berhibur tetapi ianya tidak sampai tahap melalaikan. Maka,
Carilah dan ciptalah juga Garis Panduan dalam kita berhibur, moga kita dapat terus beramal dengan amalan soleh dan pada masa yang sama menikmati hiburan tapi tetap berteraskan nilai nilai akhlak dan syariat Islam.
*Akhir kalam...*
Berhibur memang tak salah, tapi kalau berhibur saja yang lebih, iman boleh kacau. Sekali sekala tukar mindset, jadikan ibadah solat, baca alquran, buat amal amal soleh juga aktiviri yang temasuk dalam senarai yang menghiburkan. Barulah seronok dan balance.
Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati, boleh memberi ketenangan kepada hati. Syarat ketenangan hati ialah dengan mengisi keperluan asasnya iaitu iman.
Itulah sedikit perkongsian dari saya, moga dengan coretan ini memberi sedikit input untuk kita sama sama memperbaiki diri kita. Yang baik itu datang dari Allah dan segala kekhilafan itu atas diri hamba Allah ini yang masih perlu banyak belajar.
Malam ni tunggu lagi gegar vaganza, nak cari hikmah disebaliknya dalam pada berhibur. Selamat peraktik...
Wallahualam
Barakallahufikum
Wassalam.
Picisan dari: *NCS*
#GemaVaganzaMengatasiGegarVaganza
Comments
Post a Comment