PKP251

 ⏺Pkp251 - Motivasi Pagi - Buatlah Yang Terbaik


Assalamu’alaikum ...


Memasuki ke minggu yang baru, moga sentiasa ada motivasi dan bersentiasa bermotivasi meneruskan lagi episode episode hidup yang baru ini. Almaklum. Kita semua manusia. Punya emosi, punya hati dan punya naluri. KeKadang kita OK Kadang K.O. Walau apapun jua, kita boleh berusaha  berada di status yang mana. Kita diberikn bekal dengan akal dan tenaga. Tinggal lagi hasilnya bukan milik kita.


Jadikan ayat ini sebagai motivasi untuk move on pagi ini: 


Ar ra’d : 11


‎لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ


“Bagi tiap tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapan nya dan dari belakangnya, mengawas dan menjaga (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan Nya itu, dan tidak ada sesiapa yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya”


Ingatlah kita semua. pelajaran sangat penting. Allah takkan mengubah kehidupan kita jika kita sendiri tidak berusaha mengubahnya . Banyaklah berusaha, berdoa tawakal kepada Allah. Jelaslah bahawa Allah menyarankan kita untuk berusaha untuk mengubah kehidupan kita.


Kata cerdik pandai, untuk bertambah morivasi dalam hidup kita, hampirkan diri dengan Allah swt, rapatlah dengan orang yang selalu memberi Semangat, selalu baca “Kata-kata Semangat”, hampir kan diri dengan alam. Semoga hidup tak sia sia.


Ianya sia sia jika tanpa rahmat Allah. 


*Hidup sia sia tanpa rahmat Nya*

(Dari sekeping nota lama - ulangkaji)


Hidup kita dibumi ini, boleh menjadi sia sia jika tak ada rahmat Allah SWT, dan sepatutnya kasih sayang dikurniakan kepada hamba Nya tiket untuk masuk ke syurga. Apatah lagi amal ibadat di dunia ini sebenarnya terlalu sedikit untuk menuju ke syurga Allah, dosa yang ditanggung pula tidak sepadan dan mencukupi dengan amalan.


Hence, manusia perlu bergantung kepada Allah dan rahmat Nya seperti dalam ayat terkenal : “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat,” (AliImran: 132)


Kita lahir dan hidup dalam keadaan seperti hari ini adalah rahmat serta nikmat Allah l yang dapat kita kecapi. Pada masa sama, kita mengharapkan rahmat Allah membawa kita ke tempat yang lebih baik di akhirat nanti. Tapi, ia bergantung pada apa yang di lakukan sepanjang hidup. Jadi, ertinya ada sesuatu yang harus dilakukan untuk mendapat rahmat Allah SWT. Untuk mendapat rahmat Allah SWT tidak memadai dengan hanya berbua apa segala diperintah, sebaliknya perlu dengan diiringi dengan memohon pengharapan sepenuhnya.


Allah sentiasa menanti pengharapan daripada hamba yang membuktikan kita mengharapkan rahmat dan kasih sayang Nya.


Pengharapan pada rahmat Allah SWT datang bila kita mentaati Allah SWT dan RasulNya, amal

kan ajaran alQuran, membuat ihsan sesama manusia dan berjihad.


“Dan inilah Kitab (alQuran) yang Kami turunkan, yang diberkati. Maka hendaklah kamu menurut nya dan bertakwalah agar kamu beroleh rahmat.” (AlAn’aam 155)


“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul Nya serta takut melanggar perintah Allah dan menjaga dirinya, merekalah yang beroleh kemenangan.” (An Nur: 52)


Solat ialah tiang agama, jika tidak bersolat, runtuhlah agama. Allah SWT memberi panduan hidup, mendirikan solat seperti diajar Nabi Muhammad SAW. Orang yang menjaga solatnya akan diberkati dengan rahmat Allah. Begitu juga berbuat ihsan dalam beribadah kepada Allah. Ibadat yang disempurnakan perlu dengan kita berasa diri diawasi Allah. Indeed, orang yang berbuat baik akan mendapat rahmat Allah. 


•Akhir kalam..


Tekad Buat Yang Terbaik! 


Lakukan yang terbaik. Whatever you do, choose to do your best.


Kita ada impian. Kita ada matlamat. Maka, kenalah lakukan apa sahaja cara halal untuk mencapai matlamat matlamat itu. Matlamat buat kita mempunyai sesuatu untuk kita mahu capai. Matlamat membuat kita ada target, ada keinginan, ada azam.


Tekad melakukan yang terbaik akan membuatkan kita berusaha sehabis daya, sehabis baik, hingga hasilnya benar benar nampak. Tekad inilah yang memacu kita ke hadapan kerana akan sering berhadapan dengan dua musuh utama di mana mana sahaja dan bila bila masa iaitu MALAS dan BERTANGGUH.


Jadi, lakukannya yang terbaik dalam apa jua dilaksanakan.


Jika anda menjadi pelajar, jadilah pelajar terbaik. Jika anda suami, jadi lah suami terbaik. Jika anda isteri, jadi lah isteri terbaik. Jika anda pekerja, jadilah pekerja terbaik dikalangan pekerja pekerja terbaik.


Jom sama sama kita bersemangat.


Moga ada manafaat


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


~ Dari, Ncs

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S