PKP252
*Pkp252* - Pecinta Pagi...
istiqmaahlah dengan amalan baik.
Assalamu’alaikum
Salam pagi...salam Rabu.
Selamat Pagi, Pencinta Pagi
Hari ini 24 November 2020 bersamaan 8 Rabiul Akhir ketika ini jam 430 Pagi.
Awal dari terbuka nya mata dan hati, terus lepaskan rindu pada sang pemilik hati, curahkan cinta rintihkan rasa dan takdir, ketika alam dalam rintikan hujan dan
sepoi angin bertiup lembut.
Pagi, waktu terbaik untuk berkarya, jadikan hingga next level berdakwah, jom mulakan bergerak, Jangan sia siakan kesempatan yang telah ada.
Maju tanpa ragu dan jangan sampai menyesali suatu hari nanti. Ciptakan karya yang akan dikenal dan bukan mendunia tapi mengakhiratkan juga.
Apa apa pun Selamat pagi dalam kesejahteraan semoga rahmat dan redha Allah ada bersama...
Dalam kehidupan seharian, selalulah sulamkan berbuat perkara baik kerana kita pasti akan tercalit dengan perkara yang tidak baik. Lumrah!
*BUAT BAIK SELEPAS BUAT JAHAT*
Ada sebuah hadis menyebut buatlah kebaikkan selepas kejahatan. hadith ini sahih.
Hadiis yang dimaksudkan ialah hadith yang diriwayatkan dari Abu Zar ra katanya Rasulullah saw bersabda : “Takutlah kamu akan Allah dimana sahaja kamu berada dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikkan yang akan menghapuskannya. Dan bergaul lah akan manusia itu dengan akhlak yang elok.”
Hadith ini diriwayatkan Imam Tirmizi katanya hadis hasan sahih.
Berkata Syeikh Abdullah Harari :
Pengertian hadis. bahawasanya apabila seorang itu melakukan satu kejahatan samada dosa kecil atau besar maka turutilah kejahatan itu akan satu kebaikkan.
Kebaikkan itu ada yang fardhu dan ada yang sunat. Maka mana satu kebaikkan dari segala bagai kebaikkan yang dikerjakan maka ia menghapuskan kejahatan kejahatan sekadar yang dikehendaki oleh Allah.
Wallahua’lam ..
Apa apa istiqamah dengan amalan yang baik adalah yang terbaik disisi Allah.
*Akhir kalam..*
Seketika masih hidup ini, jom perbanyakkan amalan yang baik baik. Semoga kita dalam rahmat Nya. Itulah matlamat kita untuk dapat rahmat Allah...
Hidup tanpa tujuan membuat hidup terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, menjadi sesuatu yang rutin dan juga membosankan.
Yang pasti hidup setiap hari kita akan menghadapi perkara ini:
Kita tak boleh elak daripada mati, Kesusahan hidup, cakap cakap orang tentang kita dan
perpisahan.
Kalau kita faham apa itu yang sebenarnya hidup. Kena Hidup bersama Tuhan setiap hari. Faham akan membuatkan kita in syaa Allah berusaha untuk tenang melalui semua yang di atas. Yang penting, teruskan hidup. Allah itu maha adil.
Barakallahufikum
Wassalam
Sedikit dari, *Ncs*
Comments
Post a Comment