PKP253
*Pkp253* - *Kata kata bijak Seusai Solat Isya’*
Assalamu’alaikum ...
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, keluarga dan para sahabat baginda, serta yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari Akhirat.
“Serulah ke jalan tuhan kamu dengan penuh hikmah, nasihat yang baik dan berdialoglah kamu dengan cara yang terbaik”. (An Nahl: 125).
Tiada lagi cerita cerita istimewa sebagaimana ketika sebelum dalam pkp, kerana masjid dan surau masih tertutup rapat untuk di kunjungi. Bermakna, kita tidak punyai kesempatan untuk bersila di majlis ilmu. Biasanya dari situ banyak input ilmu untuk dikongsi bersama. Kini, kita kena “creative” dalam usaha mencari ilmu setiap hari. Saya kenal diri saya, saya sedar diri saya siapa, siapalah saya kalau tanpa majlis majlis ilmu yang penuh barokah. Hasil dari situ saya yang berdaki dosa ini, amat berharap dimudahkan jalan menuju surga, diberikan ketenangan, rahmat, dimuliakan para Malaikat, diterimaNya sebagai jihad fi sabilillah.
Semoga Allah menambahkan semangat kepada kita untuk terus menuntut ilmu syar’i, terutama di zaman penuh syubuhat dan fitnah ini walau kini terhalang kerana SOP.
Sepanjang penutupan masjid surau ini, subuh dan isya’ jadi gelanggang saya dan anak isteri untuk berkumpul semuanya. Usaha membaca Yassin setiap pagi dengan jadikan Yassin sebagai salah satu wirid kami, tiap kali seusai solat subuh dan juga memjadikan surah Almulk sebagai wirid solat isya’ sebagai “creativity” dalam usaha untuk istiqamaah beribadah dan baca al quran setiap hari. Diikuti pula, setiap hari tazkirah oleh ketua keluarga selama 5 minit untuk pasakkan tawakal pada Allah dan usaha manusia itu adalah seiring, cuma “penentu” adalah milik Allah. Semoga usaha usaha begini meraih perhatian Allah untuk anugerahkan rahmat dan redhaNya, meskipun kita bukan lah “a’lim” sangat.
Dan malam tadi, selesai solat isya’, saya istirahat kerana penat beraktiviti dan berkerja yang membuat tubuh letih. Di waktu ini, terasa seperti sudah tak mahu buat apa lagi, batang tubuh dah susah nak digerakan lagi. Waktu itu, saya cari ilmu melalui kalam media internet pula. Dari sini, bertemu pula kata kata motivasi yang dapat gerakkan hati nurani. Moga,
tubuh akan tergerak sendirinya sesuai dengan perintah dari hati nurani yang ditambah dengan nur.
Di sini ada kata kata bijak yang ditemui seusai solat isya’ malam tadi, moga dapat memotivasikan diri sehinggalah tergerak untuk melakukan amal soleh.
*Kata kata bijak solat isya’*
•Waktu isya’ warna alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isya mempunyai rahasia ketenteramankedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sistem kontrol otak. Waktunya mengistirehatkan tubuh.
•Solat ya walaupun bacaan mu belum lancar, setidaknya Allah suka hamba nya yang berusaha
•Jagalah solatmu ketika engkau kehilangannya, maka engkau kehilangan lainnya. (Umar Bin Khatab)
•Hidup hanya sesaat, jadilah pribadi yang bermanfaat, salah satunya dengan melakukan solat.
•Urusan dunia akan semakin membuatmu merasa sibuk tapi urusan akhirat akan semakin membuatmu lapang
•Jika kau tahu neraka itu ada, kenapa kau masih menabung dosa? Jangan sampai berani berkata “tak pe lah, neraka pun neraka lah”.
•Jika dia mencintaimu dia akan mengajaknmu solat.
Saya tutup kata kata bijak solat isya’ dengan::
KERJA SAMPAI PAGI KUAT, SOLAT ISYA’ LEWAT, APA KATA AKHIRAT...
*Akhir kalam...*
Sama sama kita ambil satu inti pati dari ayat 132 surah toha :
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang orang yang bertaqwa”
Dari ayat ini, ibnu kathir telah menafsirkan: Jika engkau tegak kan solat maka rezeki akan datang kepadamu dari arah yang tidak pernah engkau sangka.
Dan sebagai umat akhir zaman, ambillah hadiah dari Allah Swt
seperti yang di janjikan Nabi saw
dalam satu hadis:
“Barangsiapa yang solat isya` berjemaah maka seolah olah dia telah solat malam separuh dari malam. Dan barangsiapa yang solat subuh berjamaah maka seolah olah dia solat seluruh malamnya.” (Muslim #656)
Selemah mana pun kita dan sehancur mana pun hati kita,
ingat satu hal “ SOLAT”....
Moga bermanafaat..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Sedikit dari saya, *NCS*
Comments
Post a Comment