PKP254

 *Pkp254 - Merenung Ilmu dari Hiburan - Hukum dari Sketsa PEREMPUAN TANPA DOSA.*


Assalamu’alaikum...


Salam diawal pagi khamis. Datang lagi, dengan macam macam perasaan bercampur baur dalam kotak fikiran. kejap suka, sekejap berduka, sekejap seronok, sekejap lara, tiada yang kekal. Begini lah keadaan kita di dunia ini sehinggalah di negara akhirat. Disana kalau seronok dan gembira tiada bertepi malah infiniti, jika dalam syurga tapi sebaliknya pula jika dalam neraka. 


Mengingat nasib diri nanti, maka nikmat Islam dan iman tersangat besar nilainya. Ia akan “Disyukuri Atau Disesali” sepenuhnya oleh manusia hanya bila roh sudah bercerai dari badan.


“Si cerdik (bijaksana) adalah orang yang menjaga (kawal) diri (dari melanggar arahan Allah) dan bersedia untuk kehidupan selepas mati. Si lemah (bodoh) adalah orang yang mengikut nafsunya dan berangan angan agar Allah mengampunkannya”

- Sunan al Tirmidhi, Sunan Ibn Majah.


Minggu minggu masih dalam PKP ini, terjebak juga dengan drama bersiri, dan antaranya “Perempuan Tanpa Dosa”( PTD)

Memerhatikan jalan ceritanya,  ianya satu garapan yang baik kerana banyak gambaran emosi manusia dimainkan. Sekejap gembira, sekejap duka, kejap suka orang ni, kejap pula benci dia dan kemudian suka padanya semula. Inilah dari realitinya sebuah kehidupan. 


Bersempena dengan siri yang terakhir PTD malam ini, satu hukum dari segi talak telah dipertontonkan malam tadi. Sehingga semalam belum ada jawapannya pada kedudukan Lily dan Rizal sebagai suami isteri selepas Rizal dipaksa ceriakan Lily dengan cara anak meraka di ugut untuk dibunuh jika rizal tidak ceraikan Lily. 


Seketika menonton drama ini, teringat saya pada ustaz Yusri Ariifin. Sekian lama dalam PKP ini, hanya sekali dapat duduk bersimpuh didepannya, itupun sebelum PkPB di kenakan semula. Dia suka mengulas isu isu semasa yang ada dalam TV mengikut pandangan Islam. 


Berbalik pada kisah dalam PTD, apa kah status Rizal dan Lily? 


Saya terbaca satu rencana tulisan peguam Syarie Faiz Adnan dalam bab paksa dalam bercerai. 


*PAKSAAN DALAM TA’LIK TALAK*


Ulamak telah bersepakat bahawa talak akan jatuh sekiranya pelafaz memenuhi syarat syarat yang telah di tetapkan. Syarat syarat yang telah disepakati oleh ulama adalah seperti berikut :


1- Ada pertalian nikah.

2- Sempurna akal.

3- Dengan Kehendak sendiri (pilihan bukan paksaan)


Ini bermakna talak akan jatuh jika kesemua syarat syarat diatas telah dipenuhi oleh pelafaz talak.

 

Talak yang dilafazkan kerana ada unsur paksaan tidak jatuh kerana tidak memenuhi syarat syarat sah jatuh talak. Antara bentuk unsur unsur paksaaan yang boleh diterima untuk tidak jatuh talak ialah :


a- Paksaan yang bukan hak, akan tetapi sekiranya hakim yang paksa kerana untuk hilangkan mudharat pada isteri maka talak akan jatuh. Ini kerana hakim mempunyai hak untuk memaksa.

b- Ancaman akan berlaku secara langsung – jika tak dilakukan perkara tersebut akan mudharatkan orang yang dipaksa.

c- Pengancam mampu untuk lakukan perkara tersebut.

 

Unsur unsur paksaan ini diiktifar oleh syarak. Ia adalah bertujuan untuk menjaga maqasid syariah - agama, diri, akal, harta, nasab dan maruah melainkan perkara perkara tertentu seperti dalam kes jenayah.


Dalil dalil tak jatuh talak jika ia  dipaksa:


1- Sabda Rasulullah saw :: “Tidak jatuh talak dan tidak bebas (hamba) dalam paksaan” Diriwayatkan oleh Ibn majah dalam bab talak terpaksa dan terlupa.

 

2- Sabda Rasulullah saw : “Allah Taala memaafkan hambanya yang tersilap, terlupa dan apa yang dipaksa ke atasnya”


Berdasarkan hadis diatas, jelas sekali, perkara yang dilakukan secara tersilap, terlupa, dipaksa tidak ada kesan kerana syarak memaafkan hal  tersebut.


Dengan itu, talak yang dipaksa dilafazkan tidak jatuh kerana tidak diambil kira oleh syarak untuk disabitkan. Ini kesan dari unsur paksaan (yang diiktiraf syarak) waktu ketika melakukan lafaz talak tersebut.


*Akhir kalam...*


Tulisan rencana berakhir disini. Banyak lagi yang diperkatakan dan banyak kisah berlaku dalam kehidupan kita dalam bab nikah cerai ini. Dan seperti yang saya sebut sebelumnya, dalam hidup kita berhibur tidak salah tapi carilah ilmu disebalik hiburan itu kerana kita kena manafaat kan setiap apa yang kita buat hatta berhibur sekalipun.  Semoga manafaat itu beri kebaikan pada kita dunia dan akhirat. 


Selamat menonton episode terakhir Perempuan Tanpa dosa malam ini. Jangan lupa juga menonton Al Hijrah sebelum menonton drama ini...


Penutupnya, untuk merasai hidup yang jauh dari sedih dan kecewa, amalkan cara hidup yang sihat. Doktor kata kalau taknak jatuh sakit, kena la jaga pemakanan kita dan bersenam selalu. Secara batinnya, kalau taknak  hati sakit (kecewa) dan rasa sedih, sihat kan lah minda dan berzikir lah selalu. Sehabis cara kita minta tolong hanyalah kepada ALLAH swt.


Sekian untuk pagi ini...


wallahu’alam,

Barakallahufikum, 

Wassalam.


Secebis dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S