Pkp255
*Pkp255- Fikrah Jumaat: Dosa ke syurga? Pahala Ke Neraka?*
Assalamu’alaikum...
Salam jumaat penuh kemuliaan.
Tinggal 12 jam lagi untuk kita pastikan kita tidak meng sia sia kan kehebatan Jumaat yang dijanjikan. Macam macam ada.
Sinopsis ayat 261 Al Baqarah, kita orang awam melihatnya sebegini: seringgit akan jadi 7 ringgit. Setiap yang tujuh ringgit akan jadi 700 ringgit. Arithmatik memberi jawapan, tjumlah yang terkumpul menjadi 4900. Kalau ada ringgit kat depan, semua buka mata. Ini skim cepat kaya yang memang sah menjanjikan kekayaan. Tapi betapa kuat keyakinan kita pada janji Allah dalam bab ini? Apa kagi kalau dihari jumaat. Ada Sesiapa kisah? Sebab ia tak masuk ke akaun simpanan atau semasa, tapi akaun akhirat sebab tu ramai yang tak beli kisah ini.
Tapi pagi ini, hal ini bukan isu utama. Cuma saya terpanggil berceloteh kerana teringat hari ini, hari jumaat. Bersedekah adalah salah satu amal ibadat yang amatlah di galakkan di hari jumaat.
Pagi ini, saya lebih menjuruskan diri memikirkan bilakah dosa dosa yang saya sering lakukan akan membawa saya ke jalan untuk menuju syurga.
*Dosa ke syurga?*
*Pahala Ke Neraka?*
Dosa bawa insan ke neraka. Perbuatan baik bawa insan ke syurga. Itulah yang sepatutnya. Dosa dimurkai Allah. Amal baik disukai Allah. Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil dosa menyebabkan seseorang itu dampingi Allah hingga bawa nya ke syurga. Juga tak mustahil kebaikan buatkan kita melupai Allah sehingga membawa ke neraka.
Ada teringat satu hadis, saya check: “Tiga pembinasa; iaitu: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan kagum dengan dirinya sendiri” (Riwayat al Bazzar, alTabarani, Hadis berstatus hasan)
Tak hairan bahawa jika nanti di akhirat ada yang macam pernah berdosa di dunia tapi menuju ke syurga. How?
Ada insan yang melakukan dosa, tapi dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa merasa hina diri di sisi Allah Yang Maha Agung. Hingga terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya. Malu pada Allah. Segala ibadah yang dia lakukan dirasa kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri. Hinggalah timbul rasa tawaduk dalam jiwanya.
Bila tengok orang lain, dia rasa betapa orang lain lebih mulia darinya di sisi Allah kerana dia berdosa. Kesombongan dalam jiwanya dikikis mengenangkan dosa dosanya itu. Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, tapi dia tahu, Allah lagilah Maha Mengetahui. Betapa dia bersyukur kerana Allah tutup keaibannya, berikan ruang untuk terus hidup sekali pun dengan dosa dosa yang dilakukan. Maka, kalau demikian lah kita berkeadaan, dosa dosa kita itu membawa kita ke syurga dengan izin Allah.
Kebaikan sepatutnya bawa ke syurga. Tapi jika pengamalnya itu riak, sombong, takjub dengan diri sendiri hingga merasa tiada cacat di hadapan Allah. Akan hilang tawaduk, rendah diri dan malah, seakan pasti dirinya ke syurga. Ditambah lagi, tengok lekeh kepada orang lain. Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini adalah musibah kerohanian. Hal ini tertimpa pada mereka yang berpakaian agama hingga mereka bagai penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangga. Bertemu dengan nukilan oleh Ibn Qayyim al Jauziyyah: “Ada pula yang beramal kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”.
*Akhir kalam...*
Semalam saya dikejutkan dengan satu whatsapp dari seorang yang dikenali tapi kami jarang berhubung, dia buka bicara memohon maaf pada saya kerana telah pernah mencuri duit saya sekitar 20 tahun lalu. Allahuakbar, Allah berikan kekuatan pada nya kerana tawaduknya dia selepas menyedari itu semua akan membawanya sengsara di akhirat nanti. Tetapi kini ianya menjadi sebalik nya kerana dosa nya itu menjadikan dia tawaduk dan gagah memohon maaf pada saya. Saya berbesar hati telah memaafkannya dan halalkan semua. Tapi dia tetap ingin membayar nya semula. Saya maklumkan kalau nak bayar bayarlah pada masjid dan jadikan ianya sedekah saya pada masjid atau surau surau. Moga Allah merahmati kami berdua.
Ibn Ataillah dalam hikamnya:
“Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur”
Semoga ada manafaat...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Tulisan, *NCS*
#SalutePadaBroYangTakutAllahLebihDariSegala.
Comments
Post a Comment