PKP256
*Pkp256 - Jaga DiRi, Jaga Kesihatan, ikut gaya Nabi Saw.*
Assalamu’alaikum
Salam alaik, dikeheningan awal pagi, bertafakur di kesyahduan, merindui janjiMu Tuhan, bantuan Mu dalam berjuang menentang nafsu dan iblis, meniitis lagi airmata taubat segala dosa. Moga terangkat penghijab kalbu antara Kau dan aku...
Dalam meneruskan sebuah kehidupan, menjaga kesihatan diri amatlah penting. Ianya juga untuk memudahkan kerjakan amal ibadah kita. Seawal pagi ini, bangkit tidak awal seperti biasa, kepenatan melayan urusan dunia semalam belum habis lagi. Duduk seketika menanti sebelum subuh terbaca satu artikel. Menarik utk di kongsikan disini.
*BAGAIMANA RASULULLAH S.A.W JAGA KESIHATAN DIRI*
•SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Antara hikmah yang mendalam dari perbuatan ini - mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik dan memperkuatkan akal fikiran.
•AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, potong kuku, bersikat dan pakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Muslim)
•TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak ( tak sampai kenyang).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: satu pertiga untuk udara, sepertiga air dan sepertiga lainnya makanan.
Pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu berpuasa pada Ramadan menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
•GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa guna kenderaan. Lepas tu, parking kenderaan, mesti letak betul betul depan tempat yang hendak kita pergi.
•TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini. Inilah hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Pesan nabi, terapi menahan perasaan marah ialah mengubah posisi ketika marah, bila berdiri, kita duduk dan bila duduk, kita berbaring. Kemudian baca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera ambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat menghilang gundah di hati.
•OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
•TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati.
“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah.”
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mententeramkan hati dan jiwa. Memaafkan orang membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya marah, maka marah itu melekat pada hati. Hence, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
*Akhir kalam..*
Selamat berhari sabtu.
"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI”
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya..
Moga ada manafaat..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Sedikit dari, *NCS*
Comments
Post a Comment