PKP257
*Pkp257*- Dosa Berulang?
Ada Taubat kah?
Assalamu’alaikum...
Di ketika bumi Btho sejak dari awal dinihari di timpa titisan air hujan, diri di pembaringan mencari waktu sesuai untuk bangkit bersujud mohon lagi keampunan, walau sedar hari ini akan dihinggap debu debu dosa lagi. Bermain di kotak fikiran siapa kah kita disisi Allah jika kita terus berulang ulang bertaubat dan esoknya “ tahu buat” lagi dosa yang sama. Secara peribadi terasa malu sangat padaNya, tapi tetap tekad untuk tidak berhenti dari bersujud mohon keampunan pada setiap malam. Ini semua atas sifatNya yang Maha Pengampun.
“Dia lah Allah Yang Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun” (Al-Hajj:60)
Buat salah dan dosa memang manusia, tapi Allah Yang Maha Pengampun dosa senantiasa menanti taubat semua hamba Nya. Tetaplah berkhusnudzan akan kebaikanNya; sebab rahmat Allah, mengalahkan murka Nya. Hanya inilah yang tinggal untuk meneruskan sebuah kehidupan dengan tenang dan aman.
Allah Al Ghaffar; Allah menamai Dzat Nya dengan Ghaffar Maha Pengampun bukan tanpa alasan dan tentunya, antara sebab nya adalah manusia selalu saja berbuatmacam macam kesalahan dan dosa, sengaja atau tidak. Maka, dengan nama besar Allah ini, mengindikasikan sepatutnya hanya kepadaNyalah kita mohon keampunanan. Do not Give up. Persoalanya Masih kah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang?
*Dah berulang kali bertaubat. Tapi kemudian tidak mampu kawal diri, buat lagi. Sudah berapa kali bertaubat sehingga rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat lagi. Adakah taubat ini palsu? bohong pada Allah? Ini kerana kita terus hanyut dengan perbuatan sendiri. Hendak taubat lagi, rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut akan ulang lagi*
Perasaan kesal keinsafan yang ada dalam jiwa –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus.
“Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, harapkan keampunan Allah menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan juga mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawa kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah. Walau mungkin selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insya Allah akan mengampuni dosa yang awal, juga dosa kemudian jika kita terus bertaubat lagi.”
- Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Sekadar pembuka minda dan untuk selebihnya cari dan gali lagi kerana kita benar benar pendosa terutama saya yang kerdil dan hina ini, tapi saya tetap akan kerjakan amalan soleh dan beribadah padaNya.
*Akhir kalam*
Jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan tetap ada peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya.
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkum nya” (Riwayat al-Tirmizi).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. AlQuran mengajar kita doa:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w selalu perbanyakkan doa:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Yang Membolakbalikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi).
Teruskanlah hidup ini dengan rahmatNya..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Insan Berdosa, *NCS*
Comments
Post a Comment