PKP258

 *Pkp258*- * Hanya Orang Beriman Rasa Berdosa Dan Ingin Bertaubat*


Assalamu’alaikum...


Tahniah, mubarak’alaikum..

Jemaah subuh samaada di rumah Nya atau bersama ahli keluarga.


Alhamdulillah. Bangun dari sebuah lena dan masih ada ruang untuk bertaubat lagi pagi ini. Setiap hari ada saja salah dan silap, jika mungkin dosa besar dihindari, dosa kecil sentiasa berlaku sama ada secara sedar atau tidak.


Hadis sering kita dengar, ada menyebut: Sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak Adam pasti sering melakukan dosa dan kesalahan, dan sebaik baik orang yang berdosa adalah orang yang rajin bertaubat.” (Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Malah, kita sering bertemu dengan ayat ini: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat nasuha” (At Tahrim: 8)


Indeed, hanya orang yang beriman saja mampu berasa berdosa dan akan melakukan taubat.


Sayu hati di awal pagi ini, dalam sibuk mengejar hidup, kita sering terlupa ukhrawi yang jauh lebih penting. Apa lagi bila terjumpa dengan sabda nabi saw seperti ini:  “Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa yang meresahkan jiwa dan meragu kan hati, meskipun orang memberi fatwa membenarkan.” (Ahmad dan Ad Darimi).


Pasaklah dalam fikira n kita :

“Segeralah Bertaubat! Hanya Orang Beriman ‘Mampu’ Rasa Berdosa Dan Ingin Bertaubat” 


*TAK NAK BERTAUBAT SEBAB TAK RASA BERDOSA*


Bala lah diri kita jika sentiasa berdosa dan dalam kemaksiatan tetapi tak nak bertaubat. Ini semua angkara  tidak berasa berdosa dengan apa yang dilakukan, malah dalam hatinya tidak ada kegelisahan, jagalah  iman, teruskan solat dan ibadat jangan berhenti siapa pun kita. 


Dalam satu kuliah, assatizah ada menyebut, Islam seru umatnya supaya bersegera dan tidak tangguh  bertaubat. Ini kerana, sekiranya bertangguh dalam bertaubat, kegelisahan hati itu akan semakin hilang hari demi hari. Waktu yang terbaik untuk taubat sempurna adalah ketika hati sedang berasa gelisah dengan dosa yang dilakukan sebelum ia pudar disebabkan sikap suka bertangguh.


*DOSA TAK TERAMPUN*


Khuatirlah wahai insan, andai kita tinggalkan dunia dalam dosa yang tak diampunkan, kita yang pasti akan dibangkitkan di akhirat kelak dengan dosa yang dilakukan di dunia. Allah SWT menjanjikan azab Nya kecuali dengan rahmat Nya. 


Pesan pada diri saya sendiri, jangan bertangguh bertaubat dan juga melakukan amal soleh sebelum nyawa ditarik malaikat kerana ajal itu tidak mengenal masa.


Dalam satu syarahan, imam Nawawi menyebut syarat untuk taubat nasuha adalah dengan berhenti bermaksiat, berazam tak melakukannya lagi dan sesal dengan kesalahan dilakukan.


Apa yang menghalang dari buat taubat nasuha adalah menyesali apa yang dilakukan. Hakikatnya,

bila duduk diam berseorangan, kita mula teringat dosa yang dilakukan dan mula rasa seronok pula. Allahuakbar...


Paling khuatir, sekiranya dosa itu berkait dengan manusia lain, itu memerlukan untuk menunaikan hak dengan orang yang dizalimi.

Dan sekiranya dosa dilakukan berkait dengan Allah SWT, kita boleh meminta ampun dan taubat kepada Nya. Kita pun tahu sifat Allah. Atas dosa kita sesama manusia, sekiranya tiada kekuatan untuk berdepan mohon maaf atau kita tidak dimaafkan, berdoalah, semoga pengampunan daripada Allah SWT supaya dilembutkan hati nya memaafkan dosa kita. Tapi 


Kita semua tahu, jika dosa kecil yang tanpa sengaja, ia boleh dihapuskan dengan perbanyak istighfar dan amal soleh. Malah, teringat pesan ustaz tentang pesanan Saidina Umar  ra, untuk sebelum tidur kita muhasabah diri dan hisab diri sendiri atas perbuatan atau tingkah laku sepanjang hari. Kemudiannya beristighfarlah  bersungguh sungguh supaya Allah ampun kan dosa kita. 


*Akhir kalam*


Pesanan untuk semua, jangan jadikan alasan usia masih muda atau perjalanan hidup masih jauh untuk menangguh taubat kerana kematian tidak pernah melihat pada tua atau mudanya usia.


Meskipun pintu taubat Allah itu terbentang luas, ia ada tarikh akhirnya. Pintu taubat itu akan tertutup pada saat seseorang itu hampir menuju kematian jua tika dunia tiba ke detik akhirnya iaitu hari kiamat.


Moga bermanafaat 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Picisan dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S