PKP270

 [Pkp270]- HIDUP INI HANYA SEBENTAR. Sharing is caring. Nota Surah Al Insan. 


Assalamu’alaikum...


Senang begitu saja melepaskan jumaat berllalu, walaupun teliti juga alkhafi 10 pertama dan 10

terakhir tapi jiwa tetap kosomg,

minggu minggu kebelakangan ini masjid masjid di selamgor 

masih sepi dari jemaah solat jumaat. Terasa janggal bila waktu zohor tiba, manusia masih sibuk dengan urusan dunia; sedangkan asa ayat alquran menyebut   “Wahai orang orang yang beriman! bila dikumandang kan seruan mengerjakan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah, tinggalkanlah jual beli; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Kemudian setelah selesai solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak banyak supaya kamu berjaya.” (Surah al Jum’ah, ayat 9)


Terasa benar kehilangan akan satu kenikmatan bila berada di hari Jumaat. Apatah lagi, seusai zohor, terus saja ke pejabat ada urusan kerja nak diselesaikan, harapannya jadi ibadat ketana kerja menyelesaikan sambil menuntut ilmu. Mujurlah Allah izinkan solat berjemaah bersama rakan pejabat yang “committed” dengan kerja walaupun semalam cuti “best Day” Sultan Selamgor. Walautak seawal waktu tapi berjemaah - asar, maghrib dan isya’. Kena syukur banyak. Alhamdulillah.. 


Solat Subuh semalam, saya mohon anakda al Hafiz bacakan surah Al Insan sebagai ganti sekali sekala pada surah As Sajadah. Memang kebanyakan imam imam subuh hari Jumaat akan membacakan surah As Sajdah pada rakaat pertama dan surah Al Insan rakaat kedua. Ini bukan “percuma” - hakikatnya baca Al Quran pun bukan “free” ada juga “charge” masuk akaun ukhrawi. Ini kerana Rasulullah saw selalu membaca surah Al Insaan pada waktu solat subuh, sebagaimana keterangan hadis yang ada dalam sahih Muslim:


 ”Sesungguhnya Rasulullah saw membaca surah As Sajadah dan Al Insan di dalam solat subuh pada hari Jumat.” [ Muslim dari Ibnu Abbas ]


Terimakasih anakda Imam ND Al hafiz. 


[Apa ada di sebalik Al insan]


Malam tadi sempat belek belek dan baca maksud surah Alinsan. Dah lama tak baca surah ini, last ketika awal Pkp, saat itu  setilap seminggu khatam Al Quran. Apa yang saya ingin utarakan di sini pagi ialah berkenaan surah Al insan -  apa ada dalam surah ini.


Terjumpa satu nota: 


KANDUNGAN RINGKAS SURAH


Ayat 1-3:  Surah ini dimulakan dengan bicara tentang awal kejadian insan, dibekalkan dengan pendengaran dan penglihatan, dan ditunjukkan jalan : kemudiannya insan pun terbahagi kepada dua golongan, yang bersyukur dan yang kufur. Seterusnya diberitakan tentang balasan orang yang bersyukur dan orang yang kufur.


Ayat 4-6: Bagi yang kufur, diceritakan ringkas balasannya : rantai kaki, belenggu tangan rantainya bersambung tengkuk, dan dibakar dengan api neraka.


Sedangkan bagi yang bersyukur,  (kontra dengan yang kufur),  dapat minum dalam gelas, minuman yang bercampur dengan kafur, tersedia dalam mata air yang dapat disalirkan ke kediaman mereka mengikut keperluan mereka sendiri.


Ayat 7-11:  Kemudian dipuji amalan golongan yang bersyukur itu, amalan yang menjadi sebab mendapat balasan istimewa. Ini kerana mereka : Memenuhi janji kepada Allah untuk taat, Takut kepada azab Allah hari kiamat, Memberi makan orang lapar kerana Allah


Balasan Allah kepada golongan ini pada hari kiamat itu ialah diberi : Perlindungan daripada kesengsaraan pada hari itu, 

Wajah berseri seri, Jiwa gembira


Ayat 12-22:  Diikuti dengan menyebut balasan seterusnya daripada Allah swt, kerana mereka bersabar untuk taat kepadaNya semasa di dunia.

-Syurga

-Pakaian /Persalinan sutera

-Baring di atas sofa sofistikated

-Tidak ada hawa panas, tidak pula terlalu sejuk

-Dinaungi pula teduhan pohon pohon syurga

-Dapat dipetik buah buahnya yang rendah bergayutan

-Diedarkan kepada mereka bekas perak dan gelas kristal

-Kristal daripada perak (yang berkilau perak dan transparent spt kristal), sehingga pelayan yang menuang dapat mengagak keperluan untuk diisi dengan secukupnya

-Mereka dihidangkan dalam syurga itu, minuman yg bercampur halia, dari mata air syurga salsabila

-Dilayan oleh pelayan muda sentiasa, bak mutiara bertaburan

-Syurga yang penuh nikmat dan kerajaan penuh kebesaran

-Mereka memakai sutera halus hijau dan sutera tebal, gelang perak dan minum minuman bersih.


Dan dikatakan pada mereka, Diberikan semua ini kepada kamu sebagai balasan atas usaha kamu yg patut dihargai.


Ayat 23-26: Kemudian diterang kan sumber dari mana turunnya al-Quran, iaitu daripada Allah Tuhan sekelian alam kepada Nabi Muhammad saw. (Dari al Quran inilah kita dapat tahu asal usul kejadian kita, balasan orang kufur dan balasan orang yang syukur tadi)


Kerana tugas menyampaikan ajaran wahyu itu berat dan akan mendapat tentangan, maka disuruh Nabi Muhammad saw : 

1- sabar dan jangan ikut kehendak orang yang berdosa dan kufur/ingkar.

2- selalu sebut dan nama Tuhan pagi dan petang (zikir ikut sunnah nabi)

3- solat malam (sujud dan sucikan Allah)


Ayat 27-28:  Seterusnya disebut pula sifat orang yg menentang, iaitu cinta dunia yang segera dan tidak hiraukan hari akhirat yang berat. Sedangkan Allah (yang menurunkan al Quran inilah) yang mencipta mereka dan menguatkan sendi2 mereka. Dan Allah berkuasa gantikan mereka dengan yang lain.


Ayat 29-31/  Surah ini diakhiri dengan menegaskan bahawa al Quran adalah peringatan bagi seluruh manusia, sepatutnya manusia mengambil jalan yang dapat membawa kepada (keredaan) Tuhannya. (Kaitkan dengan ayat 3)


Dan semuanya itu sebenarnya kembali kepada kehendak Allah swt yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.


Tamat ringkasan Surah al-Insan


<akhir kalam...>


Bersempena dengan hari sabtu yang mulia ini, marilah kita  banyakkan memberi. In shaa Allah, manfaatnya akan kita dapat samaada di dunia ataupun nikmat nikmat tidak dapat nak digambarkan di syurga nanti.


Berkongsi ilmu adalah salah satu memberi. So, jom SHARE ilmu ini, supaya kita tergolong dalam golongan orang yang memberi. SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum pada semua yang membaca..


Wassalam


Written/Edited : 🌹NCS

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S