PKP271

 [Pkp271] Tiada Kebetulan dalam kehidupan. Susulan Kemalangan di simpang UPM selepas makan malam di Gerume Good Place, Evo Malll Bangi....


Assalamu’alaikum... 


Yang di rahmati Allah semua sahabat sahabiah semua, semoga dalam rahmat dan redha Allah swt. Semoga banyak amalan kita bermula awal pagi hari ini mengundang rahmat Allah SWT.


Seperkara yang kita kena renungkan pagi ini adalah melazimi amal soleh setiap masa. Ini kerana kematian datang tanpa diduga, sebab itu kita tidak boleh mencampurkan amal soleh dan buruk sekali kerana dibimbangi kematian nanti datang dalam keadaan kita sedang lakukan perkara buruk. Sudah pasti setiap Muslim ada cita cita mahu meninggal dunia dalam khusnul khatimah.


Barakallahufikum pada yang bangkit pagi ini dengan satu keazaman untuk sentiasa istiqmah dengan amalan yang baik, jika berkata kata, kata kata penuh sopan. Jika menulis, tulis kandungan yang mendatangkan manfaat. 


Semoga Allah merahmati kita hari ini dan hari seterusnya...


Untuk saya semalam, banyak syukur pada Allah kena ucap kan. Apa tidaknya, seusai makan malam bersama keluarga di Gerume Good Place, dalam Max Value Prime, AeonMall Bangi Evo Mall, kami sekeluarga selamat menunaikan solat maghrib di surau yang selesa, bersih dan damai di Evo Mall. Al kisahnya, semasa dalam perjalanan balik, di sekitar persimpangan UPM kami hampir terlibat dengan kemalangan dalam hujan yang renyai renyai. Ianya berlaku bila di tiba saja di persimpangan itu, saya terpaksa menekan brek secara mengejut dan tiba tiba saja kereta sebelah lane kanan meluncur laju dalam keadaan “sliding” merempuh kereta lain di depannya. Kereta itu sebenarnya cuba celok kekiri ke depan kami tapi ianya sudah pun hilang kawalan - sliding.  Sebenarnya sudah ada berlaku

Kemalangan didepan kami sebelum itu, sebuah kereta estima kelihatan “terbaring” di bahu jalan simpang. Saya dengan tenang memandu x70 melepasi kawasan kemalangan dan kami semua beristighfar dan beristirja’. Saya secara spontan berdoa kepada Allah semoga mereka yang terlibat dengan kemalangan dipermudahkan urusan. Saya memutuskan untuk tidak berhenti. Selepas itu kami bertenang dan bertakbir tiga kali Allahuakbar bergema takbir itu didalam X70. Tiba saja di rumah, terus saja solat isya’ berjemaah mengucapkan syukur...


Inilah perkara yang kita tidak tahu, keselamatan saya dan ahli keluarga saya terhindar dari kemalangan itu, adakah ianya sudah tertulis di Loh mahfuz, atau berkat doa semua yang ada berdoa untuk saya atau berkat amalan amalan baik yang ada kalangan kami lakukan. Atau pun juga, mungkin ini rezeki yang Allah berikan atas doa kami yang memohon sesuatu dan Allah tak tunaikan tapi Allah gantikan keselamatan kami terhindar dari kemalangan malam tadi. Meskipun ianya ada di fikiran saya tapi saya tinggal kan jauh jauh. Yang pasti kena serah semua pada Allah setiap kali keluar rumah, berdoa dan berusaha semoga semua yang diluar kawalan kita di kawal oleh Allah menyebelahi kebaikan pada kita. 


Pagi ini nak share, saya selalu juga berdoa dengan doa ini setiap kali selesai solat: 


يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا


“Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri Yang tidak perlu segala sesuatu, dengan rahmat Mu aku minta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa pertolongan dari Mu selamanya”


Untuk pagi ini, terasa nak share satu perkara yang common dan dah semua tahu, tapi nak pasak lagi dalam dalam di fikrah kita:


#Adakah doa boleh mengubah takdir seorang?


Menjawab persoalan ini, para assatizah ada jelaskan tentang takdir ikut pandangan ulama Ahlu alSunnah wa al Jamaah.


Ada dua jenis takdir ditetapkan oleh Allah iaitu Taqdir Mubram dan Taqdir Mu’allaq.


Taqdir Mubram adalah takdir yang muktamad dan ia tertulis di Luh Mahfuz. Ia adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya hidup atau mati.


Taqdir Mu’allaq adalah takdir yang tertulis, yang boleh tetap dan boleh berubah dengan kehendak Allah, bergantung kepada sebab sebab yang diusahakan oleh manusia.


Mu’allaq bererti tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.


Bukankah manusia disuruh berdoa dan Allah memakbulkan doanya. Sebelum berdoa silakan berusaha, berikhtiar, bertawakal sebab Allah juga mengatakan Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.


Wallahualam..


*Akhir kalam..*


Semoga yang menjadi mangsa kejadian kemalangan Simpang 

UPM semalam, dipermudahkan urusan oleh Allah. 


Tidak lupa ucapan terimakasih pada “tauke” Gerume Good Place atas layanan baik dari petugas beliau. Makanan memang ada taste. 


Semalam saya disuruh berfikir  "memahami" bahawa tiada satu pun apa yang saya lalui, apa yang saya nikmati atau sesiapa sahaja yang saya kenali didunia ini, datang dalam hidup saya dengan KEBETULAN..


Allahuakbar! Maha suci Allah 

yang maha memberi petunjuk dan hidayah kepada setiap hambaNya.


Semua yang kita rasai ini bukan kebetulan. Sudah Pasti ada yang merancang  mengaturnya. Pasti ada hikmah tersendiri, kita akan hanya perolehi dan fahami jika kita berusaha mendekatiNya.

Dekatilah Dia..


Selamat santai pagi Ahad bersama ahli keluarga pada yang cuti hujung minggu..


Wallahu’alam 

Barakallahufikum pada yang sudi membaca..


Wassalam.


Pena Pagi oleh: [NCS’68]

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S