PKP272
[Pkp272 ] - Kaburo maqtan.
Fastabiqul khaerat...
Assalamu’alaikum
Salam pagi seawal pagi buat semua. Syukur yang tidak berbelah bahagi pada Nya yang tidak pernah tidak memberikan nikmat pada makhluk Nya.
Dan saya masih diberi nikmat kekuatan untuk terus menerus berkarya disini, walaupun ada yang membenci, meluat tapi saya tahu ada yang sukakan picisan ini. Namun, hakikat sebenarnya disini tempat saya mencari jatidiri saya yang saya tahu sentiasa berdosa. Saya ini jauh dari sempurna, kekadang ada yang melatah berkata, nak akan jalan agama tapi perangai tak serupa bikin. Apa apa pun saya tetap saya, pada saya, saya kena sentiasa compose bersama islam walaupun diluar sana fitnah akhir zaman merata rata. Ada masa nya hanyut dengan fitnah tapi sekadar untuk berkawan bersahabat dengan alam dan makhluk. Kerana itu waktu dinihari sangat dinanti untuk istiqamah mohon restu Illahi. Saya sentiasa damba kan saat saat ini kerana saya tahu saya tak akan mampu bertahan tanpa dosa walau sehari. Mungkin sahabat sakalian bersih suci disisi Allah, sehingga tidak perlu sibuk mencari titik kembali pada Nya tapi tidak saya, setiap hari saya perlu bertaubat dan berusaha buat amal soleh.
“Bertakwalah kepada Allah di manapun anda berada. Iringilah perbuatan dosa dengan amal kebaikan, karena kebaikan itu dapat menghapusnya. Serta bergaulah dengan orang lain dengan akhlak yang baik” (HR. Ahmad 21354, Tirmidzi 1987, ia berkata: ‘hadits ini hasan shahih).
Jadi janganlah kecam saya, bila saya buat perbuatan yang macam saya ni seorang yang seperti orang alim atau gaya ustaz ustaz yang tawadhu. Ini semua - solat lima waktu berjemaah, solat sunat - dan macam macam lagi. Jangan lihat saya macam budget bagus. Pada saya saya buat ini semua kerana saya sedar siapa saya.
Begitu juga menulis berkongsi ilmu bercerita tentang amalan amalan soleh yang saya buat bersama ahli ahli saya, ini semua untuk memangkinkan saya untuk terus kekal berada atas landasan Islam. Semoga dengan menceritakan kebaikan menjadi kan saya nak buat apa yang saya ceritakan walaupun saya sebenarnya jauh dari sempurna.
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللّٰهِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَا لَا تَفْعَلُوْنَ
“(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (As-Saff 61: Ayat 3)
Untuk sahabat sahabat yang jauh lebih hebat dari saya, moga tuan tuan berbuat lebih baik dari apa yang ceritakan kerana kalau Hj NCS yang ntah apa apa tu boleh buat amalan amalan baik tak kan sahabat sahabiah yang jauh lebih mulia tidak boleh buat lebih baik disisi Allah.
Jadi bila kita berbuat baik bagi orang lain, sesungguhnya hal itu adalah kebaikan untuk diri kita sendiri. Jom, Mula dari saat ini juga, mulailah dari apa yang kita mampu, mulailah dari hal yang kecil, mulailah dari yang terdekat dengan kita, dan mulailah serta jangan menunda kebaikan, jika tidak pasti kita akan menyesal.
Tapi jangan pula takut untuk menyampaikan kebaikan kerana jika kita perhatikan Surah Yaasiin [36] : 12 “...dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas bekas yang mereka tinggalkan ...” Khalifah ‘Umar ra contoh terbaik, tercatat dalam sejarah, setelah beliau masuk Islam, maka di tempat tempat mana dulu ia pernah berbuat dosa, beliau kunjungi semula dan mengumumkan keislaman ny dan mengajak orang kepada Islam. Ini merupakan salah satu contoh kegigihan menghapus dosa dengan kebaikan.
Oleh itu, berdakwah sebenarnya bukan “menguruskan orang lain”, tapi menjaga diri sendiri, jangan sampai ada bekas tidak elok dalam diri.
{Akhir kalam...}
Kesimpulannya, nasib diri kita begitu terancam di akhirat, jika kita lihat dosa dosa kita. Maka, eloknya tutuplah dosa dosa itu dengan belajar menyampaikan dan didik jiwa mempertanggung jawabkan tindak tanduk sendirii.
Pemberi peringatan harus jaga dua perkara:
1. Keikhlasan. Tidak berharap disanjung dipuji. Apatah lagi kalau di media sosial
Abdurrahman bin Mahdi pernah bertanya kepada gurunya, “aku mengajar setiap jumaat pagi. Bila yang hadir banyak aku gembira dan apabila sedikit aku sedih?” Gurunya berkata, “itu majlis yang buruk, tinggalkan saja.” Selepas itu Ibnu Mahdi mengajar di sana.
2. Berusaha Beramal dengan peringatan yang di beri. Allah membenci orang mengucapkan sesuatu tapi tidak beramal dengan nya.
Yang diberi peringatan pun harus jaga dua perkara:
1. Terima dengan hati yang lapang. Itu adalah tanda keikhlasan.
Adz Dzahabi berkata, “Tanda orang ikhlas itu adalah apabila diingatkan kesalahannya ia tidak merasa panas hatinya. Malah, ia akui kesalahannya dan mendo’a kannya, “Moga Allah merahmati orang yang mengingatkan akan kesalahanku.”
2. Menjauhi sifat yang buruk. Ketika seseorang diberi nasihat yang difikirkan adalah dirinya dahulu.
Semoga Allah teguhkan kita dalam beragama sehingga bila menjadi penasihat bertanggung jawab atas apa yang dikatakan hingga kita bebas dari ancaman Allah, dan manapula ketika kita terima nasihat kita pula dapat mengamalkan secara tawadhu dan istiqomah sehingga Allah teima.... Amin barokallah...
Moga ada manafaat..
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Tulisan dan Suntingan: <NCS>
Comments
Post a Comment