PKP273

 *Pkp273* [ Adab dalam bekerja, membawa pada gaji berkat


Assalamu’alaikum warahmatullahi  semua..


Bertemu lagi kita pagi ini. Bertemu lagi kita dengan pagi seawal pagi ini. Kalau subuh dikira dengan hadirnya fajar sadiq, malam pula dikira dengan hadirnya waktu maghrib. Dalam perkiraan islam, waktu malam dikira berakhir bila berakhirnya waktu isya’.  Semoga kita dapat gunakan masa malam dengan berehat sepenuhnya. Semoga tisu tisu badan yang dah koyak akan pulih semula. Pengalaman saya, tubuh bila kurang istirahat akan merasa lelah, kurang dari segi produktivit, level stres yang meningkat, akhirnya akan jadi depress.  Saya pernah terbaca waktu berehat yang cukup penting adalah antara jam 11 hingga jam 3, kerana pada waktu itu badan membuang segala toksid yang ada. 


Sebuah penelitian ada sebut that kalau bangun pagi akan bantu kita merasa lebih positif dan jadi proaktif. Tubuh segar pastinya akan menjadikan kita lebih semangat bekerja, kan?


Pagi ini saya sertakan senarai waktu tidur mengikut National Sleep Foundation yang sesuai ikut usia:

•Bayi baru lahir (0-3 bulan): 14-17 jam setiap hari

•Bayi (4-11 bulan): 12-15 jam setiap hari.

•anak kecil(1-2 tahun): 11-14 jam setiap hari.

•Prasekolah (3-5 tahun): 10-13 jam setiap hari.

•Usia sekolah (6-13 tahun): 9-11 jam setiap hari.

•Dewasa muda (18-25 tahun): 7-9 jam setiap hari.

•Dewasa (26-64 tahun): 7-9 jam setiap hari.

•Berusia (65 tahun ke atas): 7-8 jam setiap hari.


Jagalah waktu tidur masing masing dan pada masa yang sama carilah masa sesuai untuk beribadah di dinihari.


Untuk pagi ini juga saya nak share amalan amalan yang boleh kita buat untuk tambah keberkatan dalam kerja kerja yang kita lakukan seharian. Ianya saya perolehi dari satu nota lama. 


*[Antara adab dalam bekerja, membawa pada gaji berkat]*


ISLAM ada gariskan adab yang perlu diamalkan oleh setiap orang beriman dalam mencari rezeki sama ada menjadi pekerja awam, swasta mahupun bekerja sendiri. Ini untuk memastikan ia memberi hasil rezeki yang halal, dan yang lebih penting dapat keredaan Allah SWT.


Ini rahsia orang beriman yang sebahagiannya hanya dapat pendapatan kecil sederhana tapi bahagia dalam kehidupannya sama ada sebagai individu mahupun keluarga.


Antara adab yang boleh diamal kan untuk memastikan kerja kita adalah hasil yang halal dan berkat: 


•Membaca doa sebelum keluar rumah. Antara yang boleh diamalkan ialah, ‘Dengan nama Allah, aku bertawakal dengan Allah dan tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Agung.


•Niat keluar bekerja dengan ikhlas kepada Allah SWT untuk cari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga dan menyumbang kepada masyarakat. Nabi SAW bersabda: Apabila seorang lelaki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah. (Bukhari)


•Bekerja dengan bersungguh sungguh dan gigih kerana mengikuti pesanan Nabawi seperti hadis yang diriwayatkan Saidatina Aishah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang hamba yang bila dia bekerja, dia sempurna pekerjaannya. (Tabrani)


•Menunaikan tugas tanggung jawab dalam pekerjaan dengan jujur, amanah, sekali gus tidak menyalahgunakan jawatan, kuasa dan harta. Rasulullah SAW bersabda: Wajib ke atasmu jujur kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan yang akan menunjukkan ke syurga serta seseorang selalu jujur dan memelihara kejujuran hingga ditulis dan di sisi Allah sebagai orang jujur. (Tirmizi)


5. Tak buat kerja haram atau syubhah yang tidak jelas halal haram. Sabda Rasulullah SAW: Perkara halal itu jelas, perkara haram juga jelas dan antara keduanya adalah syuhbat; banyak orang tidak mengetahui apakah perkara halal atau haram dan sesiapa meninggalkannya bebaslah ia untuk agama dan kehormatannya serta selamat (daripada kecaman syaral). Dan barang siapa terjatuh dalamnya, dikhuatiri terjatuh kedalam keharaman. (Tirmizi)


• Tak buat perbuatan dosa dan mungkar kerana boleh menjadi sebab terhalangnya rezeki. Sabda Rasulullah SAW: Tiada sesuatu yang boleh menambah umur kecuali kebajikan dan tiada sesuatu boleh menolak takdir kecuali doa. Sesungguhnya seseorang akan tercegah daripada rezeki oleh sebab dosa yang dia lakukan. (Ibnu Majah)


•Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh. Rasulullah SAW bersabda: Sungguh amat beruntunglah orang Islam (berserah diri) dan berasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikanNya. (Muslim)


•Bersedekah kerana sebahagian apa yang diperolehnya juga menjadi hak orang lain dan meyakini hartanya tidak akan berkurang dengan ibadat itu. Rasulullah SAW bersabda: Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. (Muslim)


•Tidak menjadikan alasan sibuk mencari rezeki untuk tidak beribadat. Satu hadis Qudsi, Nabi SAW bersabda: Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, kerjakanlah ibadat semata mata untuk Ku, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak mengerjakannya, maka Aku penuhi dadamu dengan kesibukan tetapi Aku tidak menutup kemiskinanmu.” (Ibnu Majah)


•Bertawakal kepada Allah SWT selepas melaksanakan tugasan. Rasulullah SAW bersabda: Sungguh kalau kamu sekalian bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sungguh sungguh, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia berangkat pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang. (TirmizI)


<Akhir kalam..>


Semoga kita dapat manafaatkan masa malam untuk tidur dan cari seketika untuk bertemu dengan Nya. Siang nya kita bekerja pula penuhi adab demi untuk sebuah keberkatan hidup. 


Selamat bertugas..


Written/Edited by {NCS}

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S