PKP274
*Pkp274* - *...MENGELAK SEKSA KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING?*
Assalamu’alaikum...
Salam pagi semoga kita selamat dari perkara perkara yang tidak kita ingini dan dari ujian berat sehingga kita kufur tanpa disedari. Terasa benar minda, jiwa dan hati semakin gersang dengan ilmu ilmu. Walaupun ada berbagai media untuk di raih ilmu melaluinya tapi keberkatan semacam tidak sama dengan jika kita bersimpuh di majlis ilmu atau daurah daurah. Sama sama lah kita mencari keberkatan ini disebalik PKP yang semakin lama makin menjejaki ke angka 300 hari. Semua berlalu bagai debu ditiup bayu diatas tunggul kayu. Tanpa kesan.
Sore Semalam sesuai riadah di IGC, ada rasa untuk berjemaah di surau berdekatan tapi tidak sempat juga, apatah lagi bila terfikir taharah diri dan pakaian yang terasa meragukan. Teringat pula pada sebuah hadis:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, Muhammad bin Hazm berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Mujahid dan Thawus dari Ibnu Abbas ra berkata:
“Rasulullah saw melalui dekat dua kuburan, lalu baginda bersabda “Sesungguhnya keduanya sedang diseksa, dan keduanya diseksa bukan kerana perkara besar. Yang satu diseksa kerana tidak bersuci setelah kencing, sementara yang satunya suka mengadu domba (menyebar fitnah)”. Kemudian baginda mengambil sebatang dahan kurma yang masih basah, baginda lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian diletakkan pada kedua-dua kuburan tersebut. Para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan ini?” baginda menjawab “Semoga seksa keduanya diringankan selama batang pohon ini basah”.
[Riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, Kitab Wudhu’, Bab membersihkan kencing, no 216; juga diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Majah, dan Ahmad]
Dalam satu nota ustaz telah mengulaskan, usaha untuk mengelak diri dari percikan atau saki baki kencing mungkin dianggap remeh, seperti mana sabda baginda dalam hadis di atas, dan memang bukan suatu perkara yang besar dan bukan suatu yang rumit pun. Perbuatan itu suatu yang mudah, tapi ramai mengambil sikap sambil lewa, hingga mengakibatkan ditimpa azab di dalam kubur tanpa kita sangka. Salah satu akibat ialah solat tidak sah. Sebagaimana yang kita tahu, salah satu syarat sah solat ialah suci dari najis. Air kencing adalah salah satu najis yang menyebabkan syarat sah solat tidak dipenuhi.
*...MENGELAK SEKSA KUBUR DISEBABKAN AIR KENCING?*
Ulama menggariskan panduan untuk kita, khususnya bagi lelaki untuk membersihkan saki baki kencing dan panduan mengelak dari terkena percikan kencing. Lelaki lebih frequent mengidap penyakit kencing tidak lawas berbanding wanita. Jadi lelaki kena beri lebih perhatian pada perkara ini.
1) Mengurut kemaluan selepas kencing.
“Jika salah seorang dari kalian kencing, hendaklah mengurut kemaluannya tiga kali” (Ibnu Majah)
2) Berdehem selepas kencing
Beberapa ulama di kalangan mazhab Syafie (mengatakan): Sesungguhnya adalah digalak kan bersabar selepas beristinja’, mengurut Zakar sambil berdehem”
3) Kencing duduk
“Ketika aku kencing dengan berdiri, Rasulullah saw melihatku, maka beliau pun menegurku “Wahai Umar, janganlah engkau kencing dengan berdiri”. (Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya, 2/60]
4) Istinja’ kemaluan terlebih dahulu sebelum memakai pakaian .
Wajib istinja’ cuci kemaluan dari najis. Jika ada lagi najis kencing pada kemaluan, kemudian kita terus pakai pakaian kita, ada kemungkinan najis itu akan terkena pada pakaian, lalu menyebabkan solat tidak sah. Sebaik baik istinja’ ialah dengan air. Masalah kini bagi lelaki yang kencing di mangkuk berdiri, dan terus zip seluar. Tidak basuh kemaluan. Ini antara penyebab kita mendapat azab kubur.
5) Sabar sekejap selepas kencing
6) Jangan kencing di dalam takungan air yang tenang (yang tidak mengalir)
*Akhir kalam...*
Semoga semua amalan kita diterima Allan. Dan sentiasalah kita berdoa:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan diterima“. (Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu as Sunni).
Teringat satu ketika dulu, ada ustaz yang mensyarahkan dari kitab Daud Al Fatani bahawa setiap kali hendak solat hendak lah kita cuci kemaluan dan dubur kita.
SENTIASA lah berhati hati, ambil cakna, ambil berat, memerhati apa yang berlaku setiap kali kita tunaikan hajat kita, kerana dari kerana inilah kita akan terima banyak azab kubur. Sama sama kita baiki diri untuk mengelak azab kubur ini, ubah perangai dan sikap diri setiap kali kita melaksanakan "hajat".
InsyaAllah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Secebis dari, *<NCS>*
Comments
Post a Comment