PKP276

 [Pkp276] ~ Kita Rindu Masjid, Masjid pun rindukan kita. Hayati kelebihan Being “Kaki Masjid”.


Assalamu’alaikum...


Selamat datang ke hari jumaat. Terharu, sore semalam, selepas tunaikan jemputan  beriadhah “9 hole” bersama Club Champion, mula sekitar jam 5 petang. Saya  diberikan kesempatan olehNya untuk berjemaah maghrib di salah sebuah surau berdekatan dengan IGC seusainya riadhah. Menitis airmata seketika berdoa selepas tunaikan solat maghrib berjemaah bersama seramai 20 jemaah yang lain. Terasa benar lain, terasa jiwa terisi sesuatu. Semoga ada peluang untuk begini lagi nanti. 


Biarpun masih dalam PkP dan segala SoP masih berkuatkuasa di Selangor sehinggakan solat berjemaah di masjid masjid surau masih di bekukan, tapi pagi ini, itu tidak menghalang saya untuk menggali kehebatan jadi “kaki Masjid”. 


Jika ada diantara kita yang pernah jadi “kaki” pelbagai aktiviti yang negatif, apakah ubat untuk mengubah keadaan itu? Saya yakin jawapannya ada lah : “Jadilah Kaki Masjid”. 


Hidup kita ini memang tidak lari dari kesilapan. Namun selagi matahari tidak terbit dari barat, pintu keampunan Allah sentiasa terbuka. Dan tempat yang paling sesuai untuk kita ‘mencari’ Allah adalah di masjid. Saya pernah melalui semuanya ini, hidup tak lah lagha mana, solat pun tidak tinggal tapi banyak sendiri dari berjemaah, sehinggakan hati kosong. Saya pernah berada di puncak perjuangan perjuangkan  islam sebagai cara hidup dan juga tegakkan Islam seketika di US. Disana segala aktiviti bertempat di masjid surau Muslim Student Association, pada masa yang sama aktif dalam aktiviti menegakkan cara hidup islam bersama pelajar lain dalam Malaysia Islamic Society of North America. Betapa jiwa tenang ketika itu, sambil beraktiviti sambil belajar sehinggalah hari Graduasi. 

Namun, seketika pulang ke tanah air, sibuk meng”establish” kan diri dalam persada karier dunia, saya terlepas pandang bab solat berjemaah di masjid. 


Sehingga tiba satu tahun, saya di uji “domestic” problem, Allah “campakkan” hidayah disebalik kesakitan masaalah dan ujian itu. Sebenarnya ketika itu saya sedikit jauh dari Nya. Syukur dan terimakasih Allah kerana telah mendetikkan hati saya untuk berubah. Perkara pertama yang saya lakukan untuk berubah adalah dengan konsisten pergi ke masjid setiap kali waktu solat. Selepas tiga bulan, istiqamah, saya mula jauhkan diri dari aktiviti aktiviti yang melagha sebelum ini. Saya paksa diri untuk menjadi kaki masjid. Saya temui banyak hikmah. Hidup semakin berubah. Hati semakin tenang. Rasa hidup lebih bertujuan.


Allahuakbar... terimakasih Allah bawa saya semula ke jalan Mu. 


Untuk pagi jumaat berbahagia ini, ketika kita semua di Selangor merindui masjid dan, masjid juga rindukan pada kita. Sama sama lah kita rujuk pada nota apa ada kelebihan pada “kaki Masjid”


[KELEBIHAN BEING “KAKI MASJID”] - sekeping nota lama. 


•Tanda Orang Beriman.

‘Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat” (AtTawbah:18)


 •Dihapuskan dosa. “Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah akan dihapus dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, semasa pergi atau balik.” (Ahmad, Ibn Majah)


•Disambut Allah. “Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa hadir kan dirinya ke masjid untuk solat  zikir melainkan Allah gembira menyambutnya seperti ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang.” ( Ibn Majah)


•Dijamin rezeki dan Syurga. “Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga: Sesiapa yang masuk ke rumah Nya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah”  (Bukhari)


•Allah sebut nama didepan para Malaikat.  “Tidaklah berkumpul suatu kaum di  rumah Allah, dan mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya bersama sama, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut nyebut mereka di depan para malaikat malaikat.” (Muslim)


•Mendapat naungan Di Akhirat.

“Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan dengan naungan Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan Nya…seseorang yang hatinya terpaut pada masjid masjid.” (Bukhari)


•Mendapat cahaya hari Kiamat. “Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid, untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat.” (al-Tirmizi)


•Dilepaskan dari Api Neraka Dan Munafik. “Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuk nya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik.” (Tirmizi)


•Mudah lepasi Titian Sirat. 

“Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan.” (alBaihaqi)


•Hidangan di Syurga. “Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang.” (Ahmad)



<Akhir kalam>


“Seseorang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula.”


Jangan bohong, kita selaku muslim tidak mahu semua yang tersenarai diatas, dan jangan tunggu sehingga saat sudah hilang untuk kita melalukannya.

Jangan hijabkan hati dengan segala kelebihan menjadi kaki masjid, kerana akan tiba saat nya kita dambakan semua itu. 


Jadi, disaat kita berperang perasaan untuk berubah atau mencari penyelesaian kepada masalah, carilah di Masjid. Insya Allah kita akan temui jawapan kepada persoalan hidup kita. Bukan sahaja ditemukan dengan ketenangan tapi akan ditemukan juga dengan orang orang yang nak dekatkan diri pada Allah.


Jom jadi kaki masjid ! Bertekad kita...


Semoga bermanafaat!


Wallahu’alam, Barakallahufikum semua yang membaca. Selamat bertebaran dibumi Allah di hari jumaat yang mulia ini.


Wassalam.


Written/Edited by : [NCS]

Comments

Popular posts from this blog