PKP277
*Pkp277* - Jika enta belum masuk ke Bandar Tun Hussein Onn, enta masih lagi di luar mukim. MUKIM & Sempadan.
Assalamu’alaikum...
Semalam berlalu dengan izin Nya, hidup dalam permusafiran.
Paginya, memandu ke Hutan Melintang. Petangnya, selamat kembali ke Kajang. Malam nya memandu pula ke Kluang. Semuanya dalam nikmat Nya, yang jauh didekatkan dan yang lama masanya dipendekkan Nya
walau sekadar perasaan tapi itu lah kehendakNya yang kita pun inginkan.
Segala kemudahan solat di guna pakai, asar di gabung ke zohor, maghrib digabungkan bersama isya” selepas tidak singgah di “kampung btho” sekembali dari Bagan Datuk petangnya. Seusai sore, baru lah masuk ke mukim. Maka, tamatlah status musafir, sebelum bersambung malamnya menjejaki ahli keluarga yang sudah mendahului ke kluang.
Pada awalnya dulu, pengertian mukim dalam bab sempadan mukim untuk jamak dan qasar banyak juga di salahertikan. Hinggalah saya merujuk kepada Ustaz Nazri yang berkata : jika enta belum masuk ke bandar Tun Hussein Onn, enta masih lagi di luar mukim.
Dalam beberapa penulisan juga di maklumkan perkara sama. Tidak ada ketetapan yang tepat berkenaan kadar keluasan sesuatu kawasan mukim. Mungkin mukim itu lebih luas dari seauatu yang lain. Dengan menghormati pandangan yang tidak sama, ramai cenderung mengatakan Mukim bersamaan dengan satu kampung bagi kawasan luar bandar atau satu taman perumahan bagi kawasan bandar. Mereka ini berijtihad dan Allah memberi ganjaran atas ijtihad mereka.
Malah, saya pernah dimaklum kan, jika kita singgah sebentar di ruman kita untuk bertemu ahli keluarga sebelum meneruskan perjalanan baru, kita masih ada dalam status musafir. Contoh, jika rumah kita di Bandar Tun Hussein Onn, paginya ada urusan di Hutan Melintang Perak. Selesai urusan di situ, memang bercadang untuk ke Kluang pula. Tapi singgah di rumah Bandar tun hussein sebentar. Ketika dirumah Btho, Kita masih berstatus musafir dan boleh jamak dan qasar di rumah bandar tun hussein onn kerana kita singgah seketika sahaja walaupun itu adalah mukim tetap kita. Dan kita singgah sebentar bukan bermaksud untuk kembali ke rutin kita yang biasa. Rumah kita ketika itu sudah menjadi sepeti tempat persinggahan yang lain sepanjang perjalanan.
Apa apa pun kita mengharapkan Allah merahmati kita pada setiap masa. Mohon semoga kita tidak di jauhi rahmatNya.
Apa yang merisau saya, selepas semua yang dilalui diberikan semua kemudahan tapi terasa juga jauh dari rahmahNya. Tapi saya bersyukur Alhamdulillah, kerana merasa akan semakin renggangnya jarak dengan Allah. Maka tindakan seterusnya ialah rapatkan kembali. Kena banyak muhasabah dan kembali lihat amalan kita. Apa yang telah kita lakukan sehingga terwujudnya jurang antara kita dengan Allah? Jika ianya berkisahkan kepada kemaksiatan, maka buanglah najis itu jauh jauh. Tinggalkan ia secara terus mahupun bertahap. Namun, pastikan pada akhirnya lambat atau cepat, ia tiada lagi bertumpuk dalam hati dan diri kita. Jika ia berbau keseronokan meninggalkan ibadah, dekatilah semula ibadah yang telah kita pinggirkan itu.
Walaupun siapa kita, hentakkan peringatan sebegini setiap hari amat diperlukan.
*Akhir kalam..*
“Katakanlah: “Jika bapa bapa mu, anak anakmu, saudara saudaramu, isteri isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, dan juga perdagangan yang kamu khuatir kan kerugiannya, dan rumah rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul Nya serta berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah beri kan keputusan Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang orang fasik.” [At-Taubah, 24]
Tegaslah sikit! Stop beralasan, cuba cari jalan. Jangan manja sangat dengan perasaan. Jangan jadi Melayu sangat dalam hal hal nak berjaya dalan berislam mahupun dunia. Inilah Tragedi Pemikiran Melayu bak kata Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari, *NCS*
#TibaDiKluangJam230Pagi
Comments
Post a Comment