PKP278

 *Pkp278* - Adillah Juga Pada Diri Sendiri. Barulah kita cuba pula berlaku adil pada orang lain. Kisah Speda Roda Tiga.


Assalamu’alaikum...


Dinihari semalam, Selamat tiba di Kluang, satu daerah yang tidak menutup masjid dan surau untuk solat berjemaah. Atas kesempatan yang ada, segera lah kami anak beranak solat subuh di Masjid Kluang walau waktu tidur baru cuma 2jam setengah. Terasa benar seronok dapat berdiri di belakang Imam muda Masjid Kluang. Macam macam rasa berlegar dijiwa mengecapi kekusyukkan bersolat ditempat yang paling disukai Allah swt. 


Walaubagaimanapun seusai solat terus kembali kerumah mak mentua di jalan sejahtera kerana rasa mengantuk tidak dapat di tahan lagi. Syukurlah Allah beri peluang juga untuk sebelum subuh tetap berteleku berzikir wirid dan berdoa mohon apa yang perlu bukan apa yang mahu. Tidur terpaksa di masuk kan dalam agenda demi untuk tunaikan hak badan. Kita kena adil juga pada badan kita..


*Sudahkah kita adil pada diri kita sendiri?*


Rasanya ramai  tidak akan terus menjawab; malah, akan berfikir sejenak. Dari persoalan diatas, suka saya menceritakan semula kisah antara dua orang sahabat Nabi saw seperti yang selalu di sebut Ustaz dalam kuliah. 


“Diceritakan bahawa Salman pernah mengunjungi Abu Darda’ dan mendapati Abu Darda’ dan isterinya dalam keadaan serba kekurangan. Abu Darda’ sedia kan Salman makanan tapi dia sendiri tak nak makan. Dia juga bangun sangat awal untuk solat malam sehingga dua kali Salman menyuruhnya tidur semula. Di hujung malam, barulah Salman mengejutkannya. Setelah itu Salman menasihati Abu Darda’; “Sesungguhnya bagi Rabbmu ada hak, bagi dirimu ada hak, dan bagi keluargamu juga ada hak. Maka penuhilah masing masing hak tersebut”


Pernah saya ambil nota dari kuliah, dari hadis di atas para assatizah menjelaskan selain menunaikan hak kepada orang di bawah tanggungan kita, diri kita sendiri juga perlu diberi hak. Hak untuk makan, hak untuk bekerja, hak untuk mendapatkan rehat, hak untuk jaga kesihatan, hak berfikir dengan baik, hak untuk merasa gembira dan menghiburkan hati, hak untuk menjaga kebersihan diri, untuk kemas dan cantik dan banyak lagi.


Setiap hak ini perlu dipenuhi dalam kadar yang seimbang. Teringat pula pada satu ayat dalam surah an nisa’ ayat 135 Allah mengingatkan kita juga perlu menegakkan keadilan terhadap diri sendiri.


“Wahai orang orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi ( menerang kan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu…”


Diri kita dan kehidupan yang Allah berikan ini merupakan salah satu antara nikmat dan  tanggungjawab yang sangat besar untuk dipelihara. Akhirat kelak, bukan hanya amal ibadah dan perbuatan kita pada orang lain yang akan ditanya, malah keadilan kita kepada diri sendiri

juga akan ditanya. 


*Akhir kalam...*


Pagi semalam di Kluang, seusai rehat tidur bangkit jam 930 pagi selepas terlelap sekitar jam 645.

Bangkit saja terus keluar diajak keluar ke Kluang Rail station yang terkenal dengan roti yang dibakar atas arang. Walaupun dalam pkp, kesemua tiga kedai nya, “jem teruk”, sehingga saya terpaksa intai Kluang Golf Club dulu. Sewaktu memandu keluar rumah, terpandang sepasang suami isteri menaiki motor roda tiga dengan seorang anak yang istimewa ( sepertinya down syndrom) didalam bekas. Kami hampiri speda roda tiga itu dan dari tingkap kereta saya hulur kan sedikit apa yang ikhlas buat mereka. Hati menangis melihat kesusahan mereka. Inilah hak meraka yang saya kena jaga selepas saya jaga hak diri saya, berehat seawal pagi seuasai subuh. Semoga amalan ini jadi kekuatan kepada para sahabat sababiah yang ada kemampuan. 

Untuk saya pula, semoga Allah terima perbuatan saya walaupun saya menceritakan disini untuk tujuan inspiration dan sharing is caring. 


Selamat bertugas pada yang kena bekerja hari ini dan selamat bercuti pada yang libur hari ini.


“ Take Care of Yourself and Others for the sake of Allah swt” 


Wallahu’alam...

Barakallahufikum...

Wassalam...


Secebis dari, *NCS*

#TAMATmusafirTibaDiSriMinang Jam1040

#DuaJamSetengahDrivingAlone

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S