PKP279

 *Pkp279* - Jauhkah kita dari Rahmat Allah. Saksikanlah...


Assalamu’alaikum...


Salam sejahtera di kedinginan pagi. Semoga kita semua telah di anugerahkan tidur yang nyenyak. Apatah lagi secara sainsnya, masa tidur, tubuh manusia melakukan suatu penyesuaian dengan cara menurunkan suhu agar tidur lebih nyenyak. Nah, menjelang waktu bangun tidur, suhu tubuh akan kembali naik dengan sendirinya. Proses kembalikan suhu tubuh pada tahap normal, tidak terjadi dalam waktu cepat. Ini salah satu penyebab kita semua mungkin masih merasa “dingin”  seawal bangun tidur.


Walaupun cuaca tidak hujan atau suhu AC tidaklah rendah mana. Apa apa pun syukur kerana dibangkitkan lagi dengan ahli ahli keluarga masih ada di sekeliling. Moga peluang kali ini tidak kita sia siakan. 


Semalam seminggu lagi telah berlalu, menunggu di hadapan adalah satu minggu baru, yang bakal menjadi penanda kepada sebuah tahun baru, 2020 masihi bakal tinggalkan kita. Sudah 20 tahun, 1999 meninggalkan kita. 

Ertinya, makin dekatlah kita dengan kenatian. Apa yang amat gusarkan adalah input ilmu sejak kebelakngan ini yang senakin kurang sehingga terasa jauh dari rahmatNya. Subuh ahad semalam, bacaan surah al waqiah dibaca menggantikan surah Yassin. Moga tidaklah hanya  bersuka ria dangan satu  kehidupan dunia tanpa ada  berbicara tentang akhirat. Risau takut jauh dari Rahmat ALLAH. Hingga cintakan dunia, akhirnya termasuk dalam golongan orang orang yang  rugi..


Teringat pada ayat alkahfi yang sering dibaca pada  malam atau

pagi jumaat, ayat 103 dan 104:


قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal amal perbuatannya?


الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا


(Iaitu) orang orang yang telah sia sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.


Sama sama kita gali pagi ini, 

Siapa yang paling jauh dari Allah ? Dari sekeping nota kuliah lama: 


1. Yang Hatinya Keras.


Mereka ini adalah orang yang banyak berbicara namun sangat sedikit berzikir mengingat Allah


“Janganlah kamu banyak bicara tanpa berzikir kepada Allah swt. Sesungguhnya, banyak bicara tanpa zikir kepada Allah boleh menjadi sebab kerasnya hati. Dan sejauh jauh seorang hamba dari Allah adalah mereka yang keras hatinya” (Imam at Tirmidzi dan Imam al Baihaqi).


2. Bakhil


Memang ramai kita menemui fenomena dimana seseorang tak mau bersedekah walau jumlah tidak seberapa.



“Orang yang bakhil jauh dari Allah, jauh dari Surga, dan jauh dari manusia” (At-Tirmidzi).


Seseorang yang  kedekut tidak hanya jauh dari manusia, namun juga jauh dari Allah SWT.


3.  Solat tapi tetap melakukan perbuatan keji dan mungkar.


Hakikatnya, solat orang ini  tidak mendekatkan dirinya pada Allah SWT, tapi menjauhkan dirinya dari Allah SWT.


Tidak bermaksud pula lebih baik meninggalkan sola terus tapi kena belajar membekaskan solat pada perilaku akhlak sehari hari kita. Jangan sampai rajin solat  wajib dan sunah, tapi perkataan masih suka menyakiti dan juga perbuatan masih juga suka menzalimi.


4. Ahli Maksiat.


Bila bermaksiat, maka cahaya Allah SWT tidak dapat masuk ke hati kerana kotoran yang pekat menutupi hati. Sama seperti sinar matahari yang tidak dapat menembusi jendela yang amat kotor berlumuran lumpur.


Imam Syafi’i : “Aku pernah sekali mengadu kepada Waki’ tentang teruknya hafalanku. Lalu beliau tunjuk padaku meninggalkan maksiat. Beliau memberitahukan padaku bahwa ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidaklah mungkin diberikan pada ahli maksiat,” 


*Akhir kalam..*


Allahuakbar, dimanakah kita sebenarnya? 


Jadi, jangan sampai Allah SWT menjauh dari diri kita semua, dan INDEED itulah seburuk2nya musibah. Jauhilah sifat bakhil, keras hati, perbuatan keji dan maksiat.Moga tulisan ini menjadi pengingat bersama.


SELAMAT BERTUGAS PADA BOSS YANG PALING HEBAT  yakni ALLAH SWT.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum

Wassalam


Secebis dari, 

*NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S