PKP280
*Pkp280* - CARILAH BAHAGIA.
TERAPI PAGI...
Assalamu’alaikum...
Bismillahirahmanirahim dan selamat pagi, salam sejahtera buat semua readers. Semoga
sihat sihat dan berbahagia selalu. Alhamdulillah.
Hari ini kita bersyukur kerana bahagia. Seandainya esok ujian melanda, tetap bersyukur. Hati yang selalu bersyukur akan sentiasa dikurniakan rasa BAHAGIA.
Bagaimana menjemput bahagia itu datang ke dalam kehidupan?
Sering, kita tinggalkan segala nikmat nikmat kecil yang Allah kurniakan sehingga sebesar besar nikmat untuk disyukuri dan dihayati. Kita tercari cari bahagia, sehingga tak sempat nak merasa bagaimana kita bernafas. Bagaimana nafas yang percuma Allah berikan itu masuk ke dalam rongga hidung kita. Bayangkan ramai orang yang tidur semalam, dah tak bangun lagi hari ini. Mereka sudah hilang nikmat besar.
Kita biasa bangun awal pagi bersiap siap keluar pergi kerja kan? Apa kata pagi ini, bangun awal pagi, semangat sebarkan bahagia, export the happiness, not import happiness. Kita mula
kan dengan mensyukuri nikmat nikmat kecil - bernafas, melihat, bergerak, melangkah, senyum dan mendengar.
Actually jika dihayati, ini semua adalah nikmat yang amat besar yang tidak mampu untuk kita bayar atau belikan. Bayangkan bagaimana jika setiap saat Allah mintak kita bayar oksigen yang kita sedut. Pasti kita tak mampu. Sebab harga gas sahaja dah berapa kita berhutang dengan Allah. Tapi, Allah bagi percuma.
Ada orang terlantar di atas katil, dibantu oleh mesin pernafasan. Pasti hilang nikmat paling besar dalam hidup. So, bersyukur lah! udara pagi yang sangat fresh tapi kita leka untuk nikmatinya.
Bangun pagi, syukurilah segala nikmat pancaindera di pinjam kan Then, bukak tingkap bilik dan pintu seluasnya. Rasailah segarnya udara pagi dan dengar bunyi di sekeliling. Selagi belum subuh, InsyaAllah udara pagi sangat fresh walau di mana berada di Malaysia ini. Ini
semua menjadi satu terapi dan energi mengikut peredaran masa. Sebab tu antara masa terbaik dan digalakkan untuk bangkit bertahajjud adalah seawal pagi sebelum subuh. Masa ni manusia ramai yang tidur dan kurang buat aktiviti. Jadi dunia dalam keadaan tenang. Gotvibration dan electromagnetic.
Apa lagi nikmat yang kita nak dustakan bila bangkit seawal pagi, masih dapat tengok anak anak dan pasangan. Allahukabar Alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang melihat mereka dan ada bersama mereka. Ada orang yang tiada anak, tiada suami atau isteri, tiada emak ayah kerana sebatang kara. Ada orang tiada tempat tinggal seperti kita. Ada orang yang belum tentu dapat nikmat yang Allah kurniakan kepada kita saat ini.
Ada juga orang hidup ketakutan di kem pelarian dan dipulau di negara sendiri. Ada orang tak berjalan lagi kerana kaki hilang dek kencing manis, ada orang tak berkaki kerana mangsa bom kekejaman manusia yang rakus menakluk dunia.
Kita?
Tanya diri kita. Berapa banyak nikmat Allah kurniakan yang belum sempat kita syukuri. Tapi, duk ratapi setiap hari Allah tidak adil, Allah pilih kasih. Sedangkan nikmat seperti di atas pun kita lupa berterima kasih. Bagaimana lah Allah nak kurniakan nikmat nikmat lain.
Jom kita tidur awal, bangun awal pagi. Cari lah peluang bersama illahi. InsyaAllah, bahagia datang sendirinya kerana bahagia itu dah ada pada semua makhluk Allah.
*Akhir kalam...*
Tiada insan yang sempurna di dunia ini. Indeed, kesempurnaan itu hanya milik illahi.
Mari kita amalakan setiap pagi, sedekahkan AlFatihah kepada kedua ibu bapamu samaada masih hidup atau telah tiada. Nescaya pintu rezeki terbuka luas. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah kurniakan subuh suatu cahaya iman, Zuhur pula suatu kegembiraan, Asar nanti suatu kebahagiaan, Maghrib nan suatu keampunan dan Isyak ada keberkatan.
Ya Allah, mohon keredhaanMu, dan syurgaMu, kami berlindung padaMu dari kemurkaanMu dan nerakaMu. Aamiinnnn…..
Sekian, wassalam...
Salam Sayang sesama muslim. Salam Bahagia.
Barakallahufikum..
Tulisan : *NCS*
#NCSInvitationalGopfTour@Impian GolfPagiNi..ProAm
Comments
Post a Comment