PKP282
*Pkp282* - *RENUNGAN PAGI RENTETAN SEMALAM *
Assalamualaikum,
Selamat Pagi Khamis.
Just another Thursday. Hari ini adalah hari yang baik, jika kita memandangnya dengan baik.
Tetapi bidup akan terasa berat bagi yang selalu mengeluh dan yang lupa untuk bersyukur.
“Ya Allah, rahmatilah kami dengan kesihatan yang baik. Permudahkanlah urusan kami. Murahkanlah rezeki serta berikanlah kedamaian dalam kehidupan ini. Aamiin”
Dalam kekalutan Covid-19 yang seolah olah mendekati diri saya, apa tidaknya ada tiga situasi - di pejabat: ada ahli keluarga staff yang closed contact demgan Positif Covid, di kelab Giolf - ada Guest Player yang sah positif Covid-19 datang bermain di sana dan akhir sekali, ada pula dii kalangan saudara mara saya positif Covid, tiadalah apa yang dapat dibuat oleh kita selain dari teruskan SOP dan berdoa moga di hindari dari virus Covid.
Saat beginilah mula terasa yang amalan dan ibadah yang dilaku kan selaman ini amat penting. Semoga amalan yang soleh dan ibadah yang diterima menjadi pembenteng yang di ambil kira Allah untuk prevent kita dari dijangkiti dan curing kita jika di hinggapi. Kembali lah kita pada Nya.
Semalam ada dua situasi yang saya suka kerana saya tahu Allah suka. Pertama ketika di IGC seusai walking GOlf 9 hole dengan rakan rakan pencen, kami semua duduk pekena roti sarang burung sambil berdiskusi tentang penghambaan dalam Islam. Maka, terkeluarlah ayat dari Surah al-Mukminun, ayat 5-6. Cadangnya pagi ini, nak kupas isu ini tapi saya tangguh kan dulu. Terimakasih hj Rahman kerana utarakan isu ini. Tidak lupa pada Dr Mohamad dan Dol yang ikut sama bermuxakarah.
Keduanya, seusai solat maghrib metara menunggu saat untuk makan malam, diperdengarkan kuliah oleh Ustaz Abdul Somad dari You tube. Isinya menang bagus untuk input jiwa yang gersang dengan ilmu sepanjang PKpB di Selangor ni. Tajuknya : BANYAK YANG BINGUNG, apa tujuan hidup ini. Ianya mencerita kan tentang beza antara amalan dan ibadah. Pun, pagi ini saya tak bercadang untuk kupas.
Semoga kedua dua amalan baik itu menjadi perkiraan Allah untuk simpan di akaun akhirat selain dari ibadah solat yang wajib.
Pagi ini ada sedikit sedutan dari fikiran yang berkecamuk fikirkan tentang hidup dan tujuanya. Disini saya penakan untuk kita renungkan bersama:
*RENUNGAN PAGI RENTETAN SEMALAM *
DUNIA ini keperluan. Akhirat itu tujuan. Kita berada dalan waktu yang dicipta sebagai tempoh ujian. Waktu diukur dengan pusingan bumi mengelilingi matahari. Kata ahli ahli yang pakat, Bumi pula kelilingi sang matahari dalam keadaan ianya berputar pada kelajuan 1,670 kilometer per jam.
Ini semua berlaku entah sejak jutaan tahun, tiada yang isedari sehingga Allah benarkan sains singkap fenomena ini. Begitulah hebatnya Allah menjadikan akan putaran bumi yang lebih laju dari kapal terbang memecut tapi kita semua manusia dan setiap hidupan tetap selamat diatas bumi tanpa komplikasi. Inilah satu demo, Kehebatan Allah menjadikan dan hanyalah Dia paling layak menjadi tempat pengabdian hidup kita.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami mohon pertolongan”
Apabila bumi, bintang dan matahari dihancurkanNya, maka, tiada lagi tempoh ujian. Tiada lagi waktu. Muhasabahlah, sejauh mana kita mendedikasi waktu dan saat yang kita ada, hanya untuk Allah. Marilah kita mulakan dari yang ringan, lepas tu membiasakannya sehingga menjadi budaya hidup. Jika tidak mampu lakukan semua, jangan tinggal semua.
Yang pentingnya jaga hati kita, ia rahsia kita dengan Allah. Amal kan rasa ikhlas, mengharap reda Allah, takut dan harap (khauf dan raja), sabar, syukur, reda, bersangka baik kepada Allah, cintakan Nya dan banyak lagi yang hanya ada di hati kita.
Sama sama mengekspresikan tauhid dengan mendidik hati hingga sedar bahawa Allah adalah penggerak dan sumber motivasi dalam setiap saat dan detik.
Itulah keistimewaan amal hati. Ia juga dipanggil niat. Atau disebut Stephen R Covey sebagai begin with the end in mind. Bagi yang bertauhid, niatkan segala amal perbuatannya hanya untuk NYA.
Ini semua untuk saya, kalau baik maka ia datang dari Allah, share lah kemana mana.
*Akhir kalam..*
Masih ingat pada satu hadis; “Jika seorang hamba sakit atau dalam keadaan safar, maka Allah akan mencatat kebaikan yang biasa ia kerjakan taktala sihat dan mukim.” Hadis Riwayat al Bukhari (no.2790/2996)
Semoga kita semua bermula somewhere untuk berbuat baik,
Usah dijadikan setiap halangan sebagai alasan untuk kita tidak melakukan kebaikan tapi kita berharap pada pahala. Orang yang mendapat pahala meski pun terhalang ini ialah orang yang terbiasa melakukan suatu amalan kerana Allah, lalu kerana satu sebab amalan tersebut tak dapat dikerjakan kerana sakit, safar atau seumpamanya, maka dia akan tetap akan mendapat pahala mengerjakannya.
Allahuakbar..
“Jangan Tunggu terkena baru nak terngadah”
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Hanya secebis dari , *NCS*
Comments
Post a Comment