PKP283
*Pkp283* - KISAH SUJUD DI GREEN PAR 3 NILAI SPRING & PERKARA BUAT HATI JADI LALAI
Assalamualaikum.
Jumaat kembali lagi. Panjatkan sebanyak banyak doa untuk diri, untuk Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, orang tua kita dan untuk sesiapa yang kita mahu doakan. Indeed, Jumaat adalah hari yang bermakna.
Walaupun di Selangor, lelaki muslim belum dibenarkan menunaikan solat Jumaat seperti biasa, usah kita bazirkan Jumaat yang kita miliki hari ini dengan perkara yang memudaratkan. Sama samalah kita isi dengan kebersihan hati dan kecantikan akhlak
Saya doakan moga Allah SWT memakbulkan segala impian kita dan merahmati kita semua. Amin.
Semalam saya bersama teman teman dari Utara beriadhah di Nilai spring Golf Resort. Mereka semua ada kemudahan jamak dan qasar. Saya pula tiba di kelab agak lewat sehinggakan kena solat zohor selepas beriadhah beberapa hole sekitar jam 3. Selepas itu, Kami terus kan riadhah sehingga lah jam 630 ketika masih berbaki dua Hole, di par 3, saya secara tetiba diingatkan Nya peri hal solat asar yang belum tertunai. Saya bingung seketika di atas green: Bukankah aku dah solat ? Ya, tapi bukan solat asar. Mohon izin dari sahabat dari utara yang berstatus musafir, saya wudhu’ menggunakan air mineral botol besar, tunaikan yang wajib, saya terus solat (arah kiblat ditentu kan dengan cara melihat arah matahari jatuh) diatas green par 3 berlapikkan tuala kepunyaaan caddy. Apa apa pun saya amat bersyukur kerana diingatkan Nya waktu solat sujud atas berlantai tanah dan beratapkan langit ( last saya lakukan sujud berlantaikan bumi beratapkan langit adalah ketika di Arafah haji 2017). Terimakasih Allah.
Lalu, malam tadi sebelum tidur saya sempat meneliti beberapa nota berkisahkan kenapa kita jadi lalai. Pagi ini saya serta kan bersama tanda sharing is caring. Nota ini di ambil dari bicara ustaz Pahrol Juoi.
*Bagaimana dikatakan hati lalai?*
Hati yang tidak ingatkan Allah kah? Atau hati yang sudah keras hingga melupakan kebaikan dan kebajikan yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu?
Berikut adalah kupasan sifat lalai perkongsian daripada Ustaz Pahrol Juoi.
Tanda tanda lalai antaranya:
•Kurang membaca alQuran.
•Kurang berzikir.
•Lalai dalam solat, kurang ingat kepada Allah: Tidak fokus, kerap terlupa bilangan rakaat, selalu lewatkan solat dan Kurang solat jemaah
•Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan dan menonton TV.
•Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
•Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.
•Cara hidup menyerupai musuh Islam.
•Tidak berhati hati dengan perkara yang syubhah dan haram.
•Tangguh untuk bertaubat.
•Malu untuk belajar agama.
•Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini.
Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat lalai: Kurang semangat hendak beribadah, tidak suka membaca alQuran, 'Bunuh' kebaikan yang kita buat, kita tidak nampak berbuat baik itu suatu yang utama, hilang fokus dalam hidup. Mudah lesu, buntu, sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadah serta kerja soleh.
Manakala sebab sebab lalai:
•Mengulang dosa kecil sehingga menjadi kelaziman.
•Berkawan dengan orang yang lalai.
•Berada dalam persekitaran 'rosak'. (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan tujuan berdakwah.
•Tidak berzikir.
•Berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan.
Cara cara mengatasi lalai:
Cari sahabat yang baik dan soleh.Hadirilah majlis ilmu. Bangun malam untuk solat tahajud. Banyakkan zikir dan taubat.Rajin membaca al-Quran.Bersangka baik pada orang lain. Pemaaf. Ingat mati. Kurangkan makan. Amalkan sunnah Nabi saw. Bersabar bersyukur dan bertawakal.
Cerminlah diri kita, usahlah lawan lalai dengan segera ibadah pada Allah dan juga beramal dengan amalan soleh.
*Akhir kalam*
Sekadar berkongsi apa yang mampu dikongsikan, mudah mudahan diberi petunjuk ke jalan kebaikan.Amin.
In shaa Allah.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Hanya Hamba Allah,
*NCS*
Comments
Post a Comment