PKP284
*Pkp284* - Pagi Sabtu -
Assalamu’alaikum...
Setiap hari merupakan waktu baik yang Allah ciptakan untuk manusia. Namun dari hari yang ada dalam satu minggu, Allah menjadikan beberapa hari istimewa bagi makhluk Nya.
Salah satu nama hari yang ada dalam Alquran ialah hari Sabtu.
Tidak semua hari disebutkan dalam Alquran. Dalam Alquran, hari Sabtu disebutkan sebagai hari ibadahnya Bani Israel atau Yahudi. Ada beberapa peristiwa besar pada hari ini. Antaranya, kaum Yahudi dikutuk menjadi kera saat meninggalkan hari ibadah mereka untuk ke laut.
Rujuk surah An Nisa ayat 47.
Semalam Jumaat berlalu penuh kepenatan disebalik usaha usaha berukhuwah bersama sahabat dari Utara dan teman kpp. Sepatutnya hari ini kena jadi “Hari” yang bermakna untuk istirahat.
Dari sekeping nota, Asal usul kata Sabtu berangkat dari kata "'Subata', yang bermakna rehat, santai, istirahat, atau tidur. Kata ini ada dalam surah An Naba ayat 9 yang berbunyi "waja'alna naumakum subata". Yang beerti, ketika kita sedang tidur, itulah suasana subata.
Pagi ini nak share santai saja. Moga ada manafaat.
#Banyakkan zikir, solat dan baca alquran. Pahala dihitung berdasarkan huruf.
#Pahala tiap tiap huruf AlQuran dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud r.a. dari Rasulullah s.a.w.:
“Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap
tiap kebajikan 10 kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
#Dalam majlis ilmu, doa akan dimakbul InsyaAllah
Kita boleh tengok kalau hadir kuliah agama, ustaz ustaz akan baca doa yang panjang, kadang kadang dalam bahasa melayu (rindu surau al amin btho)
#Waktu waktu Doa Mustajab.
(1). Sepertiga Akhir Malam
(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah
(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam solat
(9). Ketika Saat Sedang Hujan
(10). Ketika Saat Ajal Tiba
(11). Ketika Lailatul Qadar
(12). Doa Ketika Hari Arafah
#Akhiri majlis ilmu dengan Tasbih Kaffarah. Di riwayatkan daripada Aisyah RA, bila nabi saw bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?
Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.
#Kena tingkatkan diri, tak boleh berada tahap yang sama, hari esok kena sentiasa lebih baik daripada hari ini”
#Amalkan ayat 1000 Dinar, moga ada rezeki yang tak disangka sangka tapi hanya untuk umatnya yang bertaqwa kepada Allah. Ayat ini boleh diamalkan selepas solat, tapi rezeki datangnya dari Allah, perlukan usaha. Tapi kena faham kalau sekadar amalkan ayat ayat AlQuran tanpa usaha, adalah sia sia.
*Akhir kalam...*
Walaupun tak banyak point pada hari ini, kira ok la sebab ada juga benda yang nak dikongsi. Lagi pun dah lama tak dengar kuliah secara live. Tulisan ini Sekadar mengingat diri semdiri. Mana yang baik dari Allah...
sekian saja sampai di sini di pafi sabtu. Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Pagi sabtu dari : *NCS*
Comments
Post a Comment