PKP285

 *Pkp285* - SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DUA SRIKANDI KAMI DAN SELURUH AHLI NCS.

#Masa untuk muhasabah


Assalamu’alaikum...


Sehari selepas hari perayaan Krismas sudah menjadi satu kebiasaan buat kami seramai 13 orang berkumpul menyambut apa yang kami jadikan sebagai Mega Birthday. Ini adalah kerana setiap bulan sepanjang Januari hingga November saban tahun tiada sambutan hari lahir di rai kan. Tarikh 26 Disember menjadi tarikh kami bersama meraikan kerana dua wanita tonggak dalam keluarga kami dilahirkan pada tarikh itu. Kali ini kami memilih untuk meraikannya di Garden Residence Mid Valley. Alhamdulillah. Semuanya berlangsung lancar, masing masing menerima hadiah masing masing. Tambah lagi, sempat kami mengadakan usrah mentaddbur ayat ayat al quran dari ayat 153 hingga 160. Moga ada sesuatu yang baik buat kami dari Allah swt atas usaha kami yang tak seberapa ini. 

Usrah ditutup dengan program OPEN MIC, semua ahli yang ada berkongsi ilmu yang mereka ada. Semoga bermanafaat.


Pagi ni tak banyak yang nak di kongsikan kerana masih belum banyak input dari majlis majls ilmu selepas 285 hari dalam pkp, kuliah masih tidak berlangsung di surau, tinggal di you tube saja. Bersempena dengan Mega Birthday kami kali ini, saya ingin sedikit share tentang sambutan hari lahir. 



*Selamat Hari Lahir – Masa untuk muhasabah*


ALLAH SELAMAT KAN KAMU, HAPPY BIRTHDAY  TO YOU adalah antara bait bait yang digubah menjadi lagu yang paling popular di Malaysia. Ia dinyanyikan sempena hari lahir. Kalau dalam bahasa Arab kita sering menyebut sanah helwah. Seusai di nyanyikan irama irama itu, bertepuk tanganlah semua meraikan. Terasa banggalah yang disambut, maklumlah ramai yang ingat hari lahirnya. Seingat saya, sewaktu saya kecik kecik dulu, hari lahir saya tidak disambut oleh sesiapapun, mak dan ayah tidak membiasa kn kami adikberadik menyambut hari lahir. Bila dah besar, belajar di sekolah kemudian kolej, dan Universiti, ada kawan kawan meraikan hari lahir antara kami. Dari situlah bermulanya sejarah saya menyambut hari lahir.


Kenapa kita sambut tarikh lahir? Ada banyak sebab dan rahsia rasanya, kalau tak takkan hal ini boleh menjadi sebab bermasam muka bila tak dipedulikan tarikh keramat itu. Sebab tulah orang suka buat kejutan supaya lebih menarik.


Sebenarnya, sambutan hari lahir sangat penting. Pentingnya bukan kerana majlis hari lahir dengan kek, pizza dan kuih muih bagai, tapi ia jadi sangat penting kerana ia mengingatkan kita bahawa umur kita semakin meningkat. Makin meningkat maknanya makin banyak umur. Bukan perihal banyaknya lilin dinyalakan atas kek harijadi tapi jangan lupa, sebenarnya, makin banyak umur ertinya makin kurang umur. Makin kurang umur sama juga dengan erti makin dekat dengan MATI! Jangan marah.. ini satu fact. 


Bercakap fasal mati, kalau kita ingat mati, kita jadi takut. Kalau kita ingat seksaan api neraka Allah, kitapun akan jadi takut. Ada orang kata tak ada seksa kubur. Betul ke? Pedulilah apa mereka nak kata. Yang saya tahu, seksa kubur memang ada. Banyak hadis sahih tentang ini tapi rujuklah yang di bawah ini. 


Ibnu Abbas menceritakan Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW, “Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian sabda baginda , “Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya, “ Rasulullah! Kenpa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda, “Mudah mudahan kedua duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Hadis riwayat Bukhari).


Atas janji nabi saw, kita akan bertemu dengan alam kubur yang ada seksanya pada yang sepatutnya. Semoga kita akan termasuk dalam golingan yang  percaya.  Jangan pula yang ada komplen “Alaaa… kubur masing masing. Apa fasal kamu sibuk sibuk?” Sebanarnga tiada istilah  kubur masing masing. Ini adalah kerana orang mati kena ditanam oleh yang masih hidup. Yang masih hidup inilah yang kena ambil pusing hal ehwal yang dah mati bila tiba saatnya. 


Orang yang takut mati, akan mati. Yang berani mati, pun akan mati. Yang tak nak mati, pun akan mati juga.


*Akhir kalam..*


Tidak salah bergembira dengan 

sambutan hari dilahirkan tetapi dalam masa yang sama jangan lupa ambil peluang muhasabah atas umur bertambah, dan juga 

rezeki yang bertambah, semua bertambah tetapi adakah amal soleh bertambah? Bagaimana dengan solat? Makin khusyuk atau masih melayang? Solat lama lama yang ditinggal dulu sudah diganti (qada) belum? Hutang puasa macam mana, zakat sudah dilangsaikan? Dah berapa kali khatam AlQuran? Hutang dengan Allah, tanggung jawab sebagai suami atau isteri, dengan ibu ayah, dengan anak anak pula seperti dulu atau makin bertambah kualiti dalam serba serbinya? Fikirkanlah juga pada masa yang sama..


Selamat hari lahir disambut supaya lahirkan jiwa yang baru dengan cita cita dan cinta pada Allah dan Rasul sekaligus pada keluarga, agama, bangsa dan negara. 


Tulisan ini memanjangkan peringatan untuk diri saya sendiri dan ahli ahli saya. Uika baik untuk teman teman, ambil lah dan renung renungkan.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Ikhlas dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S