PKP286
*Pkp286*
•TANDA ALLAH SWT AKAN MEMBERI KEBAIKAN
Assalamu’alaikum
Mubarak’alaikum berjamaah subuh...
Selamat melepasi seminggu yang berlalu. Hari ini tiba lagi sebuah isnin yang bakal menjadi sebuah hari lagi yang kita akan melihat gelagat kita di tayangan akhirat nanti. Semoga kita selalu berfikir untuk melakonkan watak kita sebaik mungkin.
Dalam pkp masih berkuatkuasa dan COVID-19 masih berleluasa,
seminggu lalu banyak cerita pasal Covid disana sini, saya pula masih sibukkan diri dengan
kerja dan beriadhah bersama amalan wajib dan sunat dalam beribadah. Semoga momentum ini kekal sambil sabar menunggu saat rumah Allah dibuka untuk di hadiri. Sedarlah betapa Maha Kuasanya Allah menciptakan sesuatu yang melekat di tubuh kita baik sekecil apa pun tidak akan sia sia.
“Dan (juga) pada dirimu sendiri (terdapat ayat kebesaran Allah). Maka apakah kamu tidak perhati kan?” (AdzDzariyat :21)
Fahami dan nikmati kebesaran Allah yang ada pada tubuh kita.
Pada masa yang sama berusaha lah untuk menambah input ilmu dalam diri semoga kita tergolong dalam mereka yang sentiasa berusaha memahami ilmu Allah.
Kita berharap mudah mudahan kita termasuk orang orang yang diinginkan Allah mendapatkan kebaikan tersebut. Tentunya kita tidak ingin kita termasuk orang yang Allah kehendaki keburukan ada pada diri kita.
“Ya Allah, jadikanlah kami orang orang yang Engkau inginkan kebaikan, beri kami kesabaran untuk menjalankan perintah Mu dan menjauhi larangan Mu, beri kami kesabaran menghadapi musibah yang menerpa, beri kami kefaqihan dalam agama dan bukakan untuk kami pintu amal solih dan maafkan semua kesilapan kami sebelum mati kami”
Untuk pagi ini, sama sama kita lihat tiga perkara yang tanda Allah memberi kebaikan pada hamba Nya.
*TIGA TANDA ALLAH SWT AKAN MEMBERI KEBAIKAN KEPADA HAMBANYA*
“Apabila Allah menghendaki hambaNya menjadi baik, maka diberinya kefahaman terhadap agama, dibuatnya zuhud pada dunia, dan dibuatnya menyedari keaibannya sendiri ( Baihaqi dari Anas bin Malik).
Tiga perkara yang diberi Allah memberi kebaikan yang banyak kepada seseorang hambaNya ialah :
1. Kefahaman agama,
2. Hidupnya zuhud
3. Dia nampak keaiban atau kesalahan dirinya.
1. Kefahaman Agama.
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila seseorang itu faham agama, mudahlah dia beramal, maka semakin faham agama semakin banyak pahala yang diperolehi jika diamalkan ilmu itu. Faham ilmu dan turutlah kehendak ilmu itu. Imam imam mujtahid 4 mazhab semuanya faqih iaitu diberi kefahaman agama dan mampu bawa pelbagai hukum feqah dari Quran dan hadis.
Orang yang berilmu dan faham agama akan mendapat darjah yang mulia di sisi Allah SWT., “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”. (Surah AlFaatir ayat 28)
2. Hidupnya Zuhud
Zuhud itu bukanlah pakai baju lusuh dan kusut. Kata Imam Az Zuhri : Zuhud ialah sabar dari yang haram. Syukur dengan yang halal.
Hakikat Zuhud: Baginya ADA atau TIADA itu adalah SAMA.
Orang yang zuhud, meletakka dunia sekadar tempat laluannya. bukan sepenuhnya di dalam hati..
Daripada Abu al'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjuk daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. "Zuhudlah kau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu." (Hadis riwayat lbnu Majah )
Abu Zar juga seorang yang zuhud. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tak bertambah zuhudnya, sesungguhnya dia telah bertambah jauh dari Allah” (Riwayat Ad Dailami dari Sayyidina Ali r.a)
3. Nampak Keaiban Atau Kesalahan Diri Sendiri.
Seorang yang Allah kehendaki menjadi baik nampak kesalahan dirinya. "Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". ( Bukhari & Muslim).
"Jauhilah perkara perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukan nya hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampak kan perkara keji (yang dilakukan nya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla. (Bukhari dan Muslim)
*Akhir kalam*
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Semakin berilmu, semakin warak, makin zuhud, semakin takut kepada Allah dan semakin banyak beribadat kepada Nya.
Seseorang yang Allah kehendaki kebaikan atas dirinya, bukan orang yang hanya Allah beri pengetahuan tentang agama. Tetapi orang yang juga Allah pahamkan atasnya perihal agama.
“Paham” bukan sekadar “tahu”, tetapi “paham” menggerakan hati dan iman seseorang untuk melakukan tindakan sebagai implementasi dari pemahaman yang di miliki.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari, *NCS*
Comments
Post a Comment