PKP287
*Pkp287* - HORMATI YANG TUA SAYANGI YANG MUDA
Assalamu’alaikum....
Berlalu pantas masa, audah 20 tahun berlalu berada dalam alaf 21, the new millennium yang telah bermula sejak 1 Januari 2000. Hari jumaat nanti akan memasuki tahun 2021. Dunia semakin tua, kita juga semakin tua. Kita selaku khalifah di muka bumi ini telahpun melalui berbagai ujian dan peringatan dari Allah. Dan sehingga hari ini pun kita masih dalam ujian - Isu Covid belum reda.
Peringatan Allah SWT sepatut nya membuatkan kita kembali kukuhkan diri dengan pengisian iman dan takwa. Sebaliknya pula berlaku, Sikap ‘mendewakan’ dunia dan melupakan kehidupan akhirat semakin menonjol dalam diri kebanyakan manusia moden hari ini. Sepertinya kehadiran manusia di muka bumi ini adalah hanya untuk mengaut apa saja nikmat tanpa memikirkan satu masa nanti manusia akan beralih ke alam lain. Kejadian kepada umat sebelum kita sepatutnya dijadikan iktibar. Betapa mereka dihukum atas sebab derhaka nyamereka pada apa yang telah dibawa utusan Allah.
Masih ingat lagi dalam kuliah kuliah sebelumnya, ustaz sering menyebut ayat 36 dan juga 37 Surah alAnkabut, bermaksud: “Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan, saudara mereka Syu’aib, maka ia berkata: “Hai kaumku, sembah lah olehmu Allah, harapkanlah (pahala) hari akhir dan jangan kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan. Maka mereka mendustakan Syu’aib, lalu mereka ditimpa gempa yang dahsyat dan jadilah mereka mayat mayat yang bergelimpangan di tempat tempat tinggal mereka.”
Itulah akibat buruk bila manusia menentang Allah melakukan penderhakaan. Namun, setakat mana kita insaf dengan paparan sejarah yang diceritakan sendiri Allah dalam Kitab SuciNya itu?
Ditambah pula sekarang dunia sedang di barisi oleh kebanyak kan generasi Z - Mereka yang lahir pada tahun 1995. Diikuti pula dengan generasi Alpa selepas 2000. Inilah generasi yang bergantung sepenuhnya kepada internet dan percaya apa sahaja dilihat di internet.
Generasi hari ini perlu disedar kan bahawa hidup ini ibarat bahtera di lautan dilambung badai dan kita sewajarnya memahami keperitan orang lain kerana tidak semua dilahirkan di dunia ini ibarat lahir dengan sudu perak di mulut dan segala harta yang ada digarap dengan usaha generasi terdahulu. Kita perlu mendidik generasi muda hari ini agar belajar bersyukur dengan nikmat kedamaian yang dikecapi kini dan menghargai sumbangan generasi terdahulu.
Untuk pagi ini, sama sama kita mulakan dengan pasakkan dalam kepala kita - hormati yang tua sayangi yang muda. Nabi SAW begitu menghormati yang usianya lebih tua.
'Biarkan seseorang yang lebih tua darimu berbicara, biarkan seseorang yang lebih tua darimu berbicara.''
Setiap generasi ada pandang berbeza. Begitu juga wawasan nya, cara berfikir juga hingga lah pada kebiasaan kebiasaannya. Semua ini terbentuk dipengaruhi lingkungan di masa hidupnya masing masing. Mereka yang hidup di zaman perang dengan mereka yang hidup di zaman merdeka jelas berbeza. Mereka yang hidup dalam melarat pun membentuk prinsip hidup yang berbeza dengan anaknya yang dibesarkan semua ada. Kondisi pergaulan masyarakat, hingga gaya hidup yang berbeza antara dua tiga generasi ini membentuk kepribadian yang berbeza pula.
Dah biasa, perbezaan ini sering menjadi perselisihan antara anak dan orangtua. Jika semua ingin menang, kacaulah jadinya. Oleh itu lazimnya orangtua memiliki pola pemikiran susah berubah. Orang muda pula berkeinginan mengubah cara berpikir orang tua. kalaupun boleh mungkinlah sedikit, hanya luar luarnya saja.
Tak ada jalan lain bagi si muda, kecuali mengalah kepada kaum tua. Mengalah bukanlah harus mengikuti pendapat yang tua. Tetapi yang muda kena faham, dan memahami keadaan kaum tua. Jika berbeza pendapat, hendaklah mengalah dalam perdebatan. Carilah cara untuk berbuat sesuai kehendak sendiri tanpa menyinggung pendapat orangtua. Kadang kala hal ini memerlukan diplomas.
*Akhir kalam*
Akhirnya, untuk menjaga istiqamah dalam soal ini, ingat lah janji janji Allah keutamaan menjaga orangtu.
Rasulullah saw ditanya tentang orangtua. Baginda menjawab, “Mereka adalah penyebab surgamu atau nerakamu.” (Ibnu Majah).
Seseorang datang kepada Rasulullah dan mengemukakan keinginannya untuk berjihad. Beliau bertanya kepadanya, “Apakah kamu masih memiliki kedua orangtua?” Orang itu menjawab, “Masih.” Lalu Nabi bersabda, “Untuk kepentingan merekalah kamu berjihad.” (Muttafaq ‘alaih).
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Written/edited by: *NcS*
Comments
Post a Comment