PKP281

 *Pkp281* - SEMUANYA HAK ALLAH DAN KERANA ALLAH.

Assalamu’alaikum..


Salam Hari Rabu, sama sama kita berazam kurangi maksiat, sentiasa bertaubat dan ingatlah kiamat semakin dekat, Selamat hari Rabu ! Kaki yang dimulakan dengan berlutut berdoa di pagi hari, akan menjadi kaki yang kuat dan tidak tersadung untuk berjalan sepanjang hari. Dan indeed : Aku bukan orang baik. Hanya saja Allah menyayangiku dengan menutup aib aibku.


Dalam bersemangat bekerja di hari rabu, kita masih “cautious” dangan COVID 19. Apatah lagi kalau kita dapat maklumat yang orang orang yang bertemu dan berjumpa ada closed contact dengan yang positif  COVID-19. Sama sama kita tidak berhenti berusaha elak diri, amalkan SOP dan juga teruskan berdoa kerna dua perkara semtiasa seiring - tawakkal dan usaha - diikuti doa. 




“Ya Allah, kami berlindung kepada Mu dari penyakit kulit, gila, dan dari penyakit lain yang mengerikan dan dari covid 19”


Tiada satupun hal di dunia ini yang berlangsung dan terjadi tanpa kuasa dariNya. Semua nikmat hingga ujian, semat mata hadir dalam kehidupan kita pada akhirnya adalah jalan untuk kita kembali kepadaNya. Sebagai hamba hamba yang meyakini dan mengagungkanNya.


Berikhtiar seboleh mungkin kita lakukan, namun ketetapanNya adalah kenescayaan.  Maka, jom berikhtiar terbaik dan memohon kepada Rabb agar meredhai tiap ikhtiar yang dilakukan.


Semoga Allah Azza Wa Jalla menjawab ikhtiar kita dengan keselamatan diri, keluarga dan saudara sebangsa. Aamiin Yaa Rabbal 'Alamiin...


Alhamdulillah juga. Semalam terRealisasi sudah anjuran golf Ncs Invitational dalam keadaan penuh SOP. Semoga semuanya dalam rahmat Allah, walaupun tanpa ada wakil dari Persatuan Insan Istinewa Bangi dan juga legend Golf Negara - Syaaban Hussin. Semoga usaha usaha kami ini termasuk dalam usaha usaha bertemu dan berpisah kerana Allah. 17 Professional Golfer dan 33 amatur dipertemu kan dengan objektif silaturahim dan latihan. Semoga tercapai sasarana nya. 


Alang alang berkawan, Biarlah sampai ke syurga..


Moga ukhwah yang terbina bukan sahaja terbina di sini malah mekar hingga ke syurga. Jika sayang, selagi hidup nyata kanlah kepada sahabat kita dan teruslah sokong dan doakan.


Untuk semua komiti NCS Invitational dan sahabat semua, terima kasih! Ukhwah fillah abadan abadaa, Insya Allah.


Jika kita sayang, pasti kita akan mahu membawa sahabat kita itu ke arah yang lebih baik, namun tegurlah dengan cara yang tidak menyakiti atau memalukannya.


Beri sahabat kita masa. Sedang kan kita juga ada kelemahan dan sahabat kita boleh terima, jadi kita pun perlu bersabar dalam menzahirkan perasaan yang kita ada.


Rasulullah Saw bersabda:


“Seorang mukmin bagi mukmin lainnya laksana bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (Muttafaq ‘Alaihi)


Allahuakbar 

Alhamdulillah! 


*Akhir kalam..*


Kata ustaz2: 


Ukhwah kerana Allah maksud nya:  kelebihannya tidak menambah rasa sayang, kekurangannya pun tidak mengurangkan apa apa. Kita tetap sayang dan hormat sahabat kita itu kerana Allah.


Sederhana tapi bahagia


Bersahabatlah kerana Allah. Allah yang izinkan, maka jalani nya dengan cara yang Dia redhai.


Barakallahufikum..


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *NCS*

#SanitisingOffice

#TahniahPadaPemenang

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S