SEDEKAH

 Sedekah yang diberikan secara zahir ada kelebihannya sekiranya ia dilakukan untuk menggalakkan orang lain untuk turut bersedekah.


Al-Quran menyatakan bahawa semua sumbangan yang diberi untuk mencari keredhaan Allah SWT akan diberikan pahala sebagai ganjarannya dan diberikan keberkatan kepadanya.


Digalakkan untuk bersedekah kepada orang-orang fakir yang berjuang untuk menegakkan agama Allah SWT.


Ketahuilah bahawa keikhlasan dalam memberikan sumbangan itulah perkara paling penting yang akan dinilai oleh Allah SWT.


Marilah kita memperbanyakkan amal dengan bersedekah pada hari Jumaat yang mulia ini. Semoga Allah SWT membalas kebaikan yang dilakukan dengan sebaik-baik ganjaran.


[Kuliah Dhuha Jumaat, 11 Disember 2020]

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S