☆Khamis, 6 Aug 2020, 15 Dzul Hijjah 1441☆

 AsSalamu'alaikum


Subuh berjemàh di rumah. Perlu keluar pagi atas urusan kerja. Sarapan di restoren Mamak dekat Lucky Gardrn Bangsar. Jumpa kawan2 dari NST dan MMZ, TM.

PKP 143 Jumlah kes bertambah di negeri Jelapang padi. Bermula dari satu pekan kecil di Kedah. Dibawa masuk dari India oleh seorang PR Malaysia. Covid 19 yg lebih ganas katanya. Hampir 7000 orang telah dikurantin di Kedah. Ketika ini gejala ini sedang menular di Shah Alam. KKM nenamakan ianya sebagai kluster "Sivaganga". Katanya nama ini nama tempat di India. Kawasan Tamil Naidu.
Apa apa pun bila Allah kata jadi maka jadi

Amanah

Bila disebut Amanah macam2 tafsiran yang keluar. Pokoknya ia pasti sifat yg perlu ada pada setiap induvidu kerana sifat itu ada pada setiap nabi.

Rasulullah SAW tidak ketinggalan memberikan nasihat supaya kita umatnya, bersifat Amanah dalam kehidupan dan bersabda: "Sesungguhnya sifat amanah bertunjang dalam hati sanubari manusia, kemudian al-Quran diturunkan, maka hatinya yang bertunjangkan amanah itu akan mempelajari al-Quran dan sunah." (HR Muslim)

Akhir Kalam
Bila saja Amanah terhakis dari sanubari insan maka berbagai cabaran akn di tempuhi oleh manusia. Sbb itu ulamak mengariskan sifat yg perlu ada pd setiap kita sepertimana nabi kita Muhammad SAW iaitu Siddik, Amanah, Tabligh Fatonah.

"Ya Allah ya tuhan kami, jadikan kami hamba yg amanah. Janganlah engkau uji kami dgn perkara2 yg tidak sanggup kami hadapi. Sesungguhnya engkau maha Agung dan Mendengar."



Wallahu’alam
Wassalam

- HjKY -
Hotel Kosma #104, kuantan Pahang

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S