PKP 156

 *Pkp156* - 1 Muharram 1442. SELAMAT TAHUN BATU, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 


Assalamu’alaikum...

Salam tahun baru 1442 pada semua umat islam seluruh dunia. 


Renung dalam dalam sejenak kisah perjuangan Nabi saw dan para sahabat ketika mana jika sekiranya kita ada di zaman itu belum tentu nasib kita dan siapa kita. Tapi yang pasti, mereka semua telah tempuhi satu perjuangan yang tiada tolok banding untuk letak kan Isalm di kedudukan sekarang ini. Kerana itu penting kita beranggapan tahun baru hijrah merupakan salah satu hari kebesaran Islam. 


Pagi pagi tahun baru terasa sayu dan hiba teringatkan saat cemas Rasulullah SAW ketika perang pertama perang Badar. Hatinya pilu bila membayangkan nasib Islam sekiranya Muslimin tidak menang dalam Perang Badar. Doa nabi ketika perang badar: Allahumma ya Allah. Kaum Quraisy kini datang dengan segala keangkuhannya, berusaha mendustakan Rasul Mu. Ya Allah, pertolongan Mu juga yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, jika pasukan Islam ini binasa, tak lagi ada ibadah kepada Mu di muka bumi." 


Allahuakbar, terimakasih Rasulullah kerana membawa Islam sejauh ini hari ini..


Sampai hari ini kita kenangi bagaimana 300 orang boleh menang ke atas 1000 lebih. Kita semua tahu kenapa Allah hantar malaikat yang berpakain putih membantu tentera Islam ada yang hanya membawa pelepah tamar sebagai senjata. Tapi kita tahu kenapa Allah bantu mereka ketika itu, kenapa belum lagi sekarang dengan saksi penderitaan Muslim di sana sini terutamanya di bumi Palestine. Semuanya kerana tahap akur dan taat nya muslimin ketika itu jika dibandingkan kita sekarang. 


Kita pula diakhir zaman tak henti henti melanggar arahan Allah selepas itu.  Bersyukurlah kerana Allah tetap berlembut dengan kita. Maka, seeloknya seawal pagi tahun baru ini, berdoalah kita moga Allah ampunkan dosa dosa kita umat akhir zaman selepas saban tahun berdosa. Dan mohonlah moga ditahun baru ini kita dilindungi dari nafsu syahwat dan amarah yang merosakkan kita dan juga dari bisikan si iblis laknatullah. 


Kita di Malaysia tahun baru 1442 menyambutnya dengan tema “Ummah Rabbani Negara Harmoni”. Ini realiti kehidupan rakyat Malaysia yang masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama. Sama sama kita ikuti apa telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW dalam memenangi isu majmuk ini. Tidak juga semuanya kita berlembut, yang pasti jangan sampai ada yang memijak Islam. Full Stop.


Alhamdulillah. Semalam berusaha keras untuk memulakan hari tahun baru dengan amalan amalan baik. Bergegas mencari surau terdekat semalam berjemaah maghrib, dan akhirnya dapat di Surau Gemilang sebelah kelab Golf Impian selepas hujan sepetangnya. Alhamdulillah, dapat juga duduk sebentar di majlis ilmu disurau Al Amin, semoga ada rahmat dan redha Allah sempena pembuka hari tahun baru 1442. Ya Allah sertakan kami takdir yang berbeza yang lebih baik untuk tahun ini dan yang mendatang. 


Untuk pagi ini, sempat saya catat sesuatu dari apa yang saya dengar dari kuliah Maghrib oleh ustaz Hazron malam tadi. Boleh kita jadi kan bekal untuk tahun baru ini. 


“Orang yang ketika mana dia bertaubat dia menitiskan air mata, Allah tukarkan dosanya menjadi pahala. Rasakanlah bahawa kita berusaha untuk ubah diri kita kearah kebaikan. Jangan rasa baik, sehingga kita rasa kita hebat, jangan rasa riak dengan ibadah kita, takut Allah uji kita. Selepas bertahun berada dalam keadaan baik, tapi sebab riak dan takabbur, Allah uji dengan dosa dosa besar. 

Dari kitab Alkabair - berhati hati dengan dosa dosa besar dan rasuah. Supaya apa yang kita berikan rezeki makanan, pakaian ahli ahli keluarga kita bukan dari sumber yang haram. Maka, 

Jangan mula maksiat dosa besar atau jadi pemberi atau penerima rasuah. Jangan mula dengan rasuah kerana ianya bila dah bermula susah nak berhenti kerana ianya semakin tidak cukup sehingga lah hidung tercium bau tanah”


*Akhir kalam..*


Sama sama kita renungkan semula kisah kisah seerah nabi sempena tahun baru ini. Dan mohon Allah jadikan kita termasuk sebagai ahli badar juga. 


 "(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan bagimu, Sungguh, Aku (Allah) akan mendatang bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut turut.' Dan tidaklah Allah menjadi kannya melainkan sebagai khabar gembira agar hatimu menjadi tenteram kerana nya. Kemenangan hanyalah dari sisi Allah. Sungguh Allah Maha perkasa, bijaksana."

(al Anfal: 9-10). 


“ Seketika Wajah Nabi SAW pun dipenuhi rasa gembira. Beliau keluar menemui sahabat sahabat nya dan  menyerukan, : “ Demi Dia memegang hidup Muhammad, Setiap orang yang sekarang bertempur dengan tabah, bertahan mati matian, terus maju dan pantang mundur, kemudian ia gugur, maka Allah akan tempatkan nya dalam syurga!”


Mendengar itu, maka mata seluruh kaum Muslimin berbinar. Mereka l bersemangat memperjuangkan kebenaran. Pagi itu, Jumat, 17 Ramadhan, sejarah pun tercipta. Kini tinggal kita untuk menyalinnya semula.


Selamat tahun baru 1442

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!!

Allahuakbar!!!


Moga ada manafaat...

Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *Ir Hj NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S