PKP 157

 *Pkp157* - Umat Akhir Zaman hidup berapa lama? Satu Pengiraan Pendapat untuk renungan. 


Assalamu’alaikum...


Salam Jumaat. Mulakan pagi dengan sedekah dan dengan minda sentiasa berbuat baik pada semua orang. Mindset: Jangan  balas kejahatan dengan dendam, tapi balaslah ia dengan senyuman dan kesabaran. Mudah dibaca mudah dieja tapi susah untuk di cerna dan di mula. 


‎ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ


“ Tolaklah (kejahatan yang ditujukan padamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu, dengan serta merta akan menjadi seolah olah seorang sahabat karib” (Fussilat: 34)


Saya check dalam buku tafsir Ibnu Kathir, dengan ringkas disebut:  

“jika ada orang yang melakukan kejahatan kepadamu, maka tolaklah dengan cara yang lebih baik”’


Kata ulamak pula : Ini dikhususkan pada orang orang kafir - berkaitan bab balas dendam pada mereka.  tetapi ayat ini juga berbentuk umum dan boleh diamalkan kalangan sesama orang Islam. 


Payah nak cerna ayat ayat gini tanpa asas iman dan taqwa, tapi mencari ilmu untuk menjadikan diri supaya lebih dekat rapat dengan Islam amat perlu. Semoga kita jadikan keinginan untuk sentiasa berfikiran dan bertindak mengikut jalan Islam sebagai azam tahun baru 1442. 


*Umat Akhir Zaman hidup berapa lama?*


Kalaulah bicara Imam As Sayuthi dijadikan sandaran, sempena tahun baru 1442, pasti kita semakin dekat dengan saat kehadiran Isa as sebelum kiamat. 


Imam Suyuthi menegaskan,


‎لاَ يَمْكِنُ أَنْ تَكُوْنَ المُدَّةُ أَلْفاً وَخَمْسَمِائَةٍ أَصْلاً


“Tidak mungkin umur umat Islam lebih dari 1, 500 tahun.”


As Suyuti dalam kitabnya ( rujuk nota Muhamad Abduh Tuasikal) berkata “Berdasarkan sejumlah riwayat , umur umat ini (islam) adalah lebih dari seribu tahun, namun lebihnya tidak mungkin lebih dari 500 tahun. Ertinya, maksimum umur umat ini adalah 1500 tahun.”


Dari kedua pendapat inilah disimpulkan bahwa umur umat Islam berkisar antara 1400 - 1500 tahun, kita saat ini berada pada tahun 1442 H. Sebagaimana dimaklumi, bila ditambahkan 13 tahun (period prahijrah sejak masa kenabian Rasulullah saw), bererti umur umat Islam saat ini adalah 1455tahun. Dari pendapat ini, masa yang berbaki sehingga umat ini punah ialah 45 tahun saja. Dan bila kita baca dari hadis sahih  tentang turunnya Isa Al Masih di akhir zaman menjelang kiamat, kita dapatkan bahwa Isa Al-Masih akan hidup selama 40 tahun di bumi sebelum akhirnya wafat disolatkan oleh kaum Muslimin. Ertinya, turunnya Isa AlMasih tinggal lima tahun lagi dari sekarang! Dan turunnya Isa Al Masih merupakan salah satu tanda besar hari kiamat. 


Demikianlah menurut satu pendapat yang ikut cara pengiraan seperti diatas. Ini hanya pendapat sahaja untuk kita pula kaji dan juga selidik. The Reference point of time itu yang menjadi tanda tanya, bila nak mula kira untuk habiskan 1500 tahun. Jawapan sebenar nya, wallahu’alam bi sawab. 


Pagi ini tak sempat sertakan nota tapi Alhamdulillah malam tadi berlangsung usrah keluarga Ncs untuk bulan Julai dengan bicara Azam tahun baru 1442. In syaa Allah, pemikiran dan tindakan berdasarkan Islam menjadi azam tahun baru kami. Wahai anak anak dan isteriku,  Carilah ilmu dan kawan kawan yang soleh serta persekitaran Islam untuk kekalkan azam ini. 


*Akhir kalam*


Apa apa pun perkiraan kiamat akan tiba juga dan bersedialah untuk jadi ahli ahli Isa AlMasih dan Mahdi dari sekarang. 


Telusurilah cara hidup pemurah dermawan dan jangan harapkan ganjaran. Ucapkan salam kepada mereka yang tidak ucapkan salam kepada kita. Banyak lagi contoh contoh yang lain, tetapi maksudnya telah sedia dimaklumi semua, maka ikutilah cara itu.


Selamat melata di bumi Allah di hari jumaat yang mulia.


Wallahu’alam 

Wassalam


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S