PKP 191

 *Pkp191* - Jiwa Yang Resah Parah Berdosa Disimbah Nota Kuliah Ustaz Mohd Khair. 


Assalamu’alaikum..


Semakin lama, semakin takut bila diri bergelumbang dengan dosa, rasa bersalah datang dan pergi. Sehebat mana pun kita, jiwa akan makin goyah, apatah lagi jika faham dan tahu akan akibat kesalahan kesalahan yang di lakukan terutama di sisi Illahi. 


Bertaubat sudah, tinggal lagi masih mengulangi salah dan dosa terdahulu. Ketika berdosa hilang rasa bersalah, seusainya pasti sayu, berapa kali lagi harus memohon keampunan Nya. Ini lah manusia....


Bukan tidak tahu, berdosa itu perlahan membuat jiwa sakit. Jika lambat ”berubat”, lama kelamaan akan berkarat. Lagi tak berguna jika tak sempat taubat nasuha, datang pula kematian. Ini sebuah pengingat besar, khuatir sungguh, takut takut datang rasa : “ sebuah dosa menjadi biasa”. Tolonglah ya Allah hindari dari ini semua..


TAPI, apakah manusia boleh lepas bebas dari dosa? Tentu tidak. Hanya Rasulullah Saw manusia yang terjaga dari semua kealpaan. Allah swt adakan ujian dan tentu ada ganjarannya. Allah SWT juga sediakan mekanisme agar kita boleh cuci kealpaan yang kita lakukan di masa silam.


Indeed. besar kasih sayangnya Allah pada hambanya yang serius ingin memperbaiki diri.


Suka nak petik satu ayat al quran yang ditemui ketika sedang keluh kesah dengan perlakuan diri sendiri : - 


Allah SWT berfirman, "Katakan kepada hamba hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri diri mereka, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguh Allah mengampuni semua dosa, sesungguhnya Dialah Zat Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maka, kembalilah kepada Tuhanmu dan berserah diri kepada Nya sebelu datang azab kemudian kamu tak dapat lagi mendapatkan pertolongan."  - az Zumar 53-54.


Dan malam tadi selepas dua malam tanpa majlis ilmu, saya selamat tiba di surau Al amin sekitar jam 750 malam, selepas selesai solat Maghrib di Surau Gemilang, Saujana Impian. Ustaz Mohd Khir ketika itu sedang rancak berkuliah. Bertepatan dengan runtunan hati pagi ini, saya sertakan bersama salinan nota yang sempat saya tulis sepanjang 40 minit berkuliah. 


*Pesan Ustaz Mohd Khair...*

@ Surau Al Amin malam 23 September 2020. 


•Jagalah solat, jangan diganggu oleh syaitan terutama ketika berniat semasa mengangkat takbir. Imam hanafi benar kan niat sebelum takbir untuk elak sakit was was. 


Dalam Mazhab Shafei - tika lintasan niat ketika bertakbir hendak mula solat, sifat sifat ini kena ada :

•Qasad - hati hadir ketika itu, nak bezakan solat dengan kerja kerja lain

•taarun -  bezakan solat fardu dengan solat sunat

•Ta’yin - khususkan amalan solat kita mengikut waktu. Seperti waktu Subuh atau lain lain waktu. 


Dari Nabi saw: - hadis qudsi - pada menyatakan sifat rahmat Allah pada hamba hamba, niat nak buat baik sahaja pun Allah dah beri pahala. “ SSGHnya, tuhan kamu maha penyayang pada hambaNya, barang siapa dalam hati ada nak buat amalan soleh, tiba tiba dia tak mampu buat, Allah tetap akam anugerah pahala untuknya. Barangsiapa berniat nak buat perkara soleh dan dilakukannya, dituliskan 10 kebaikan, dan digandakan 700 kali lagi malah dilipat kali ganda lagi. Orang yang berniat untuk berbuat jahat, barangsiapa ada niat untuk buat keburukan, tiba tiba dia tak buat kerana dia takutkan Allah, akan di tulis satu kebaikan pada dirinya. Sekiranya ada seseorang berniat buat jahat atau maksiat, dan dia melakukan nya, Allah akan tulis satu sahaja dosanya, malah Allah akan hapuskan dosanya jika di bertaubat dan beristighfar sungguh sungguh”


Sebab itu kita kena buat amalan soleh dengan ikhlas kerana Allah dan kena mujahadah (bersusah payah, bukan senang mengalah bila ada mehnah) dalam usaha  melaksanakan nya. 


Akan sampai satu masa, Allah uji kita dengan hal kesihatan kita. Maka, Gunakanlah masa kita sihat ini untuk beribadah kepada Allah. Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara. 


Imam Nawawi pecah niat ikhlas kepada tiga martabat? To be continued in his next lecture...


*Akhir kalam...*


Ketika mencari ilham dalam kotak fikiran ketika jiwa risau kerana berdosa setiap hari, lalu bertemu:  “ Setiap anak Adam pasti sering melakukan dosa dan kesalahan, dan sebaik baik yang berdosa adalah yang rajin bertaubat.” (Tirmidzi)


Meskipun pintu taubat Allah itu terbentang luas, tapi ia juga ada tarikh akhirnya. Pintu taubat itu akan tertutup saat seseorang itu hampir menuju kematian dan ketika dunia sudah tiba ke detik akhirnya -  hari kiamat.


Selamat meneruskan sebuah kehidupan..


Wallahu’alam 

Wassalam..


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S