Pkp144* - Sabtu Untuk Aktiviti - Ex KPP bertemu dan Berpisah kerana Allah buat ke 10.

 *Pkp144* - Sabtu Untuk Aktiviti - Ex KPP bertemu dan Berpisah kerana Allah buat  ke 10. 


Assalamu’alaikum..


Selamat berhari sabtu pula, hari rehat tapi sibuk bekerja dengan aktiviti masyarakat pula. Untuk kita sesama muslim, persaudaraan dan perpaduan yang kuat dalam masyarakat mesti di mulai dengan membina iman dalam diri setiap umat manusia. Bila hati gersang dari iman, manusia akan hidup mengikut kemahuan hawa nafsu dan petunjuk dari syaitan. Dan Allah di ketepikan. Sama sama kita pelihara hubungan sesama kita kerana ia bukan satu peraturan Allah yang sempit. Bahkan, ia memberi peluang luas kepada kemaslahatan umat Islam sejagat.


Alhamdulillah, pagi ini kami kumpulan bekas pelajar pelajar intake 86 bagi Kolej Pengajian Persediaan sekali lagi buat kali ke 10 bertemu dan berpisah kerana Allah sambil beriadhah sukan Golf  dalam usia 50 an memupuk persahabatan hampir hilang suatu ketika dulu. Tapi atas kehendak Allah, ianya mekar berpupuk semula. Semoga perhimpunan pagi ini ada restu dan redha Allah, dan akan di kira sebagai salah satu penyebab kami akan di lindunngi di har ketika tiada lagi perlindungan selain dari perlindungan Allah. 


Pertemuan kali ini akan berlangsung di Impian GC kajang selepas tertangguh dek kerana COVID 19. Mubarak alaikum pada semua yang menyertai JANGAN LUPA PASANG NIAT kerana ALLAH ketika keluar rumah. Semoga kerja kerja ini bukan meraih satu kebaikan dunia tapi juga kebaikan di akhirat.


Setiap kali perhimpunan ini berlaku saya selalu teringat pada satu lagu, “ Aku Menulis bukan Kerana Nama”. Ianya betul betul satu nostalgia untuk kami kenangi kisah berusia 34 tahun itu. Lumrahlah untuk manusia bersahabat dan ada satu pesanan saya terbaca : 


“Ukhwah kerana Allah itu bermaksud kelebihannya tidak menambah rasa sayang, kekurangannya pun tidak mengurangkan apa apa. Kita tetap menyayangi dan menghormati sahabat kita itu kerana Allah”


Ada hadis yang masyhur oleh Imam al Nawawi, hadis  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang  tujuh golongan yang dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti. Dari 7 golongan itu salah satunya adalah “dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah”.


Moga ukhwah yang terbina bukan sahaja terbina di sini malah mekar hingga ke syurga.  Sama samalah kita menyokong dan doa serta mendoakan sesama kita.

Bukan mudah untuk pupuk perkara sebegini ianya perlu satu kesabaran yang tinggi. 


Untuk semua sahabat KPP INTAKE 86, terima kasih! Ukhwah fillah abadan abadaa, In syaa Allah.


“ Orang orang yang berkasih sayang kerana Allah bukan sekadar dapat balsan baik di hari akhirat kelak, malah diberikan kemanisan iman oleh Allah dalam kehidupan mereka di dunia. Kasih Sayang mereka bukan kerana hubungan keluarga dan bukan pula kerana harta. Sebaliknya persaudaraan dan kasih sayang mereka kerana Allah ini adalah kerana ingin meninggikan kalimah Allah, menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mereka lebih mementingkan kesejahteraan saudara mereka lebih daripada diri mereka sendiri, serta berusaha memastikan hubungan persaudaraan itu benar benar berlandaskan aturan syarak. Konsep persaudaraan sebeginilah dengan izin Allah akan menjadikan umat Islam dan manusia seluruhnya hidup dalam kebahagian dan keamanan”  - artikel Bertemu dan Berpisah kerana Allah. 


*Akhir kalam*


Pertemuan itu bukanlah milik kita. Sekadar menjadi rencah dalam kehidupan untuk mewarnainya dan melakar cerita. Hikmahnya kenapa kita bertemu dan berpisah kerana Allah, untuk terus bertebaran dimuka bumi ini membawa panji Islam bermatlamatkan daulah Islam itu sendiri. Hebat bukan bertemu dan berpisah dalam Islam. Doakan semoga kita terus istiqomah atas jalanNya yang benar. Tidak mudah mengalah dalam dunia ini, dan diberi kekuatan diri untuk terus bermujahadah membawa sekeping hati. 


Wallahuallam

Wassalam


Penulis/ *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S