*Pkp152* ~ DIARI Kota Bahru. SATU SUSUNAN ALLAH.
*Pkp152* ~ DIARI Kota Bahru. SATU SUSUNAN ALLAH.
Assalamu’alaikum...
Alhamdulillah. Perjalanan yang lancar bermula dari rumah menuju ke Klia 2 dengan secebis doa keluar rumah dan doa musafir. Selepas 152 hari dalam PkP, inilah kali pertama saya balik ke Tanah Rendah Sekebun Bunga tempat tanah tumpah dari arwah ibu melahirkan saya. Atas alasan selesaikan urusan pusaka, ia menjadi satu kepulangan yang baik, apatah lagi bila ditemani kekanda bersama. Ada juga nostalgia masa lalu kami borakkan selain dari kisah keluarga dan COVID disepanjang perjalanan.
Menerima berita kematian nenek saudara kepada suami kekanda saya sebelum menaiki pesawat, kami selamat mendarat di Airport Sultan Ismail Petra jam 748 malam, terus menuju ke Kg Badak Daerah Banchok ziarahi jenazah nenek yang diberitakan seolah olah tahu saat kematiannya sebelum ajalnya. Yang ini panjang ceritanya. Dan yang menggembirakan, sebaik tiba di masjid AnNur Kg Badak, just nice dengam azan isya. Terimakasih ya Allah, atas sususan masa Mu, dapatlah berjemaah isya ikut kariah kampung disitu, dengan niat jamak takkhir sebelum bangun solat maghrib. Terpandang satu idea yang menarik di masjid tersebut bila mana, setiap tampalan sticker untuk jemaah di tulis nombor sempena patuhi SOP ketika PkP. Satu sistem yang mudah untuk mengira jemaah yang hadir solat supaya tidak melebihi had yang dibenarkan. Tahniah Ajk dan ahli kariah masjid Kg Badak, Bachok.
Walaubagaimanapun, kami tidak sempat menunggu jenazah di kebumikan kerana urusan jenazah di lakukan sekitar 8 km dari tempat singgahan kami. Urusan solat belum dijalankan sementara tunggu pelajar pelajar tahfiz. Apa apa pun didoa kan semoga roh arwah akan bersama para roh syuhada dan sekalian yang solihin.
Jam 1045, check di sutera Inn, terpandang satu surau kecil di sisi hotel, dah jadi target untuk solat subuh berjemaah pagi. In shaa Allah. Selesai pula letakkan beg kecil dalam bilik, kami keluar lagi sebentar mencari Supper. Sempat singgah dua kedai, yang semuanya tutup seawal 1030 malam patuhi SOP Musim COVID. Akhirnya, tiba di restoran Ikhwan di hujung jalan kadir Adabi, kami diterima kerana SOP mereka tutup jam 1130. Disitu bertemu pula, seorang petugas restauran yang mengenal dirinya sebagai MJ dan dibesarkan di Lemal, Pasir Mas tapi di lahir di Bachok. What a coincidence, subhanallah. Kami asal dari pasir mas salor dan baru singgah di Bachok, bertemu dengan MJ yang peramah berasal dari Bachok dan dibesarkan di Pasir Mas.
Allahuakbar. Sekadar merenungi susunan Allah. Jam 1130 , kami pulang ke hotel selepas pekena sup sayur dan kwea tew goreng yang ada “taste” di restoran ikhwan, untuk berehat dan pagi esok ke pejabat tanah Tunjung seawal jam 830 pagi. Terimakasih ya Allah atas semua acara acara yang kami lalui, moga semua nya dalam rahmat Mu. Doakan semoga urusan kami di pejabat tanah di permudahkan, demi untuk kelangsungan yang baik bagi ibu dan ayah kami di tanah pusara, kerana pusaka yang mereka tinggalkan adalah satu tanggungjawab kami. Aaaminn..
Untuk pagi ini, saya nak sertakan muqaddimah dari kuliah ustas Mohd Khir yang sempat saya follow selepas subuh pagi semalam. Moga ada manafaat.
*Ustaz Mohd Khair*
Kuliah subuh @ Al Amin
Doa berlindung dari empat perkara besar selepas tahiyyat akhir sebelum salam pertama
Setinggi kesyukuran pada Allah atas segala apa yang Allah telah izinkan kita : solat berjemaah dan duduk di taman taman syurga. Moga Allah berkati kita dan letak kita dikalangan yang bertaqwa pasa Nya.
Hadis nabi saw: “ apabila selesai baca tasyahud akhir, maka minta lah perlindungan dengan Allah dari empat perkara besar: mohonlah berlindung dari azab api neraka jahanam, mohonlah dilindungi dari seksa azab kubur, mohonlah di lindungi dari fitnah ujian semasa hidup dan setelah mati, juga dari fitnah dajjal”.
Detail kuliah saya akan sertakan kemudian. Jadikan ini satu amalan setiap kali sebelum salam selesai solat..
*Akhir kalam..*
Kota Bharu masih sejuk seawal pagi, azan subuh merata rata seawal 550 pagi. Terimakasih Allah izinkan saya jadi tetamu subuh berjemaah di masjid kecil ini.
Ketika ini KOTA BHARU bergema dengan zikir dan wirid..
Moga bermanafaat..
Wallahu’alam
Wassalam
Dari, *NCS*
#MASJIDBAHAGIA
Comments
Post a Comment