PKP314

 *Pkp314*

- KISAH PROGRAM USRAH KELUARGA NCS. Beberapa petikan hadis untuk santapan bersama.


Assalammualaikum...

Salam subuh. Salam dunia. 

Selamat Pagi Semua. 


Semalam berlalu dengan tenang, bila dibelek belek diari semalam, tiada pun insiden yang menyusahkan kita. Kena bersyukur kerana bahagia. Seandainya hari ini atau esok ada ujian melanda, tetaplah bersyukur. Kerana orang yang selalu bersyukur akan sentiasa dikurniakan rasa bahagia. Tiada insan yang sempurna di dunia ini. Sesungguhnya hanya milik illahi, kesempurnaan itu. 


Ikhtiarlah untuk membuka pintu rezeki, antaranya ialah

setiap pagi, sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapa (tak kira masih hidup atau telah tiada). Semoga hari ini, Allah membuka pintu rezeki yang luas untuk kita semua.


Alhamdulillah. Malam tadi berlangsung lagi program usrah bersama ahli ahli keluarga. Semua nya ada kecuali anakda yang masih ada di Amsterdam. Diakhir program dapat juga VIdeo call bersamanya sekejap. Alhamdulillah bermula seawal jam 7 petang, dimulakan dengan makan malam nasi arab Wak Deni impian Gemilang, kami bersolat maghrib berjemaah, seusai sunat ba’diyyah maghrib, program terus bermula. Pengisian kali ini adalah mengenai kedatangan tahun baru 2021. Bukan lah kami menyambut, tapi kami cuba perbaharui azam ketika Muharram 1442. Tekad kami untuk menjadi manusia yang memangkin suasana Islam yang boleh “inspire” orang lain, agar mendapat sesuatu yang baik disisi Allah secara berangkai rangkai. Diikuti pula tadabbur ayat Al Imran dari 140 hingga 152. Banyak kalau nak dikongsikan disini tapi cukuplah disimpulkan pengajaran hebat dari kisah dua peperangan (Badar dan Uhud), kita kena taat dan rapat pada Allah untuk menjadi insan terpilih dalam rasar bantuan Nya. Inilah tahap orang awam seperti saya ini, dambakan. Program diteruskan dengan bacaan dari buku Hadiis 40, dan kali ini, hadis yang ke 31. 


“Zuhudlah di dunia, maka Allah akan mencintaimu. Begitu pula, zuhudlah dari apa yang ada di tangan manusia, maka manusia akan mencintaimu.” ( hadis hasan, diriwayatkan oleh Ibnu Majah)


[“Zuhudlah terhadap dunia, niscaya Allah akan mencintai mu” kecintaan Allah akan diperoleh dengan zuhud terhadap dunia. Definisi yang paling bagus, ‘zuhud terhadap dunia’ adalah seseorang meninggalkan sesuatu yang melalaikannya dari mengingat Allah. Cukup dengan apa yang ada walau pun mampu. 


“Zuhudlah pula terhadap apa yang ada pada manusia, niscaya manusia mencintai mu”. Manusia dikenal tamak pada harta dan kesenangan di dunia. Kebanyakan kita ini manusia kikir mengeluarkan harta untuk berderma.


Seharusnya seseorang tidak terkagum dengan orang yang tamak pada dunia dan cuba menampakkan padanya. Jika merasa cukup dengan apa yang ada pada manusia, dia akan memperoleh kecintaan mereka dan manusia pun akan mencintainya]


Program terakhir kami, ianya seperi biasa, OPEN MIC. Dan setiap ahli diberi peluang utk share apa apa sahaja asalkan ianya bermafaat. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh ahli ahli saya, tapi yang saya rasa nak kongsikan disini adalah satu hadis yang dibawa oleh salah seorang dari kami: 


”Sesungguhnya namanya sabar adalah ketika di awal musibah.” (Bukhari, no. 1283)


Ini diambil dari satu hadis ketika Nabi saw memberi kata kata semangat kepada seorang ibu yang menangis di kubur tapi di balas dengan kata kata : “Menjauhlah dari ku. Sesungguhnya engkau belum pernah merasakan musibahku dan belum pun mengetahuinya.” Seketika di maklumkan yang menegur itu adalah Nabi Saw, bersegerlah dia bertemu Nabi saw, dan kata kata di atas telahpun di sampaikan oleh Nabi saw pada wanita itu, yang hingga hari ini menjadi pedoman utk kita semua. 


Semoga Allah memberikan kita taufik dan hidayah untuk selalu redha dengan takdir Allah yang kita rasa itu pahit. Semoga Allah juga selalu memberikan kita kemudahan untuk bersabar di awal awal musibah, walaupun mungkin terasa berat. Jika kita ada  keyakinan mantap pada Allah dan yakin adanya hikmah di balik setiap musibah, tentu kita memilih untuk bersabar.


Wallahualam


*Akhir kalam...*


Program kami ditutup dengan solat isya berjemaah dan juga amalan biasa, Surah AlMulk. Semoga apa yang kami laku kan ini ada kerahmatan dari Allah menyalurkan cahaya cahaya dari atas bawah kiri kanan depan belakang yang boleh membimbing kami meneruskan kehidupn didunia bersama islam, dan cahaya ini juga yang akan mnyinari kegelapan kubur kami seterusnya membantu kami di Mahsyar nanti. 


Semoga sahabat sahabiah pun turut melakukan program program dan akiviri yang lebih baik bersama ahli ahli, samatelahan kita punya banyak masa dalam PKP ini. Malahan, ahli ahli kita pun ramai yang ada bersama. 


Majlis taklim adalah majlis yang diibaratkan sebagai taman taman syurga, majlis yang disukai para malaikat. Adalah penting untuk kita menghidupkan amalan taklim di rumah agar  ahli rumah kita turut mendapat nuur  hidayah dan kelebihan orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad saw. Rumah rumah yang hidup istiqamah amalan majlis taklim yang sentiasa menyebut ayat ayat Allah dan sabdaan Rasulullah saw akan bercahaya pada pandangan penghuni langit.


“Ya Allah istiqamahkanlah diriku dan anak anakku dalam menghidupkan majlis taklim di rumah kami. Kurniakanlah kepada kami rahmah, taufik & hidayahMu. Pimpinlah kami ke jalan yang benar dan yang Kau redhai. Lembutkanlah hati hati kami agar mudah laksanakan perintahMu. Amiin.


Barakallahufikum 

Wassalam..


Tulisan dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S