PKP316 TRIBUTE TO BEKAS RAKAN KONGSI, ABANG DAN KAWAN. Allahyarham Tuan Haji Mohamed Rafi’e bin Abdul Kadir

 Pkp316 - TRIBUTE TO BEKAS RAKAN KONGSI, ABANG DAN KAWAN. Allahyarham Tuan Haji Mohamed Rafi’e bin Abdul Kadir

(14 Jun 1960 - 25 Januari 2021)


Assalamu’alaikum...


MAAFKAN SAYA KERANA TERPAKSA MENANGGUHKAN CORETAN TENTANG RAJA KERALA MENGANUT ISLAM - antara “Jasa” ABU LAHAB. 


Mati hidup kita “di tangan” Allah! 


Semalam, menerima berita pergi nya kerahmatullah bekas rakan kongsi dalam perniagaan yang Allah hadirkan dalam kehidupan saya, membawa saya masuk kekancah perniagaan seawal tahun 1996. Dari situlah saya diberikan satu syarikat tanpa mengeluarkan modal tapi ada share. Dari situ juga saya mula belajar sepak terajang dlm dunia perniagaan. Walau tak sebesar mana apa yang kami niagakan tapi tetap berharga, dia umpama guru, abang dan kawan saya. Dek kerana itu pemergianya agak meninggalkan kesan pada saya. 


Apa jua kelemahan yang ada pada arwah di pandangan rakan, kawan, suadara mara ataupun mungkin musuh, dia hanyalah manusia biasa. Begitulah apa jua kelebihan yang ada pada arwah selama hidup di bumi fana’ ini, terimakasih ya Allah, atas semua anugerah Mu. Dia tetap seorang yang terlalu baik pada sisi saya, sentiasa happy go lucky. 


Seawal pagi semalam, selepas menerima berita kematiannya, saya terus saja menyusun solat berjemaah di pejabat dan diada kan sedikit tahlil untuk arwah arwah kami juga dan bersekali untuk sahabat saya ini juga. Semoga Allah terima sedekah kami pada arwah arwah kami dan juga untuk sahabat yang satu ini. 


Selamat lah dikau disana wahai sahabat dan juga kekandaku Allahyarham Tuan Haji Mohd Rafei Abdul Kadir. 


Satu perkara yang tidak dapat dilupakan sepanjang kami ada bersama berniaga adalah janji kami dihujung perkongsian kami pada 1999, kami tak bertelagah atau berkecil hati tapi keadaan keewangan memaksa kami berpisah kongsi, Janji kami pada waktu itu adalah kami akan bersatu kembali untuk masuk semula berada di  “mainstream” construction line, jika diizinkan Allah. Selepas perpecahan aman kami, dia kelihatan lebih berjaya walaupun menempuh kejatuhan yang parah - adat berniaga, dia berjaya di bidang distributorship bersama CELCOM. Kejayaan itu dicemburui oleh banyak pihak sehingga dia terpaksa melalui beberapa saat sukar. Tapi dia tetap survive. Saya mengambil arah menuju ke arah bidang consultancy, walaupun hanya bilis dalam bidang ini, tapi cukup untuk berdiri tegak membantu pembangunan negara sambil sambil membantu mereka yang berjuang untuk menegakkan Islam. Cukuplah untuk saya jadi senang walau pun tidak mewah. 

Alhamdulillah..


Selepas kami membawa haluan masing masing, ada masa dan ketika kami bertemu berborak melihat kemungkinan bersatu tapi laluan berbeza memaksa kami menangguh sebarang kemungkinan “synergy”. 


Akhirnya, Allah lebih sayangkan dia, tanggal 25 Januari 2021 selepas hidup selama 60 tahun 6 bulan 11 hari ikut perkiraan Masihi, si Izrail menjemputnya di Hospital USM (HUSM) Kota Bharu selapas tiga hari dirawat di KPJ Perdana Kota Bahru (kerana jangkitan kuman di bahagian belakangnya). Begitu lah mengikut penceritaannya untuk menjadi assebab. 


Tapi yang menjadi tanda tanya selepas sehari dicharged dari KPJ PERDANA, dia pulang hanya sebentar di rumah dan di usung semula ke HUSM, disini hanya mendapati Izrail menunggu disana atas assebab katanya ada pendarahan usus. Pagi 25 Januari yang samai, selamat dia kembali ke rahmatullah. Apakah tidak ada  dignose dari pihak pakar di KPJ melihat pada urgency dan juga emergency? Bukan hendak melawan takdir tapi berpantang ajal sebelum maut. 


Semua cerita ini, hanya untuk ingatkan kita yang hidup pasti juga akan mengalami nasib yang sama. Ada sebab dan ada kisah tapi hakikatnya ajal sudah tiba. 


Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah pada seluruh ahli keluarga sahabat saya ini, moga ada perkara yang lebih baik yang Allah akan hadirkan, lebih baik dari musibah ini, atas redha dan sabarnya mereka kepada susunan Allah ini. Aaamin..


Untuk saya, akan saya simpan segala yang telah saya lalui bersamanya. Kepercayaannya mengambil saya menjadi rakan kongsinya, pada usia saya baru saja 29 tahun, adalah sesuatu yang terlalu berharga dan satu penghargaan yang tidak dapat saya lupakan. Indeed, telah pun ada insan yang telah menilai bakat yang telah Allah berikan kepada saya yang serba kurang ini. Terimakasih Allah. Dan Juga terimakasih Abe Haji Mat  a.k.a mat Pet atau Haji Rorey. 


[Akhir kalam...]


Setiap kali adanya kematian, ianya menginsafkan saya tapi  

pemergian sahabat yang ini sangat memberi kesan pada diri saya. Kehilangan ini seakan memberi peringatan yang mungkin selepas ini adalah giliran saya. Hakikatnya, hanya Dia yang tidak mati dan tidak pernah akan meninggalkan kita bahkan kita lah yang selalu meninggalkan Dia.


“Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih tetapi kita tidak boleh mengatakan sesuatu kecuali yang dapat membuat Allah redha”


Bersangka baiklah pada Allah. Allah pasti akan memberi yang terbaik buat diri kita. Itu yang mengajar kita segalanya yang datang daripada Allah akan kembali kepada Allah juga. Itu yang mengajar kita menjadi dewasa dalam menerima takdir.. Kehidupan ini kisarnya tentang menerima hakikat. Pedih dan sakit itu biasa. Telan saja. Suatu masa nanti Kita akan berterima kasih padaNya atas ketetapan walaupu ianya menyakitkan hari ini.


Walaupun sekadar TRIBUTE tapi moga ada manafaatnya...


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


[Dari, NAZARUDIN CHE SALLEH A.K.A NCS]

#PRIMADATAGROUPOFCOMPANIES.DalamKenangan.

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S