PKP318 - *MONOLOG PAGI JUMAAT - Hidup kena Di Teruskan
*Pkp318* - *MONOLOG PAGI JUMAAT - Hidup kena Di Teruskan*
Assalamu’alaikum....
salam Jumaat.
Segala puji pada Allah swt atas kurnia dan nikmat yang telahpun dan akan dilimpahkan pada kita semua.
Apa apa pun kehidupan ini harus diteruskan, walaupun kita tidak tahu apa yang akan jadi besok..
Surah Luqman, 34: “Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tidak ada sorang yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya”
Jelaslah, kehidupan ini harus diteruskan, walaupun kita tidak tahu bila dan dimana kita akan mati.
Menjengok semula kisah hidup yang sudah berlalu, tak mungkin akan kembali tetapi kehidupan ini kena diteruskan. Di masa kecil bayi hingga sebelum alam sekolah kita sentiasa ada mak ayah “mengendong” kita.
Selepas itu kita merasai zaman anak2, pergi sekolah, bermain dengan kawan, tempuh zaman remaja. Masuk pula rioh zaman belajar diperingkat tinggi tak kira dimana, dengan macam2 lagak dan gaya. Kemudian masuk pula zaman kerjaya, ada yang kena menganggor. Paling syok, bila balik kampung musim perayaan, bertemu keluarga dan kekawan sekolah rendah dan menengah. Selepas itu, masuk pula zaman berkeluarga, ada juga yang tidak berkeluarga dan akhirnya, tiba saat menghitung usia, 30an, 40an, 50an.. seterusnya pada yang sempat menghitung untuk angka seterusnya, tapi akhirnya terimalah hakikat satu hari kita akan kehilangan semua semua itu, kalau lama hidup lagi inya akan jadi kenangan yang akan sentiasa dirindui..
Imam AlGhazali menanyakan soalan pada anak muridnya : "Apakah yang paling jauh?", macam2 jawapan di berikan, namun beliau menjawab, "Yang paling jauh adalah masa lalu (yg telah berlalu)”
Jadikanlah kerinduan kepada kenangan masa silam sebagai kekuatan untuk kejayaan masa hadapan, jangan pula kenangan lampau mengusik jiwa sehingga jadikan kita sentiasa pandang kebelakang, berpatah balik ke garisan permulaan. Sedangkan nak menang maju kita kenalah ke hadapan.
Suka tidak suka, kehidupan ini harus diteruskan, walau semua menjadi kenangan. Akhirnya, yang kalau adapun yang tinggal cuma pusara.
Bercerita tentang pusara tempat terakhir kita didunia ini, semalam seusai solat maghrib berjemaah, saya sempat melihat satu video pesanan terakhir Sheikh Ali Jabeer yang telah kembali ke rahmatullah baru baru ini.
Untuk pagi mulia yang penuh barokah ini, ingin saya sharekan di sini antara kata katanya yang meninggalkan kesan pada saya:
“Kita akan bakal sendirian selepas kita di hantar ke kubur, semua isteri anak anak kita saudara mara akan tinggal kan sendirian. Kita akan sendiri didalam kubur, kita akan sendiri bertemu dengan malaikat yang akan bertanya pada kita siapa Tuhan Kamu, siapa Nabi kamu dan apa agama Mu? Tak lama kita di dalam kubur kita akan di perlihatkan jalan mana yang kita hendak pergi selepas itu. Kita akan nampak syurga kah atau kita akan diperlihatkan neraka? Ketika itu, kepada yang melihat syurga, memohon pada supaya di percepatkan hari kiamat dan pada yang melihat neraka pula akan meminta di tangguhkan kiamat. Kerana selepas kiamat semua perhitungan akan di laku kan tanpa mengira siapa kita”
Maka, untuk saya hari ini pagi ini pagi penuh mulia, saya nak pesan pada diri saya, berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia. Hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpegang lah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan. Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini.
“Antara kebahagiaan manusia adalah menentukan pilihannya dengan Allah dan juga diantara kebahagiaan manusia adalah keredhaanya pada apa yang Allah tentukan. Dan di antara tanda kesengsaraan manusia adalah ia meninggalkan Allah dalam pilihan nya. Dan antara tanda kesengsaraan manusia adalah kemarahaannya pada apa yang Allah tetapkan atas dirinya” ( Imam Ahmad, hadis No: 1367)
*Akhir kalam...*
Kehidupan ini harus diteruskan.. Jadilah kita manusia yang cekal dengan segala cabaran dialam ini, tiada tempat lagi yang kita boleh mengadu, ALLAH jualah tempatnya.
Kehidupan perlu diteruskan sebab kita ada cerita sendiri yang telah ditentu kan, percaya qada’ dan qadar dari Allah. Ubat kelemahan adalah ingat allah, kita akan lemah kalau kita lupa Allah. Kena akui, siapa saja, termasuk lah yang menulis ini, memang mudah menulis tapi hakikatnya, saya sama juga, bila tersepit baru ingat Allah, bila senang selalu lupa. Moga Allah elok kan akhlak kita menjalani hidup ini kerana kita ciptaan termulia di atas muka bumi ini...
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Dari: *NCS*
Comments
Post a Comment