Pkp320* - Semoga Kita dalam Redha Allah.

 *Pkp320* - Semoga Kita dalam Redha Allah. 


Assalamu’alaikum ...


Hari ini tepat 320 hari selepas kali pertama Perdana Menteri, mengumumkan akan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan 18 Mac 2020 lalu. Selepas melalui tiga fasa PKP termasuklah PKP Bersyarat (PKPB) diikuti dengan PKP Pemulihan (PKPP) dan balik semula PkP 2.0 yang dijangka tamat 4 Februari 2021., seolah olahnya tiada tanda tanda si Covid19 akan reda. 


Apa apapun dengan semangat di pagi Ahad ini, sama samalah kita semua terus berhati hati, tak ambil mudah walaupun banyak kelonggaran diberikan, saling mengingati antara satu sama lain terutama mengenai SOP dan peraturan supaya akhir nya kita bebas daripada COVID-19. Ayuh Malaysia! Buktikannya!  


Dalam pada itu, kami sekeluarga mencuba pelbagai cara untuk mengatasi kebosanan hidup dalam pkp2.0, tapi ini semua menjadikan kita lebih creative. Tapi yang pasti, usaha usaha mewujudkan suasana solat berjemaah lima waktu amat dititik beratkan. Suasana majlis majlis ilmu juga sentiasa di ada akan. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, semuanya kekal seperti biasa, cuma biasalah rindu untuk ke masjid semakin dirasa kan. Semoga Allah menerima semua usaha usaha ini. Antara perkara yang kami selalu usaha kan adalah solat diawal waktu dan selalu adakan majlis ilmu sesama kami seusai subuh dan isya’. 


Dari beberapa perkongsian, ada beberapa ayat yang menyebut akan hal ini. 


"Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan ke atas orang yang beriman pada waktu yang telah ditetapkan” (al Nisa', ayat 103)


Pada masa yang sama menuntut ilmu juga penting. Manusia tidak akan berjaya di dunia mahupun akhirat tanpa ilmu: "Allah SWT mengangkat martabat golongan beriman dalam kalangan kamu yang mengangkat martabat ilmu." (al Mujadilah, ayat 11).


Di dalam salah satu perkongsian 

ilmu sesama kami, ada yang menyebut dari penulisan bekas Mufti Wilayah yang kini Menteri Agama Malaysia bahawa kalau kita hendak berjaya dalam hidup kita hendaklah khusuk dalam solat, solat awal waktu dan juga istiqamah dengan ini semua. Moga kita semua dapat praktik kan ini semua. 


[Solat Diawal Waktu]

Sementara itu, dalam salah satu video ceramah  diisampaikan oleh Ustazah Asma Harun, ada menjelaskan, bahawa sesiapa yang nak doanya dimakbulkan Allah dengan cepat, solatlah dengan cepat. Lagi cepat kita tunaikan hak Allah, lagi cepat Allah tunaikan hajat kita. Pada masa yang sama sentiasalah perbaiki solat agar lebih khusuk.


“Amalan yang paling dicintai oleh Nabi SAW adalah solat pada waktunya, iaitu solat diawal waktu.”


Ustazah juga menegur ramai yang gemar melengahkan waktu solat. Menganggap seolah olah tak mengapa lambat ‘temujanji’ dengan Allah dengan lewat menunaikan solat. Hakikatnya, untuk menjadi orang yang berjaya, solatlah pada awal waktu. Ini kerana seruan didalam azan “Hayya Ala’ Falah” itu sendiri, merupakan panggilan menuju kearah kejayaan.


Pada masa yang sama, sama samalah kita berusaha  ambil wuduk dengan sempurna dan perbaiki diri dengan solat di awal waktu. Semoga istiqamah dalam mendirikan solat menunaikan hak Allah sekaligus menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk saya yang sentiasa lalai ini. 


*Akhir kalam...*


Ayuh para ketua keluarga diluar sana, selaku ketua keluarga sama sama kita kena sentiasa membangunkan pembinaan keluarga dengan dakwah dan kasih sayang, bersama sama laksanakan penuh keinsafan dan kesabaran. Sentiasalah berada dalam tenang mengatasi situasi yang mencabar dan istiqamah dalam mendidik keluarga.


Setelah kita usahakan semuanya dengan cara yang paling terbaik, maka pada akhir hari di waktu malam bangunlah dan perlahan lahan kita mengadu, berbisik dan berdoa, “Ya Allah betapa diriku sayang ahli ahli keluarga yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah mereka. Betapa aku sayang ibubapaku dan ibu bapa mertuaku. Ampunkan mereka dan sayangi mereka semua. Ampunkan sayangilah Anak anakku, saudara maraku, anak saudaraku semuanya, dan seluruh manusia di seluruh alam maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua”


Semoga kita diredhai Allah.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam


Dari, *NCS*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S