Pkp321* - *LIVE FB - Kuliah Kitab La Tahzan
*Pkp321* - *LIVE FB - Kuliah Kitab La Tahzan. Muhasabah*
Assalamu’alaikum...
Yang dirahmati Allah semua, banyak perkara yang hendak kita syukurkan. Jangan sampai kita terlupa kerana bilamana tiba saat saat diuji ramai dari kita akan lupa pada segala nikmat yang telah diberikan sebelum. Yang diratap adalah kepedihan ketika itu; sedangkan, ujian yang di ratap itu terkandung banyak hikmat dan nikmat yang kita tidak tahu sehingga seberapa lama barulah kita sedar, ujian itu semua adalah baik untuk kita.
Al Baqarah :216, “...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah Yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahui nya”
Disebalik pkp2.0, banyak yang hendak di syukuri. Hasil dari PkP1.0, ramai assatizah sudah belajar bahawa pengajian perlu diteruskan. Kuliah kuliah perlu diteruskan demi kesinambungan penyampaian ilmu.
Alhamdulillah. Sepanjang pkp2.0 ini, saya consistently follow satu kuliah di facebook secara LIVE. Antara yang selalu saya follow adalah, siri kuliah Maghrib kitab La Tahzan. Terasa seperti bersila didepan ustaz yang sedang berceramah di FB. Ini semua mengimbau kenangan ketika saat saat sebelum PkP dulu. Terasa rindu pada situasi itu. Syahdu dan padu terasa dalam diri ketika itu.
Untuk pagi ini, ada beberapa catatan yang sempat saya ambil dari kuliah itu untuk saya share disini, semoga ada manafaatnya:
*Sedutan Catatan kuliah Kitab La Tahzan*
“Alhamdulillah. Jangan bersedih, kita beruntung selagimana hati kita terbuka untuk mendengar kebaikan, ilmu, nasihat dan juga peringatan, ianya menjadi punca hidayah dan ilham yang baik untuk masuk kedalam hati. Maka kongsikan kebaikan ini, ianya menjadi pahala jariah yang terus diperoleh walau sesudah mati”
“Antara mujahadah kita ialah tidak mencari/menyebut keaiban org lain sebab ianya boleh saja keaiban yang kita kutukkan itu berpindah pula kepada kita (na'uzubillahi min zaalik)”
“Bila ditimpa musibah, semaklah apa kesalahan yang kita lakukan (yakni dosa). Jangan saja cepat menuding jari pada org/hal lain”
“Punca Tidak Bahagia @ gelisah sebab suka mencari kelemahan orang lain, merasa diri paling baik dan layak dipuji - orang lain diremehkan”
“Sering bangsa kita melihat bangsa lain lebih tinggi (dari sudut kejayaan/kerajinan dll) dari bangsa kita sendiri. Itulah salah satu propaganda merosakkan bangsa kita sendiri...”
“Semoga Allah menjauhkan kita dari berperangai seumpama lalat dan khinzir yang hanya memandang keburukan dan menyebarkannya”
“Kita suka tengok hodohnya tahi hidung dari melihat hidung yang cantik, sama samalah kita suka puji memuji antara satu sama lain. Hidup menarik jika selalu memuji antara satu sama lain bukan nya mencari keburukan sesama kita. Suami puji isteri, isteri puji suami”
“Kita sesama kita adalah saling menyempurnakan sesama kita, kalaupun kita selalu berada di depan ketika kuliah, itu tidak bermakna mereka yang berada di belakang tu tidak bagus. Akan ada perkara, mereka akan jadi penyempurna dalam sesuatu hal atas sebab duduknya mereka di belakang”
“Belajarlah untuk saling nasihat menasihati bukannya untuk menjatuhkan”
“Siapakah orang yang paling bahagia? orang paling bahagia adalah orang yang membahagia kan orang lain”
“Empat (4) perkara perlu buat:
1. Kita nak belajar hormat orang lain walau apa pun keadaan dia.
2. Belajar puji orang.
3. Sebut kebaikan orang.
4. Mujahadah untuk pejam mata daripada lihat keaiban manusia lain”
*Akhir kalam*
Ingatlah pesan Nabi saw: “macamana kamu buat pada orang, macam itu lah kamu akan dibuat diperlakukan oleh orang lain”
Pesan saya pada diri saya untuk penutup diruangan hari ini ialah:
“Jangan mendedahkan keaiban orang beriman jika tidak mahu Allah swt mendedahkan keaiban sendiri. Usah pandang rendah dan menjaja kekurangan orang lain, lebih baik baiki kelemahan yang ada pada diri sendiri”
Wahai ncs dan sahabat, sibuk kan lah diri memperbaiki diri daripada tengok kelemahan org lain. Hidup hanya sementara. Manfaatkan umur sementara masih ada masa.
Percayalah kalau kita sibuk asyik bercerita kelemahan keaiban orang lain, ketahuilah kita sedang ditipu dengan diri kita sendiri.
Wallahu’alam
Moga ada manafaatnya..
Barakallahufikum
Wassalam.
Insan Kerdil, *NCS*
Comments
Post a Comment