WA24 Jan26_21

 *Nabi s.a.w tak pernah tinggal Solat Sunat Sebelum Subuh..*



Dari Abu Abdillah Bilal Bin Rabah r.a, muazin Nabi s.a.w datang untuk menemui Rasulullah s.a.w untuk azan Subuh. 


Tetapi Bilal telah ditanyai sesuatu oleh Aisyah sehinggalah ke waktu pagi benar (agak lewat).


Bilal kemudiannya terus melaungkan azan subuh dan diikuti dengan iqamah. 


Namun Rasulullah s.a.w belum juga keluar. Ketika Baginda keluar untuk menjadi imam, Baginda memberitahu bahawa Baginda telah ditanyai sesuatu oleh Aisyah sehinggalah waktu menjadi pagi benar dan ada urusan lain yang menyebabkan Baginda lewat keluar.


Baginda kemudiannya bersabda:


"Sesungguhnya Saya ingin menunaikan dua rakaat solat SUNAT FAJAR terlebih dahulu."


Seorang sahabat berkata:


"Wahai Rasulullah, Tuan telah berada di waktu pagi benar (lewat pagi)."


Sabda Baginda: "Walaupun *lebih lewat lagi,* saya akan tetap mengerjakan solat sunat fajar dua rakaat dengan *sesempurna* dan sebaik-baiknya."



_- hadith hasan riwayat abu daud_

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S