Pkp353* - Kembali...
*Pkp253* - Kembali ke Seri Minang sambung tabiat bangun awal pagi dan sharing nota tafsir ayat 102 baqarah. Terimakasih IJN ku tinggalkan dikau bersama sedikit “komplain”.
Assalamu’alaikum...
Yang di rahmati Alllah ahli ahli saya, adiik beradik, ipar duai, saudara mara, sahabat sahabiah sekalian.
Dalam jantung masih berdetup detap tak keruan, mujur Allah beri juga lagi kekuatan untuk bangkit seawal pagi. Pagi, terbuka mata, bukan lagi di ward IJN tapi diruang bilik utama rumah di Seri Minang.
Mubarak’alaikum pada yang bertabiat bangun awal, moga lebih proaktif. Sama sama kita jangkau impian dan matlamat dunia akhirat dengan berusaha gigih demi mencapai yang diimpikan samaada dunia atau akhirat.
Andai kita seorang pekerja, bila mula punch card, baca bismillah, moga dijauhkan dari bisikan melalaikan, mengantuk, malas. Siapapun kita mula kan dengan BISMILLAH...
Kepada para pengusaha dan pemilik bisnes, telah pun ada kajian bahawa mereka yang mengamalkan tabiat bangun awal pagi boleh menangani masalah lebih efisien dan akan lebih berjaya dalam dunia bisnes. Sama sama kita jadi Perancang masa yang lebih baik.
Sebelum di discaj semalam pun saya di beri ceramah oleh pakar pemakanan IJN yang memaklumkan bahawa dalam kehidupan kita untuk kesihatan yang baik ianya adalah 20% bersenam dan 80% adalah penjagaan makan kita. Dan untuk itu, paling kurang perlu kita melakukan senaman adalah 30 minit setiap hari. Dan Bab pemakanan, boleh makan nasi setiap kali meal tetapi portion nya hanya 1/3 dari pinggan, separuhnya adalah sayur dan buah, sepertiga lagi adalah protein. Ini in shaa Allah, mampu kawal kita dari potensi darah tinggi dan kencing manis.
Selain dari itu katanya, amat penting tabiat tidur awal dan bangun awal pagi supaya ada rythm alam semulajadi yang seimbang.
Semoga setiap hari di seawal pagi, kita akan lebih gembira, optimis, positif, rajin dan juga teratur. Moga Allah jauhi kita dari tidur lewat malam dan bangun lewat pag, dan kita juga dilindungi dari mudah mendapat tekanan dan pesimis - berfikiran negatif.
Yang terpenting untuk kita bangun awal pagi, ianya membolehkan kita beribadah - solat sunat fajar, solat sunar tahajjud dan berzikir sebelum menunaikan solat fardhu subuh. Ketika inilah Allah akan membuka seluas luasnya pintu rezeki, doa dimakbulkan dan memberi dorongan dan kekuatan kepada jiwa hamba hamba Nya.
Semangat kita pagi ini, untuk itu kita ambil sikit lagi dari nota nota kuliah Maghrib Tafsir pimpinan Ar rahman oleh Ustaz Tok kU dalam mengulas ayat 102 AlBaqarah.
*nota Tafsir ayat 102 al Baqarah*
•Belajar, terlibat ilmu sihir membawa kepada kekafiran. Sihir merosakkan akidah.
•Sihir terbahagi pada tiga:
1. Menyebabkan imaginasi seperti apa yang dilihat
2. Sihir yang mendatangkan kemudaratan seperti sakit. Nabi muhammad saw pernah disihir.
3. Sihir silap mata, menggunakan kecepatan tangan utk kelirukan manusia. Tak salah, kerana lebih kepada praktikal.
•Syaitan paling suka memisahkan, perceraian suami isteri. Hingga tentera syaitan yang berjaya memisahkan suami isteri akan dinaikkan 'pangkat' dalam kalangan mereka.
•Ilmu sihir dah jadi ilmu puak Yahudi, daripada mereka berkembang ilmu sihir sebab mereka tolak kebenaran Taurat. Apabila tolak kebenaran maka berkumpul dalam diri kejahatan.
Bani Israil dengan jenayah yang banyak, kejahatan banyak ditambah pula belajar ilmu sihir. Mereka cabar mukjizat para Nabi dan kebaikan pengikut para Nabi.
Setakat itu dulu untuk pagi ini.
*Akhir kalam...*
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Pantai adalah hmba Allah yang sentiasa redha, meski pun ombak sentiasa membadainya.
Saya tiba di rumah jam 220 petang selepas kemelut isu GL, membawa pada saya komplain kepada bahagian koperat IJN demi untuk kebaikan IJN di masa depan bukan kerana amarah. Terimakasih Ibnu Yahya dan anakda Aiman. Terimakasih Allah, uji saya sesampai di rumah dengan gastrik dan demam pula. Jazakumullahkhair semua doa.
Allahuu, selamat kita semua hari ini dengan izin Allah. Amin.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam
Dari pesakit pendosa,
*NCS*@ SeriMinang.
Comments
Post a Comment