Pkp347- REFLECTION...
[Pkp347- REFLECTION OF THE DAY: MULUT JAHAT TAPI HATI BAIK, ye ke?]
Assalamu’alaikum...
Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas segala takdir takdir yang baik telah Allah jatuhkan dalam kehidupan keluarga besar kami. Mudah mudahan ianya berkekalan untuk selamanya. Dan bersambung pula di alam barzakh, alam akhirat, mahsyar dan titian sirat nanti. Siapa tak nak syurga, jangan cakap la, semua nak kan syurga tapi semua itu kena ada pengorbanan. Berapa banyak ayat dalam al quran menyebut tentang NO PAiN NO GAIN. Maksudnya nak kan sesuatu kena rasa susah nya, kena ada pengorbanannya. Nak kan syurga kena ada banyak pengorbanannya, nak kan hidayah kena berusaha, nak kan ganjaran tahajjud didunia dan akhirat, kenalah rasa susan lawan nafsu bangun tengah tengah dinihari.
Kita kena ingat, Allah selalu melihat usaha usaha hambanya, seperti dalam surah Ar-Ra'ad ayat 11:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka",
Dan bab hidayah pula, ada dalam Al 'Ankabut ayat 69, "Dan orang orang yang bersungguh sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, benar benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan jalan Kami. Sesungguh nya Allah benar benar beserta orang orang yang berbuat baik."
Betapa istilah “no pain no gain” ini dikatakan datang dari barat, kita sambut dengan baik; sedangkan, dalam al Quran perkara ini sudah ada sejak lebih 1400 tahun dulu. Tinggal kita nak melaksana kannya.
Zaman sekarang, anak anak masuk ke Universiti atau kolej bukan lagi suatu perkara yang menghairan kan. Bukan macam zaman 70 an atau 80 an dulu, ianya sesuatu yang membangga kan, kadang kadang sekampung tersenyum gembira bila ada nak mukim masuk Universiti. Alhamdulillah, dengan segala apa yang Allah telah anjakkan paradigma tahap kehidupan muslim di Malaysia. Keluarga saya juga tidak terkecuali dengan semua anak anak untuk “tertiary” education mereka, semuanya berjaya ke tahap sekurang kurang “Degree” level. Ada ke luar negera (Moscow dan Amsterdam), ada yang belajar dalam negera ( USIM, UIA dan KUIS).
Dalam zaman covid 19 ni, semua pengajian adalah melalui ON LiNE. Alhamdulillah, setakat ini ianya dilalui dengan tabah oleh semua anak anak kita.
Semalam juga, dapat tahu keputusan semester sebelum untuk salah seorang anak yang belajar bidang Architecture di UIA. Dan Alhamdulillah, dia masih lagi dalam Dean’s List untuk CGPA, semuanya anugerah Allah. Dia sendiri pun dalam sesii reflection Tiga minit semalam, merakamkan satu fikrah yang bahawa dia berpuas hati kerana telah berusaha dan yakin dengan janji Allah seperti yang termaktub dalam al Quran. “ Anakda rasa ini semua bukan hak anakda, tapi semuanya kehendak Allah, atas usaha usaha yang terasa sakitnya sehingga tak tidur malam menyiapkan projek presentation”. Sebetul nya, sekali dia berusaha, dia sudahpun berjaya. Kerana hasilnya adalah milik Allah.
Kebetulan zaujah pun bertugas di UIA, dan ada terlibat dalam menganalisa keputusan keseluruhannya. Ada yang subjek menghasil kan pelajar gagal sampai tahap 120 pelajar fail dari 180
pelajar. Ada juga yang tahap subjek, lulus 98.8 %. Semua nya ada tindakan masing masing dari kulliyyah masing masing.
Tapi ada isu yang menarik di bawa oleh zaujah dalam reflection 3 minit semallam berkenaan “Mulut Jahat Tapi Hati Baik?”. Ada sesetengah lecturer di katakan berjaya mendidik pelajar pelajar dengan membawa doktrin ini.
Selalu kita dengar orang yang keluarkan ayat macam ni. Boleh percaya ke? Ada ke dalam Islam hal ini?
Di dalam kehidupan, selalu kata kata yang biasa kita dengar dari sekeliling ada yang baik, ada yang buruk - ada juga yang bunyinya macam baik, tapi hakikatnya pengisian kata katanya jika diamati sebenarnya amatlah buruk.
Bercakap kosong, mengumpat dan mencela, memfitnah paling senang kita terbuat. Nak nak dengan adanya teknologi; cepat je tersebar.
Mungkin terlalu detail untuk saya rungkaikan hal ini disini, tapi cukup untuk saya bawa kan beberapa fikrah yang membawa pada kita untuk tidak berpegang kepada doktrin ini - Mulut jahat tapi hati baik.
Pernah kita dengar hadis ini: Nabi saw bersabda yang bermaksud; “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus lidahnya.”
Melalui hadis ini, kita lihat secara luaran, sebenarnya lidah dan hati berkait rapat, lurusnya lidah seseorang itu membawa kepada lurusnya hati dan keimanannya. Jika lidahnya sentiasa mencela dan mengumpat, apa yang kita rasa tentang gambaran hatinya?
Secara peribadi, saya berpendapat, there’s no such thing as mulut jahat hati baik. Apabila lidah suka mencela atau pun “laser” sebenarnya itulah gambaran hati seseorang.
Hakikatnya, penyakit “lidah kronik” adalah juga penyakit hati. Tak mungkin seseorang itu mengubati hatinya jika lidahnya tidak diubati dahulu.
Suka saya nak petik satu hadis ini, yang dibawa secara ringkas oleh zaujah malam tadi, tapi saya dapatkan detail nya. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW pernah ditanya berkaitan sebab kebanyakan orang dimasukkan ke dalam Syurga. Baginda SAW menjawab: “Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda menjawab: “Mulut dan kemaluan.” [Riwayat alTirmizi (2004)][Imam al Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan gharib]
Renungkanlah!
*Akhir kalam*
Seperkara kena berhati hati adalah dalam bergurau senda, kita mudah untuk tersasar mentertawakan orang. Perbuatan ini juga dikenali sebagai “trolling” oleh generasi sekarang.
Ingat, jangan undang kemarahan Allah. Nampak mudah dan tiada salahnya bergurau mempersendakan? Namun hakikatnya amat buruk.
Jelas sebenarnya disebalik penyakit lidah ada penyakit yang lebih kronik iaitu penyakit hati.
Mengumpat mencela hanya akan mendatangkan murka Allah. Segala kebaikan yang kita buat, akan jadi sia sia kerana pahala akan dipindahkan kepada orang yang diumpat dan dicela. Dan sekiranya tiada amal kebaikan pada kita, kejahatan orang tersebut akan terkena pada diri kita dan kita akan pikul dosa orang yang diumpat atau dicela itu.
Astaghfirullah, berat balasan terhadap perbuatan lidah ini. Berdoalah pada Allah swt moga diampunkan dosa mereka yang diumpat, dan dosa dosa kita juga.
InsyaAllah, sama sama kita berusaha memelihara lidah untuk menjadi lebih baik.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
SUNTINGAN:
NCS @ SERIMINANG.
Comments
Post a Comment