Pkp348* - Sharing ...

 *Pkp348* - Sharing Is Caring. Mulakan Hidup awal pagi. Bersama nota kuliah subuh LIVE Fb Ustaz Tok Ku - Risalah Sufi. 


Assalamu’alaikum...

 Salam Khamis..


Tahniah Mubarak’alaikum pada yang berpuasa hari ini. Perbetulkan niat puasa, in shaa Allah, bukan saja pahala bertambah akaun akhirat tapi kesihatan tubuh badan juga dapat.


Tahniah mubarak’alaikum juga pada yang bangun sebelum waktu subuh. Terutama yang sekurang kurangnya yang bangun satu jam sebelum subuh. Mereka bangun, dan ambil masa untuk duduk dengan diri sendiri. Mereka ini bangun seawal 4-5 pagi atas pilihan mereka sendiri bukan pun sebab kena bangun sebab nak elak jem pergi kerja atau ada  sesuatu yahnak dibuat. Tapi, ianya telah jadi rutin. 


Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk memliki keazaman yang sangat tinggi. Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah! Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita biiznillah ada very high will power.


Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice jadi orang yang sentiasa bertenang.


Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!


Alhamdulillah. Saya bersama ahli saya malam tadi berehat dari REFLECTION three minute each, sebaliknya kami berzikir tahlil untuk arwah arwah kami yang kami kasihi. Semoga bahagia lah mereka di alam barzakh sana dengan ditunjukkan Allah taman taman syurga. Moga Allah berikan atas sifat damai nya mereka disana, mereka sempat berdoa untuk baik nya kita didunia dan di akhirat.


Untuk pagi ini, saya nak share nota yang saya sempat baca dan ambik dari satu kuliyyah subuh secara on line LIVE melalui FB oleh Ustaz Tok Ku.


*Risalah Sufi Al Qushairi*


 'Siapa yg teruja (terlalu terpesona) dengan apa yg dimilikinya (harta, pangkat, jawatan, rupa, kebolehan, kekuatan), Allah akan tarik nikmat tersebut sedikit demi sedikit...'


“Selalu ingat "la haulawala quwataailla billah " Tiada Daya dan Upaya melainkan Allah Yang Maha Esa", bukan kita yang hebat”


“Kehebatan kita pada pandangan manusia tidak bernilai sama sekali di sisi Allah. Yang dilihat oleh Allah adalah keikhlasan melakukan sesuatu kerana Allah tanpa mempedulikan pandangan manusia.... “


“Jangan teruja dengan apa yang kita dapat atau miliki tapi bersyukur kerana Allah memilih kita untuk beribadat padanya, bila belajar jangan rasa banyak ilmu, bila beribadat jangan rasa baik”


"Satu tasbih yang ditulis oleh malaikat lebih mulia daripada kerajaan yang dimiliki"- nabi Sulaiman as. 


“Atas semua kurniaan Allah, kita sedang diuji, samada untuk sabar atau bersyukur. Masyallah, tabarakallah. Jgn sesekali membanggakan diri selain merujuk pada Allah”


“Hiduplah dibumi dengan penuh merendah diri dan sentiasa ingat  kemuliaan yang ada hanya Allah yang menentukan”


“Dengan ujian2 yg Allah hantarkan adalah sebagai muhasabah diri yg kita ini tak ada apa2, semuanya diatas kekuasaan Allah”


ITU SAJA UNTUK remungan dan tindakan bersama.


*Akhir kalam..*


Selamat berjuang untuk hari ini. Tapi bila kita sudah berjaya bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita ada internal battle dengan diri kita sendiri. Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.


Moga kita semua terinspirasi  dan dapat membaiki diri ke arah yang lebih baik. Amin.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

WASSALAM 


Coretan oleh.: 

*NCS* @ SeriMinang.

Comments

Popular posts from this blog