Pkp351* - Hikmah dan nikmat sebalik peristiwa petang Jumaat...

 *Pkp351* - Hikmah dan nikmat sebalik peristiwa petang Jumaat. Bersambung lagi....


Assalamu’alaikum...


Selamat pagi Ahad. Hanya sebuah lagi hari yang kita hendak lunaskan dalam meneruskan kehidupan seorang orang di muka bumi. 


Di setiap apa yang berlaku dalam kita harungi hidup itu, hendaklah kita sentiasa l jadikan ianya sebagai satu cermin yang boleh kita reflek diri kita kearah sebuah hidup bermodelkan Islam. Barulah kita akan beruntung di kedua dua dunia dan akhirat. 


Di sebalik musibah akan ada hikmah dan nikmat. Dalam pada Covid 19 melanda, itu tak boleh ini tak boleh tapi berapa banyak nikmat kita semua boleh sempurnakan tanggungjawab kita. Nak solat berjemaah, mudah, masuk waktu, tidak perlu ke surau, kumpulkan ahli atau rakan pejabat, silakan solat berjemaah. Nak dengar kuliah, tak perlu ke surau, boleh saja dengar selepas solat maghrib sambil sambil makan malam bersama ahli. Semua ahli boleh dengar, kalau tak, di surau, mungkin kita seorang saja. Pokok pangkalnya, macamana nak jadikan musibah itu adalah nikmat dan hikmah sebagai seorang pencinta Islam. 


Sepanjang genap sehari saya di CCU IJN, beruntung pesakit jantung di IJN. Setiap pasakit 24 jam ditemani oleh seorang nurse, sentiasa ada di bilik menemani terutama yang baru selesai procedure stenting dan ballon. Tidak di benarkan langsung keluar dari katil, nak buang air pun dari katil. Alasannya pihak IJN tidak mahu mengambil risiko, pesakit yang baru selepas menjalani prodedure, jantung punya situasi boleh berubah serta merta. Apalagi, dalam keadaan Covid 19, selagi result testnya belum keluar, semua akan di layan seperti pesakit Covid. Di bilik sendirian, di temani nurse pula dibilik disebabkan isu jantung yang perlu kepada 24 jam pemantauan. Sebab tu kos nya mahal dan saya juga ada nombor covid 19 - Covid 164. 


Alhamdulillah. Jam 1030 malam tadi, nurse datang bawa berita gembira - saya negative covid 19. Jam 11, saya dipindahkan ke ward biasa zone B Tingkat 2. 


Tak di nafikan lagi sudah tiada lagi nikmat Allah yang nak saya dustakan bila Allah izinkan saya brave myself to survive dengan dibantu motor rider semalam. Tapi lebih banyak nikmat, bila berada di bilik pesakit jantung menunggu result covid 19. Dek kerana tidak boleh langsung keluar dari katil, maka saya banyak untung dari segi ibadah wajib. Solat tetap kena di tunaikan. Perhatikan sabda Rasulullah saw. ini: “Diangkat alQalam (taklif atau beban hukum) dari tiga golongan manusia iaitu daripada orang yang tidur sehingga terjaga, kanak kanak kecil sehingga baligh dan orang gila hingga pulih.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud) Jelas,  pesakit tidak termasuk tiga golongan yang terangkat dari beban hukum melainkan pesakit yang tidak sedarkan diri dan hilang akal atau gila. Oleh itu,  pesakit tetap kena mengerjakan solat mengikut keupayaan mereka. Islam dah berikan banyak rukhsah ataupun kemudahan yang banyak bagi para pesakit agar tetap dapat solat walau dalam keadaan sakit.


Alhamdulillah. Sepanjang saya duduk berseorangan dalam ward menunggu result covid 19, solat atas katil on time. Cuma solat asar pada hari kejadian dan ketika menjalani procedure saya kena qada sebab tak boleh buat apa, berada di bilik ICL dari 530 hingga jam 8. Maghrib pun terpaksa qada. Darah dilengan kanan masih banyak. Moga moga Allah terima, qada saya nanti. 


Begitulah disebalik musibah ada hikmah dan nikmatnya dari Allah. Bertabahlah. 


Bersama ini saya sertakan panduan solat sambil berlunjur yang dipetik dari satu ruang: 


*Cara Solat Duduk Berlunjur*


1. Duduk dengan kaki berlunjur menghadap kiblat dan tapak kaki diluruskan menghadap kiblat. Kedudukan tangan sama seperti dalam solat berdiri.


2. Apabila hendak rukuk, boleh diisyaratkan dengan menundukkan badan sedikit dengan niat rukuk dan tangan disampaikan sekadar yang boleh di atas kepala lutut.


3. Badan ditegakkan semula untuk iktidal


4. Sujud dilakukan dengan bongkok kan badan lebih sedikit daripada kedudukan rukuk dengan niat melakukan sujud.


5. Untuk duduk antara dua sujud atau tahiyat, badan ditegakkan kembali dengan kedua dua tangan di hujung paha.


6.Solat dilaksanakan menurut tertib hingga selesai memberi salam.


Mudahnya islam, Kepada mereka yang menghadapi kesukaran yang kronik dan hanya mampu terlantar sahaja di katil, maka dibolehkan melakukan solat secara baring atau mengiring.


*Akhir kalam..*


Banyak lagi nikmat nikmat Allah yang saya nak share kan disebalik peritiwa petang jumaat diserang jantung. Moga saya tidak lagi lupa betapa peluang ini tidak akan saya lepaskan untuk menabung untuk tabung akhirat. 


Selamat beribadat walaupun dimana ataupun apa keadaan kita. 


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Tulisan pesakit yang berdosa,  *NCS*@B427, Tingkat 4, Block B Zone 1 IJN.

Comments

Popular posts from this blog