PKP354* - Risalah Sufi Al...
*PKP354* - Risalah Sufi Al Qusairi. Ada pesanan Untuk Ahli dan semua.
Assalamu’alaikum..
Salam sejahtera selamat pagi semua ahli ahli saya, mak ayah, adik beradik, ipar duai, saudara mara yang di kasihi Allah.
Mohon maaf, pagi semalam, tertulis pkp 253, sepatutnya pkp 353.
Alhamdulillah berlalu semalam hari pertama di rumah tapi hari yang ke 3, STENTING baru dan dua ballon berada di dalam saluran jantung saya yang sebelah kiri. Ada kembar stenting yang masih utuh ada di salur utama jantung sebelah kanan saya berusia 3 tahun lebih. Kata Dr Tey, it is perfectly stated there. Alhamdulillah.
Seusai solat subuh pagi, perlahan lahan turun dari tingkat 3 ke tingkat 1, saya sempat berpesan pada anak anak dan ahli saya untuk selalu melazimi amalan amalan soleh, biar lah siapa pun kita. Terutama dalam bab ibadah, semoga bila tiba saat kita sudah tidak berupaya melakukannya, kerana sakit atau kekangan keadaan , kita masih di ambil kira melakukanya. Hanya itu saja lah yang tinggal pada selaku orang awam.
Dalam satu nota lama: Abu Burdah berkata Yazid: “ saya mendengar Nabi SAW bersabda (mafhumnya): “Apabila seorang hamba sakit atau menempuh perjalanan, maka dicatat baginya pahala kebaikan sebagaimana ketika dia bermukim dan dalam keadaan sihat”. (Ahmad No: 18848)
Para ulama mengambil pengajaran daripada hadis ini merumuskan, jika seseorang itu sentiasa istiqamah masa sihatnya atau bermukimnya dengan amalan soleh tetapi tiba tiba sakit atau terpaksa bermusafir, akur keadaan semasa setempat hingga sukar nak beramal amalan sama yang sebati dengan kehidupannya, maka Allah SWT tetap memberinya ganjaran seperti mana dia melakukan amalan itu.
Selepas makan pagi, nasi lemak di beli di luar sana, teringin benar nak makan nya selepas faham erti makanan yang seimbang, duduk berehat sambil mendengar kuliah subuh on line oleh tok ku. Berbesar hati, nak sharekan disini, mungkin ada yang baik yang boleh di kendung dalam meneruskan hidup kita hari ini.
*Kitab / Risalah Sufi Al Qusairi*
[Tokoh tokoh sufi dan mutiara hikmahnya] kuliah subuh on line pada 11 Rajab 1442 H : Tuan Guru Tok Ki.
•Imam Qusairi - jika kamu nak lihat seorang itu jujur agama nya, lihat samaada dia lebih percaya dengan janji Allah atau lebih percaya kepada janji manusia.
•Kesudahan dunia ini adalah untuk orang yang bertakwa.
•Orang yang tenang dalam keadaan gawat adalah hebat
•Bukan tak nak untung dunia tapi kena banyak lihat untung di akhirat.
•Manusia lebih percaya cakap manusia drpd janji2 Allah (contoh, manusia percaya pd skim cepat kaya, tapi janji2 Allah tentang balasan2/pulangan drdp infaq, manusia sukar yakin)
•Apabila kita ditegur, jangan terus menjawab tapi BERFIKIR. Apabila diam kita akan dapati banyak kebaikan. Kalau kita menjawab apa yang ditegur oleh sesiapa, rugilah kita kerana tak dapat ilmu dia.
•Antara tanda kebahagiaan seseorang adalah dia dapat rezeki di tempat dia. Kerana jika rezeki di tempat jauh, sedikit sebanyak ganggu ibadah.
SEMOGA BERMANAFAAT..
*Akhir kalam...*
Susahnya kalau dah sakit macam saya, baca alquran kena ikut rhytm jantung, solat kena ikut gerak jantung, sekali terdetak tersirap, senak rasa semacam.
Maka masa yang paling tepat untuk “melabur” adalah dari sekarang, masa kudrat masih pagi tersisa. Biasakanlah dengan amalan amalan soleh semasa sihat, moga di saat badan kita sudah tidak mampu bergerak kelak, atau pun sakit yang boleh datang tiba tiba, kita tetap mendapat ‘pulangan’ pahala yang berterusan. InsyaAllah.
Selamat bertugas, saya kena berehat lagi, rhytm si jantung tidak menentu.
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Si Pendosa yang tak pernah berhenti dari berdosa, *NCS*@SeriMinang.
Comments
Post a Comment