Pkp355* - Salam Pagi Khamis, Doa mendoakan lah sesama ...

 *Pkp355* - Salam Pagi Khamis, Doa mendoakan lah sesama kita. Nota Kuliah on line Tafsir AlBaqarah ayat 115 - 118.


Assalamu’alaikum ..


Selawat dan salam buat Nabi besar nabi junjungan saw dan ahli ahli keluarga baginda, sama sama kita berselawat seawal pagi. 


Dalam sejahtera semua ahli ahli saya, mak ayah, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat, sahabiah yang di rahmati Allah. Sama sama kita doa mendoakan. 


Melepasi sehari semalam, syukur sangat, meskipun penuh debaran dan suspen kerana kondisi rumit pada jantung masih berpanjangan. 

Masih awal untuk bersenang hati, kena bertabah lagi, kena banyak berdoa dengan doa doa para nabi : 


Al anbiya’ :83


‎۞ وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya  berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".


Dan juga.....


‎وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ


‎"Dan apabila aku sakit, Engkaulah Penyembuh."


Jazakumullahkhair pada yang mendoakan. 


Tiada lafaz syukur, selain dari dengan menambah amalan amalan soleh yang kita serta akan dalam seharian. Pagi ini, ada lagi sharing dari kiliah On line bersama TokKu Dalam Tasfir Pimpinan Ar Rahman. 


*Nota Kuliah On Line Tafsir Pimpinan Ar Rahman Surah Al Baqarah ayat 115 - 118*


•Pengajian Tafsir Al-Quran

Pimpinan Ar-Rahman

Surah: Al-Baqarah (Siri ke-18)

Ayat: 115 - 123


Sifat orang bertakwa tidak akan sempurna tanpa memahami alQuran. Maka sebarkan ilmu ini, semoga berpanjangan manfaatnya dan menjadi pahala yang terus kita peroleh walau selepas mati.


•Pemimpin dunia akan bercakap tentang hal hal setakat hidup manusia di dunia sahaja tapi tidak nabi saw yang menjangkaui sehingga ke hal kehidupan ketika hidup selepas mati - keluasan dunia dan akhirat .


•Dalam hidup banyak mana perkara yang kita terima sesuatu berita dari orang lain tanpa dengar dari tuan diri, tapi kita terima kita ambik. Apatah lagi kalau berita berita yang dibawa oleh nabi saw yang tidak pernah menipu tentang Cerita dalam alquran. Tak perlu kita nak mintak bercakap dan melihat Allah untuk mempercayainya. Inilah sifat sifat orang kufur yang cuba cari Kemuliaan terus dengan Allah sedangkan Allah dah pilih nabi nabi dan rasul untuk menyampaikan. Inilah adab buruk para mereka yang kufur.


•Sheikh mahmood ketua qari dunia di tanya wartawan kenapa dia seorang alim besar, tapi kenapa anaknya jadi penyanyi. Sheikh jawap, saya dah besarkan dia dengan cara yang sepatutnya sebagai muslim tapi bila dia sudah kahwin, itu tanggungjawab suaminya, maka kena tanyalah suaminya. 


•Berhati2 untuk tidak ikut perangai yahudi dan nasara, jangan sampai dia masuk lubang biawak kita pun masuk lubang biawak kerana itulah agenda mereka pada orang islam. Perhatikan lah sambutan sambutan perayaan cara pakaian dan banyak lagi...


•Jika kita ikut yahudi nasara pun mereka tetap tak suka pada orang islam, malah bala hebat lagi bagi yang ikut yahudi nasara kerana Allah tidak akan bantu mereka. Sebab itulah orang islam didunia hari ini merudung dan hina disisi manusia.


•Hidayah nilainya adalah luar biasa. Maka kita buatlah kerja kerja dakwah sampaikan islam dan apa yang berlaku pada yang tidak menerima dakwah kita itu serahkan lah pada Allah. 


•Nabi tidak terima sedekah, hadiah diterima tapi akan di guna bersama2 sahabat, salman pernah menguji nabi saw dengan ini, dan indeed itulah tanda2 kenabiaan. 


•Bila Allah ceritakan Nabi muhammad sebenar benarnya maka mana kurangnya nabi saw dan nama baginda ada di dalam taurat. 


•Kemuncak kecintaan orang islam pada semua semua nabi malahnya. 


•Orang-orang Yahudi mengatakan Uzair anak Tuhan, dan orang-orang Nasrani (Kristian) mengatakan: Nabi Isa Al-Masih anak Tuhan, dan orang orang kafir musyrik yang lain pula mengatakan: Malaikat itu anak perempuan Tuhan. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka mengatakan itu.


•Orang beriman jaga amanah.

Kita cinta pada Nabi Muhammad SAW, kita berselawat, junjung sunnah Baginda Nabi, meletakkan nama anak anak kita dengan nama Baginda. Kita muliakan namun kita katakan Nabi SAW itu pesuruh Allah, manusia. 


Semoga ada manafaat..


*akhir kalam..*


marilah sama-sama kita berdoa kepada sahabat atau saudara kita dalam setiap doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT. Ini kerana, doa memiliki kuasa atau kelebihannya yang tersendiri dan Allah SWT pasti akan memakbulkan setiap permintaan hamba-Nya tapi dengan cara yang berlainan. Akhirnya, semoga Allah SWT memakbulkan setiap doa kita serta menggolongkan kita daripada kalangan hamba-Nya yang menerima taufik dan hidayahNya. Amin.



Wallahua’lam

Barakallahufikum 

Wassalam


Catatan si Pendosa,

*NCS*@SeriMinang.

Comments

Popular posts from this blog