WA52 Rejab2 1442H - Al-amthal terkait...

 Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim

 Al-amthal terkait dgn surah an-Nur ayat 35 dan       Al-Aqsam surah sad ayat 1-5. 

Allah merumpamakan Alquran seperti cahaya pelita . Yang diperlukan oleh manusia utk menyinari sadr manusia. Action plan manusia macam mana hati manusia nak terima cahaya Alquran? Dgn cara 3T. 

*Tadabbur, Tafakkur, Ta'ammul.*

 Setelah kita tadabbur, bagaimana utk mudah faham ayat Alquran? Mesti membersih kan hati kita. 

Hati manusia ada 4 lapisan. 

Lapisan pertama *sadru*(paling luar),

 kedua *qalbu*, ketiga *fu'ad*, dan

 keempat *Lub*. 

*Lub* adalah tempat hati manusia yang paling ikhlas, murni . Dia adalah pemetik api.

Manakala *fu'ad manusia* adalah tempat fitrah iaitu ilmu, kebaikan manusia ( minyak zaitun).

 Apabila pemetik bertemu dengan minyak, maka api akan menyala. Nyalaan api ini akan menerangi qalbu manusia, tetapi jika hati manusia ketika itu tidak bersih, maka susah utk cahaya Alquran menyerap masuk kedalam nya utk menyinari sadru manusia. 

*Sadru manusia* ini adalah tempat syahwat, nafsu ammarah, emosi, hawa manusia. Makanya tindakan manusia adalah mesti membersihkan qalbu dengan memperbanyakkan istighfar dan taubat kpd Allah. 

Selepas itu barulah cahaya Alquran akan bersinar di sadru manusia. Maka dgn lub sbg pemetik api+fu'ad sbg minyak= api yang akan bersinar cahaya Alquran jika hati manusia bersih, lalu di praktis kan melalui amal 


# DSK. *Anda tidak akan mulia dgn Alquran sehingga anda faham makna Alquran.*


Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog