Pkp yr2 D6...

 *Pkp yr2 D6*

•SHARING IS CARING: Nota Kuliah On Line TokKU. Alhamdulillah Produktif Friday Yesterday. 


Assalamu’alaikum semua...


Salam kesejahteraan buat mak ayah, Ahli2ku, adik beradik, iparduai, juga sahabat sahabiah rakan taulan senuaa. 


Alhamdulillah. Jumaat berlalu pergi lagi, dan perlahan lahan kita tinggal kan Rejab memasuki Syaaban. Terus lah berdoa untuk takdir yang baik sempena kehadiran Ramadhan tak lama lagi, kerana kita tidak tahu apa kah kita berpeluang lagi berada di dalam bulan Ramadhan: 


‎أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان


“Duhai Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan bulan Sya’ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadlan.”


Jumaat semalam, saya agak “ kicking” dalam melepasi nya, walaupun masih dalam “pantang”. Zaujah memandu saya dan tinggalkan saya di Kelab IGC seawal pagi untuk saya exercise jalan kaki bersama sahabat golf walaupun begitu tidaklah beria memukul apa apa bola kecil tersebut. Selepas itu lepak bersembang dengan mereka sambil berkongsi mana mana yang baik. Saya perlukan “Pergerakan” tapi dalam irama yang perlahan lahan. Tengahari nya, selesaikan masaalah aircond volkswagen. Alhamdulillah, dapat bersolat jumaat walau hanya di hanya di atas tar didepan pintu masuk utama masjid Cheras Jaya bila hanya mampu tiba jam 120. Ketika solat diuji pula dengan hujan renyai renyai. Hanya tinggal doa pada Nya tika itu yang akhirnya menyaksi kan hujan di kendurkan olehNya. Alhamdulillah lagi. Semuanya selesai jam 3. Alhamdulillah juga dapat bantu para pemandu Grab semalam. 


Akhir sekali, Berjemaah di surau Al amin untuk isya’, dan buat pertama kali selepas kisah 19 Feb, saya di kelilingi sahabat jemaah berceloteh “drama 19 Feb” seusai solat. Apa2 pun JaZakumullahkhair pada yg mendoakan. Mengakhiri jumaat semalam, saya akur pada kepenatan, tertidur seawal malam nya. 


Untuk pagi ini, saya ingin kongsikan beberapa nota dari kuliah on line Tok Ku yang masih rancak berlangsung setiap pagi dan setiap lepas maghrib. Jemput lah bersama pada yang ada kelapangan: 


*Pengajian Tafsir AlQuran* Pimpinan Ar-Rahman Surah: Al Baqarah (Siri ke 34) Ayat: 189 - 195

Juzuk : 2


•Surah Al-Baqarah, ayat 189 - 195.Menjelaskan tentang hukum hakam, sesuai dengan surah ini diturunkan di Madinah. Surah yang diturunkan setelah hijrah Nabi menekankan mengenai hukum hakam.


•Walaupun kaum Muslimin golongan yg lembut, suka bertolak ansur, namun ada ketika kita akan menjadi bengis dan kasar jika musuh mulakan kejahatan dan melampaui batas...


•Kaedah peperangan kaum Muslimin ialah counter attack. kita bukan yang memulakan peperangan. (Kalau org tak kacau kita, kita tak serang mereka)


• jangan biarkan orang memanipulasi kita. Pastikan hak kita terjaga di jalan Allah


•Jangan kelembutan kita hingga musuh ambil kesempatan. Apabila musuh Allah melampau maka kita tak takut kepada mereka (dalam perihal membalas).


•Kita berjuang terus bersedekah, terus buat baik sepanjang hayat.


•Apa pun kita balas penganiayaan orang pada kita, kita takkan melampau kerana kita takut Allah.


•Sewaktu perang jangan bunuh wanita, orang tua, kanak2, ahli ibadat, orang yang sakit.


•Bilamana Nabi Isa dah turun.. waktu itu semua kita dah kaya tak ada lagi nak terima sedekah kita. Sekarang kita mesti sedekah sebanyaknya metara masih ada orang nak terima..


Semoga bermanafaat.


*Akhir kalam*


Ketika sudah difahamkan untuk apa kita hidup. Maka, itu akan makin mendekatkan kita pada Pencipta. Tahu bahwa segala sesuatu memiliki batasannya masing masing, sehingga kita tidak melakukan hal hal terlarang yang tidak disukai olehNya. Kita hanya memanfaatkan apa yang baik dan benar menurut Tuhan. Bukan menurut manusia yang sering buat kesalahan.


Maka, manfaatkanlah hidup sebaik mungkin, berusaha semampu kita jadi orang orang yang selalu bersyukur agar setiap apa yang kita buat ada  manfaat bagi diri sendiri dan juga orang lain. Semangat, kita boleh!


“Apabila Allah mengingin kan kebaikan kepada seorang hamba, Allah jadikan ia beramal.” Lalu  sahabat bertanya, “Apa yang dimaksud dijadikan dia beramal?” Maka Rasulullah bersabda, “Dibukakan untuknya amalan solih sebelum meninggalnya hingga orang orang yang berada di sekitarnya redha kepadanya.”


Aaamin In shaa Allah.


Wallahu’alam 

Barakallahufikum 

Wassalam.


Di tulis oleh, 

*NCS@SeriMinang*

Comments

Popular posts from this blog

☆28_2_1446H Isnin (320-649) 91-46

☆ 27_1_1446H Jumaat (289-618) 60-15

12. Sirah 25 Rasul & Nabi - AYUB A.S