Pkpyr2d10* •JANGAN PERNAH...
*Pkpyr2d10*
•JANGAN PERNAH SEKALI PERKECILKAN AMALAN BAIK WALAU KECIL. KITA TIDAK TAHU PERBUATAN MANA ASSEBAB KITA KE SYURGA NYA.
Assalamu’alaikum...
Buat ibu ayah, ahli2 ku, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, rakan dan taulan and yang di rahmati Allah swt. Selamat pagi yg penuh keceriaan dan kesejahteraan buat semua nya.
Alhamdulillah. Dapat juga malam tadi sedekahkan zikir tahlil kepada arwah mak ayah atuk nenek saya yang dah lama mendahului kami. Sengaja saya hadirkan diri solat berjemaah maghrib di surau kerana nak luangkan masa solat berjemaah isya bersama keluarga diikuti zikir tahlil. Moga akan damai dan tenang lah mereka di alam sana sehinggakan mereka pula boleh berdoa memohon ketaatan kita yang paling padu pada Allah dan Rasul sehingga lah membawa kita damai, sejahtera, tenang di dunia ini.
Saya mohon Allah istiqamah kan saya dan ahli ahli saya dan kesemua kita untuk sentiasa berusaha untuk buat kebaikan. Kita tidak tahu amalan mana yang akan membawa kita ke syurga Nya. Kerana itulah jangan perkecilkan amalan soleh dan baik walaupun ia nya terlalu kecil pada manusia. Ianya mungkin sekecil share perkara yang baik, mungkin assebab hidayah Allah pada sesiapa.
Dari Abu Dzar, Rasulullah bersabda: “Jangan sekali kali kamu menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dgn kawanmu” (Muslim No 4760)
Jagalah diri kita. Boleh jadi orang yang ilmunya sedikit tapi ada amal kebaikan menyebabkannya dapat darjat yang lebih tinggi di sisi Allah dari orang yang lebih berilmu darinya.
Berapa besar dan berat sesuatu amal kebaikan, penilaiannya adalah hak Allah menghisabnya. Masih ingat kan kisah bagaimana seorang perempuan pelacur diampuni dosanya disebab kan dia memberi minum kepada anjing yang sedang kehausan?
Boleh jadi kita ada berbuat amalan yang ringan tapi ia lebih barakah dari amalan amalan lainnya. Janganlah. anggap remeh pada amal kebaikan walau sekecil mana pun ia.
Mungkin ketika kita tidur, pintu langit diketuk doa untuk kita. Doa dari fakir miskin yang telah kita bantu meskipun sedikit. Doa dari orang yang telah kita hiburkan dari kesedihannya. Doa dari seorang yang tumpangkan. Doa dari seorang kuli bangunan diberi minum. Doa dari seorang yang kita tunjukkan alamat yang dicarinya. Kerana itulah, jangan menganggap remeh amal kebaikan sekecil apa pun!
Jangan perkecilkan amalan amalan yang sedikit kecil pahala. Mana tau dengan istiqamahnya kita dengan pahala yang kecil tu, ianya hadir redha Allah.
Samalah pula, jangan lekeh
lekeh kan dosa dosa kecil, tanpa kita sedar dengan istiqamahnya kita dengan dosa kecil mendatangkan murka Allah.
Semoga Allah istiqamahkan kita dengan amalan amalan yang baik
*Akhir kalam...*
Jom, kita pakat pakat ubah pemikiran sehingga mata hati kita memandang, setiap saat dan masa adalah detik untuk berbuat kebaikan. Tidak kira kecil atau besar amalanya, yang perlu kita ingat bahawa ia adalah untuk Allah Yang Maha Besar.
Peesonally and actually, jalan kebaikan amatlah banyak cuma bergantung pada diri kita sahaja adakah hendak buat atau tidak.
Semoga picisan ini dapat juga bagi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua.
Waallahu a’lam.
Barakallahufikum
Wassalam.
Picisan pagi dari,
*NCS@SeriMinang*
Comments
Post a Comment