Pkp.yr2.D10
[[Pkp.yr2.D10]•]
•Face Mask MU dan YNWA.
•Ustaz Shukri Omar
Tafsir Surah Al Waqiah
Part 1 - Ayat 40 - 57.
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH...
Selawat dan salam buat Nabi Besar Nabi Junjungan Nabi Muhammad saw dan ahli ahli baginda.Di doakan moga Mak Ayah, ahli2ku, adik beradik, ipar duai, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah swt. Aaaminn.
Dalam ralit kita mengulit hidup kita, jangan sampai terleka dengan si covid 19 yang masih mengintai peluang atas kelailain kita untuk menaikkan “curve” yang sedang mendatar sekarang ini. Teruskan dengan SOP, nak nak bila dalam perkumpulan sepeti di Masjid, teruskan juga berdoa mohon pada Nya. In shaa Allah selamat. Semoga jika ada pencetus lagi si covid ini. Ia bukan datang dari kluster Masjid. Walahiya zubilllah. Muslim itu berhati hati tapi sentiasa husnul zon.
Sudah memasuki hari keempat hari ini, kuliah maghrib berkangsung di surau Al Amin. Seusai solat subuh semalam pula, sudah bermula kuliah subuh yang pertama. Jazakallahukhoir pada ustaz Syukri Omar dengan tafsir ayat surah al waqiah dari 40 hingga 74.
•Ustaz Shukri Omar
Tafsir Surah Al Waqiah
Part 1 - Ayat 40 - 57.
Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam. Allah dan malaikat berselawat atas nabi, maka marilah kita selaku orang beriman berselawat pada Nabi saw juga.
Diawal ayat ayat alwaqiah diceritakan apa yang berlaku pada hari kiamat dan juga diceritakan bagaimana orang orang yang beriman diberi balasan oleh Allah dalam syurga, golongan sadiqin dan suhada’. Assabiqunal awwalun.
Bermula dari ayat 40 diceritakan pula tentang manusia yang berdosa.
Al waqiah - ayat 40
وَثُلَّةٌ مِّنَ الْآخِرِينَ
“Dan sebilangan besar dari orang orang yang datang kemudian.
Alwaqiah:41
وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ مَا أَصْحَابُ الشِّمَالِ
“Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?”
Alwaqiah:42
فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ
“Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak”
Alwaqiaah :43
وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ
“Serta naungan dari asap hitam ”
Alwaqiah:44
لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ
“Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan”
alwaqiah :45
إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ
“Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan)”
Bersenang lenang dengan maksiat ketika atas dunia. Tidak sempat nak bertaubat.
AlWaqiah:46
وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنثِ الْعَظِيمِ
“Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,”
Orang yang bersenang lenang dgn maksiat atas dunia terus menerus seperti tidak mahu bertaubat dan tidak berniat sedikitpun untuk bertaubat dari berbuat dosa besar, malah mereka jadikan benda lain selain dari Allah sebagai sandaran dan lkukan syirik besar pada Allah.
الْحِنثِ الْعَظِيمِ antaranya adalah sumpah yang palsu selain dari syirik pada Allah. Dalam islam, berdusta adalah antara yang dibenci Allah.
Alwaqiah :47
وَكَانُوا يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
“Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?”
•orang musyrik dinisbahkan pada ayat ayat ini. Kerana mereka selalu persoal kan hal kebangkitan semula. Ketika kena azab diakhirat barulah mereka sedar tentang kebenaran pesanan al quran tentang al quran. Sikap musyrik memang sentiasa mendustakan dan tak dpt bezakan kebenaran dan kebatilan. Jaga diri jangan sampai dtg kebenaran pada kita tp kita tetap menolaknya
alwaqiah:48
أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ
"Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
Alwaqiah:49
قُلْ إِنَّ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ
“Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian”
alwaqiah :50
لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَاتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ
"Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
Alwaqiah:51
ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضَّالُّونَ الْمُكَذِّبُونَ
"Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat)”
Dari yang pertama hidup hingga yang terakhir hidup dari zaman nabi adam as akan di hamparkan di hari akhirat tidak ada seorang pun akan tertinggal.
Alwaqqiah :52
لَآكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ
“Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,”
Alwaqiah:53
فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ
"Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu”
Di neraka, air tidak hilangkan dahaga, makanan pula tidak mengenyangkan malah ianya adalah yang menyiksakan
Ini itiba’ pada kafir utk tidak syirik pada Allah
Alwaqiah:54
فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ
"Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
Alwaqiah:55
فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ
"Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
Penyakit al hin - minum air banyak mana pun tidak akan hilang dahaga.
Pernah terkena pada unta di timur tengah.
Alwaqiah:56
هَٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ الدِّينِ
“Inilah (jenis jenis azab) yg disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
Ssmua hidangan dalam neraka adalah azab dan tidak akan ada keringanan.
Mereka yang berpenat taat pada Allah ketika di dunia sebaliknya di syurga
Alwaqiah :57
نَحْنُ خَلَقْنَاكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
“Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada pada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya ( akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat)”
Kenapa yang musryik susah nak beriman dengan Allah sedangkan Allah boleh adakan apa apa dari tiada nya sesuatu.
Semoga bermanafaat
Jumpa esok sambungannya.
*Akhir kalam...*
Alhamdulillah, teeasa lain benar bila dah dapat bersimpuh di majlis ilmu. Hilang gelora, datang tenang. Timbul rasa ria, walaupun jantung masih lagi dalam perhatian dan rawatan.
Malah, sempat saja bergurau dengan ustaz pagi semalam. Seusai solat subuh, tunggu ustaz Syukri Omar ke depan untuk kuliah subuh nya yang pertama di Surau Al Amin. Ketika ustaz berjalan menuju ke depan melintasi depan saya, tiba tiba terpandang lambang “MU” pada face masknya. Ustaz memang diketahui adalah penyokong tegar MU. “ Ustaz, hebat nampak Face mask tu”, tegur saya. Ustaz Syukri menoleh pada saya dan tersenyum, meneruskan langkah nya kerusi nya didepan ruang utama surau. Tiba tiba teringat pula pada usaz Saupi Azran penyokong tegar YNWA, sekelab dengan saya., Tengah hari jumaat, khabarnya Ustaz Saupi Azran sampaikan tazkirah dan kuga khutbah di surau Al amin. Tiba tiba senak jer rasa. Maklumlah sekarang kami berada dalam “gua”. 😊
apa apa pun kuliah tafsir al waqiah ayat 40 - 74 oleh Ustaz Shukri menutup semuanya.
“Terus Ceria Bersama Majlis Ilmu”
Wallahu’alam
Barakallahufikum
Wassalam.
Iklhas dari,
*NCS@SERIMINANG”
Comments
Post a Comment